KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, April 29, 2012

** MAJLIS TAKLIMAT RADIO SRS - WALKIE-TALKIE **


Bagi memantap dan memperkasakan SRS di Negeri Kedah, JPNIN Negeri telah menganjurkan suatu majlis Taklimat Radio SRS pada 21 April 2012 di Hotel Harvard, Gurun, Kedah. Semua KRT yang aktif dalam menjalankan aktiviti rondaan telah dijemput untuk menghadiri taklimat ini yang diakhiri dengan majlis penyerahan 3 set walkie talkie kepada SRS yang hadir.

Taklimat pengendalian walkie talkie ini telah disampaikan oleh anggota Kelab Radio Amatur Alor Setar. Taklimat bermula pada jam 10.00 pagi yang turut diadakan latihan cara pengendalian set peralatan tersebut dikalangan mereka yang hadir.

Turut hadir menyampaikan set walkie talkie dipenghujung majlis ialah En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Negeri Kedah. Dalam ucapannya, beliau telah menasihatkan anggota SRS agar patuh dan akur kepada kaedah dan tatacara penggunaannya kerana peralatan tersebut terikat kepada peraturan dan undang-undang negara. Beliau juga mengharapkan agar peralatan tersebut dijaga sebaik yang mungkin kerana tidak semua SRS yang menerimanya kecuali yang aktif menjalankan rondaan sahaja.

KRT Taman Utama telah diwakili oleh Pengerusi dan 2 anggota SRS lagi iaitu En. Mohd Fadzil b. Ibrahim dan En. Abdul Rashid b. Abd Rahman. Ketua Peronda, En. Zahid b. Abdullah tidak dapat menghadirinya kerana pulang menguruskan kematian bapa mertuanya di Melaka.

Semoga dengan adanya set terbaharu ini akan lebih memantapkan rondaan dan menambahkan lagi semangat dikalangan anggota peronda SRS diseluruh Negeri Kedah. Terima kasih kepada Tuan Pengarah JPNIN Kedah kerana keprihatinan beliau terhadap SRS.

 
Peserta sedang membuat pendaftaran.
Slaid pengendalian waklie talkie.

Blogger bersama peserta lain sedang mendengar taklimat yang disampaikan.
3 set walkie talkie yang diterima oleh SRS KRT Taman Utama.

Anggota Radio Amatur Kedah sedang meyampaikan taklimat pengendalian walkie talkie
Peserta sedang memasang peralatan.
Manual penggunaan walkie talkie.
Peserta dari KRT Tanjong Bendahara.
Peserta sedang diberi tunjuk ajar tatacara mengendalikan walkie talkie.
Peserta dari KRT Taman Wira Mergong.





En. Mohd Fadzil dan En. Abdul Rashid sedang menguji peralatan yang diterima.
Pengarah JPNIN Negeri Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin berucap dimajlis penutupan.
En. Abdul Rashid sedang menerima peralatan daripada Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah.
Pegawai Perpaduan dari Daerah Kota Setar dan Daerah Pendang turut hadir.

Ahad, April 15, 2012

** PROGRAM PENGAGIHAN TONG SAMPAH PERCUMA **

Mulai 1 September 2011, setiap premis kediaman di Negeri Kedah akan menerima sebuah Tong Sampah Beroda berkapisiti 120 liter bernilai RM120.00 secara PERCUMA oleh Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd, syarikat yang membuat pengambilan dan pelupusan sisa pepejal di Negeri Kedah. Proses pengagihan ini akan berterusan sehingga bulan Ogos 2014.


Pada bulan Mac 2012 lalu, blogger telah menghubungi pihak Environment Idaman bertanyakan jadual pengagihan tong sampah tersebut bagi Taman Utama. Blogger dimaklumkan bahawa Taman Utama belum disenaraikan untuk pengagihan tong sampah ini bagi tahun 2012. Blogger kemudian membuat permintaan susulan berikutan terjadi kes pencemaran sampah di Taman Utama kerana tong sampah yang sedia ada sering dibongkar dan diselongkar oleh anjing liar yang menyebabkan tong sampah terbalik dan sampah bertaburan di halaman rumah dan di atas jalan.



Alhamdulillah, permintaan blogger akhirnya dipenuhi apabila pada hari Sabtu, 14 April 2012 pihak Environment Idaman akhirnya datang membuat serahan tong sampah tersebut yang dijalankan di perkarangan Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. KRT Taman Utama telah ditugaskan untuk mengedarkan borang penerimaan kepada penduduk seminggu sebelum tarikh tersebut.


