KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Jun 07, 2011

KEM SOLAT JIRAN MUDA 2011




Sempena cuti sekolah pertengahan tahun 2011, KRT Taman Utama telah menganjurkan Kem Solat untuk Tunas Jiran dan Jiran Muda mulai 5 hingga 6 Jun 2011. Kem telah dijalankan selama 2 hari 2 malam di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama dan disertai oleh 93 orang peserta. Kem dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Sarbani b. Saad, Pegawai Agama Jabatan Penjara Alor Setar Kedah, manakala En. Mohd Sharipudin, Setiausaha KRT Taman Utama bertindak sebagai Kem Komandan.


Kem ini telah mendapat suntikan dana kewangan daripada JPNIN Negeri Kedah serta sumbangan daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah, Yayasan Sultanah Bahiyah, BERNAS Cawangan Alor Setar, Restoran Tat Nasi Ayam dan sumbangan daripada beberapa penduduk Taman Utama.


Objektif utama kem ini diadakan ialah bagi mendalami ilmu berkaitan solat, menilai semula solat yang telah diamalkan, memperbetulkan kesilapan yang dilakukan, berbincang masalah berkaitan solat dan melahirkan generasi yang soleh dikalangan Jiran Muda Taman Utama.


Aktiviti yang dijalankan dalam kem ini ialah ceramah, latihan amali, praktikal, perbincangan dan soal jawab. Kesemua peserta dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM 10.00 setiap seorang dan diberikan sijil penyertaan. Peserta juga disediakan peralatan seperti buku program, tandanama, fail, buku nota, pensil dan diberikan makan minum 4 kali sehari iaitu makan pagi, tengahari, petang dan malam.


Perasmian penutup kem ini telah disempurnakan oleh Puan Suria bt. Baharom, Timbalan Pengarah JPNIN Kedah yang mewakili Pengarah JPNIN Kedah yang mempunyai tugasan rasmi di Port Dickson.Turut hadir pada malam tersebut ialah Puan Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap dan Cik Shahnie Farhana daripada akhbar Sinar Harian yang banyak mempromosikan aktiviti KRT Taman Utama didada akhbar mereka.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kem yang julungkalinya dianjurkan ini terutama kepada Ustaz Sarbani b. Saad, AJK KRT Taman Utama, Jiran Wanita dan penduduk yang menyumbang tenaga dan wang ringgit. Hanya Allah sahaja yang akan membalas bakti dan keringat yang dicurahkan ini.




Yang Berbahagia Ustaz Sarbani sedang menyampaikan ceramah.

En. Md Nasser dan Puan Aliah sedang mengendalikan sessi pendaftaran peserta.


Ustaz Sarbani sedang memulakan sessi tazkirah.


En. Mohd Sharipudin, Setiausaha KRT Taman Utama selaku Kem Komandan sedang memberikan beberapa arahan.










Sembahyang berjemaah.




Jiran Wanita sentiasa membantu menyediakan makanan mulai pagi hingga malam.

Masa untuk makaaaaaannnn....


Adik Faris ni nak jadi bilal atau penyanyi nasyid ? Latihan sembahyang ketika sakit. Latihan sembahyang berjamaah. Amboi ... comel-comel Tunas Jiran ni... Latihan amali mengambil wudhuk. Hmmm..... kerabu mempelam untuk jamuan tengahari. Ketua Peronda SRS dibantu oleh En. Abd Rashid bertindak selaku cheif masakan. Latihan amali Tayammum. Nampak macam hang tibar roti canai saja Mohd Fahmi ooii... Apa yang dimenungkan tu En. Fadzil? nanti hangit pula ikan tu... Air bandung tarik.... betul-betul holiauuuu...
Jiran Wanita membantu menyediakan makanan. Ustaz Sarbani sedang menyampaikan tazkirah untuk peserta kem dan ibubapa dimalam terakhir. Sebahagian daripada ibubapa yang hadir di malam penutup. Pengerusi sedang memberikan ucapan aluan. Cik Sharnie Farhana, wartawan Sinar Harian turut hadir. Ala...kesian dok coang-coang kat luar.... tu la orang ajak masuk tak nak... makasiiih no kerana sudi hadir.. Puan Suria bt. Baharom, Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Kedah sedang menyampaikan ucapan perasmian penutup. Jiran Wanita berehat seketika setelah selesai memasak. Setiausaha dan En. Abd Rashid sedang kemaruk air kelapa muda..... letih agaknya... Tunas Jiran asyik memerhati penduduk memarut kelapa menggunakan kukur iaitu peralatan tradisional yang jarang mereka melihatnya. Jiran Wanita yang setia mengikuti Kem Solat. Latihan sembahyang jenazah... tak sangka ada yang berebut-rebut nak jadi mayat... he .. he.. he AJK KRT dan penduduk berganding bahu membakar ayam, daging, ikan dan cocktail untuk makan malam. Team wonderpets la katakan... APA YANG PENTING?..KERJASAMAAAA... Jiran Wanita mendengar tazkirah yang disampaikan. Peronda SRS yang bertindak menjaga keselamatan peserta sepanjang kem berlangsung. Pengerusi menyampaikan cenderahati kepada Puan Suria. Timbalan Pengarah dan tetamu jemputan menikmati jamuan barbeque. Ibubapa menjamu selera bersama anak-anak...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin