KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Khamis, September 23, 2010

PROGRAM GERAK PADU RT 1 MALAYSIA

Program peringkat Negeri Kedah anjuran JPNIN Negeri Kedah ini telah dilangsungkan pada hari Sabtu, 25 September 2010 di Taman Derga Jaya, Alor Setar sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk T. Murugiah, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Pelbagai aktiviti telah berjaya dijalankan sempena program ini yang turut melibatkan penyertaan beberapa KRT yang terdapat dalam Daerah Kota Setar. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah pameran gerai agensi kerajaan dan swasta, pameran jualan produk KRT, pertandingan mewarna, senamrobik, pertandingan karaoke, pertandingan aspek wanita dan perarakan tanglung.

KRT Taman Utama turut diundang oleh pihak JPNIN Negeri Kedah untuk menyertai program ini bertujuan untuk mengetengahkan program kitar semula di KRT Taman Utama yang dikendalikan bersama dengan Syarikat environment IDAMAN Sdn Bhd.

Walaupun keadaan cuaca di kawasan Alor Setar sering dilanda hujan dalam minggu ini, namun Alhamdulillah pada hari berlangsungnya program ini cuaca amatlah elok dan program ini dapat berjalan dengan lancarnya.




Jawatankuasa KRT Taman Utama bergambar kenangan bersama YB Datuk T. Murugiah di depan booth pameran KRT Taman Utama.


Pentas Utama.


Setiausaha dan beberapa orang AJK sedang menyiapkan gerai pameran.


Aktiviti senamrobik dan Tai Chi yang dijalankan di waktu pagi.


YB Datuk T. Murugiah sedang mendengar taklimat program kitar semula.


Pn. Noorhashimah bt. Yusof, AJK KRT Taman Utama sedang menyampaikan cenderahati kepada YB Datuk T. Murugiah.


YB Datuk T. Murugiah sedang mencuba motorsikal yang kini sedang diperkenalkan kegunaannya untuk memungut sampah dan bahan kitar semula di kawasan Taman Utama.




Jawatankuasa KRT Taman Utama dan kakitangan environment IDAMAN yang bertugas di booth pameran pada hari tersebut.


Setiausaha bergambar dengan Peronda SRS KRT Sri Derga yang menjual lemang panas pada hari tersebut.




Gerai KRT Taman Wira Mergong.


Gerai KRT Taman Derga Jaya.


Gerai AADK.




En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Kedah sedang berucap di majlis pelancaran.




Setiausaha bersama Pak Long, penyanyi yang kini hangat dengan lagu Selagi Ada Rindu, yang turut membuat persembahan pada program tersebut.


Pn. Noorhashimah Yusof, AJK KRT Taman Utama yang menyertai pertandingan gubahan bahan terpakai bergambar bersama pembantu beliau yang menghasilkan gubahan bertajuk Lingkaran Nur Kasih. Mereka telah mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan tersebut.


Aksi Tunas Jiran KRT Derga Jaya yang muncul sebagai johan pertandingan karaoke. Wa caya lu lah..... ( lagu Mantera Semerah padi - M. Nasir dan Terima Kasih - Awie )

Pn. Noorhashimah dengan hadiah kemenangan bergambar bersama Puan Suria bt. Baharom, Penolong Pengarah JPNIN Kedah ( berdiri di tengah ).

JAMUAN HARI RAYA PEJABAT PERPADUAN DAERAH KUBANG PASU.

Jamuan ini diadakan pada hari Khamis, 23 September 2010 di Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu yang terletak di Jalan Changlun, Jitra Kedah.

Setiausaha KRT Taman Utama yang menerima jemputan dari En. Ismail b. Zakaria, Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu telah sempat meluangkan masa ke majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Penolong Pengarah JPNIN Kedah iaitu Puan Suria bt. Baharom.

Setiausaha bergambar bersama YB Dato' Saad b. Man (berkemeja memakai songkok) ADUN Jitra, dan En. Ismail b. Zakaria, berbaju Melayu.

Antara tetamu yang hadir...

Antara menu yang dihidangkan...


Bersama Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar, Puan Noorassemah bt. Abdullah dan En. Zakaria, kakitangan JPNIN Negeri Kedah.

Ahad, September 05, 2010

SALAM AIDILFITRI


Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Utama mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiti, Maaf Zahir dan Batin kepada :


. Ketua Pengarah JPNIN Malaysia.

. Pengarah JPNIN Negeri Kedah.

. Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar.

. Kakitangan JPNIN Daerah Kota Setar.

. Jawatankuasa Rukun Tetangga seluruh Malaysia.

. Sukarelawan SRS seluruh Malaysia.

. Seluruh penduduk Taman Utama.

. Pengikut blog KRT Taman Utama.


Anak dara melipat kain
Kain dilipat berbunga-bunga
Ampun maaf zahir dan batin
Dari kami di Taman Utama


Sabtu, September 04, 2010

IHYA' RAMADHAN 1431H - 3

Alhamdulillah, pada 4 September 2010 program terakhir sempena bulan Ramadhan 1431H berjaya dilaksanakan juga. Menu untuk jamuan berbuka puasa dan moreh di Masjid Seberang Pumpong pada kali ini ialah Bihun Goreng.

Seperti program yang terdahulu persiapan menjayakannya bermula dari jam 10.00 pagi di Pos SRS. Namun bagi program kali ini mendapat sambutan yang agak luar biasa apabila ramai dikalangan jiran tetangga yang turun membantu menyertai program ini. Begitu juga dengan Jiran Muda yang turut membantu program ini seperti membakar menu untuk berbuka puasa dan urusan penghantaran menu yang telah siap dimasak ke masjid.

Secara keseluruhannya program Ihya' Ramadhan tahun ini mendapat sambutan hebat dari penduduk Taman Utama dimana sebanyak RM 1342.00 telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan daripada penduduk. Semoga sumbangan ini mendapat keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Taala.

InsyaAllah, program seperti ini akan diteruskan lagi ditahun-tahun yang akan datang. Manakala program Jamuan Hari Raya akan dilangsungkan pada 25 September 2010.



Jiran Wanita sedang memproses bahan basah mentah.




Proses packing bihun yang akan dihantar ke masjid.






Jiran Muda sedang melakukan penghantaran bihun ke masjid.


Menu untuk berbuka puasa ... daging bakar..


Ikan kembung bakar....


Urusan menggoreng bihun diterajui oleh kaum lelaki..


Jiran Muda turut membantu membakar ikan ....


Fuyoo, holiau ma ....




Saat-saat hampir masuk waktu berbuka puasa...


Kerana kesempitan ruang, Jiran Muda terpaksa berbuka di atas simen...


Jiran Wanita yang menyertai majlis berbuka puasa...

Mana gambar orang lelaki ? alamak ! blogger terlupa nak shoot pula sebab nak makan ....

Blog Widget by LinkWithin