Setiap penduduk dikehendaki menyertakan bersama salinan kad pengenalan dan bil kegunaan harian seperti bil letrik atau bil air atau bil cukai pintu apabila datang menerima tong sampah. Beberapa AJK KRT Taman Utama telah dilantik sebagai urusetia bagi memudahkan pengagihan tong tersebut yang diasingkan mengikut blok kediaman yang berjumlah 17 blok kesemuanya. Alhamdulilah, proses pengagihan ini berjalan lancar. Program yang bermula pada jam 9.30 pagi telah berakhir pada jam 12.30 tengahari dimana hampir 90% penduduk telah datang mengambilnya.


KRT Taman Utama telah menyediakan sarapan pagi berupa nasi lemak dan kopi O serta teh tarik kepada urusetia dan pekerja daripada Environment Idaman, manakala kepada orang ramai disediakan minuman sejuk. Mengikut perancangan awal, KRT Taman Utama akan melabelkan kesemua tong tersebut mengikut nombor rumah apabila selesai pengagihan, bertujuan untuk keseragaman, namun hasrat ini tidak dapat dilaksanakan apabila ramai penduduk yang telah melabel sendiri tong tersebut apabila dibawa pulang ke rumah masing-masing.


Terima kasih diucapkan kepada pihak Environment Idaman di atas pemberian tong sampah ini. Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat membantu kelancaran program. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada para penduduk yang sabar menunggu dan berbaris panjang dalam cuaca panas untuk mendapatkan tong ini. Semoga persekitaran Taman Utama akan ceria tanpa pencemaran sisa sampah lagi selepas ini.


NEGARA BERSIH, RAKYAT SIHAT !



Urusetia sedang berbincang sebelum memulakan tugas.

Pengerusi membuat ucapan aluan program.










Blogger bersama Pegawai Environment Idaman melakukan penyerahan rasmi kepada penduduk pertama yang datang menerima tong sampah.
En. Pissal b. Abu, Pegawai daripada Bhg Komunikasi dan Korporat Environment Idaman sedang memberikan taklimat khas sebelum pengagihan bermula.
AJK KRT Taman Utama sedang menerima kembali dan menyemak borang tuntutan tong sampah daripada penduduk.

Kakitangan wanita Environment Idaman melakukan semakan akhir dan merekod nombor siri pada setiap tong yang diserahkan.


Penduduk yang sabar dan tenang berbaris untuk mendapatkan tong.




Kakitangan Environment Idaman sedang memunggah tong daripada lori.















Label blok kediaman.


Kanak-kanak turut membantu menolak tong sampah daripada lori.


Okeyyy.. semua sudah beres ! Jom kita balikkk !!!


Rabu, April 11, 2012

** OPERASI MEMBERSIH PUSAT RUKUN TETANGGA **

DAULAT TUANKU !!!!!


Bersempena cuti umum pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 11 April 2012, beberapa orang AJK dan penduduk telah bergotong royong membersih dewan dan kawasan persekitarannya. Sasaran utama ialah dua buah bilik setor yang menempatkan peralatan milik KRT dan Pakatan Taman Utama.


Aktiviti yang melibatkan seramai 20 orang ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berlarutan hingga ke waktu petang. KRT menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang kepada mereka yang terlibat.


Bahana gempa bumi yang berlaku di Acheh turut dirasai oleh mereka yang menjalankan akiviti gotong royong ini apabila mengalami gegaran tersebut di dewan. Semoga peristiwa ini menimbulkan rasa keinsafan akan kebesaran Allah SWT kepada kita semua.


Membersih kawasan belakang dewan.


Membersih pinggan mangkok.




Jiran Wanita mengasingkan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh penduduk kepada KRT Taman Utama untuk diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.






Jiran Muda turut terlibat dalam aktiviti membersih setor.



Jiran Muda turut membantu menggoreng ikan untuk makan tengahari.

.


Ahad, April 08, 2012

** MESYUARAT KHAS 1/2012 **


Suatu mesyurat khas AJK telah diadakan pada hari Sabtu, 7 April 2012 di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Mesyuarat bermula pada jam 5.30 petang yang turut dihadiri oleh kakitangan Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd, syarikat yang membuat pelupusan sisa pepejal Negeri Kedah.


Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah mengenalpasti kaedah yang sesuai bagi menjalankan program pengagihan tong sampah daripada syarikat berkenaan kepada penduduk Taman Utama. Mesyuarat menetapkan program tersebut akan diadakan pada hari Sabtu, 14 April 2012 di perkarangan Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Beberapa AJK KRT Taman Utama akan turut terlibat dalam pengendalian agihan tong sampah ini yang akan bermula pada jam 9.00 pagi.


Selain daripada itu, mesyuarat juga membincangkan program Kem Kesedaran Alam Sekitar yang melibatkan kerjasama antara KRT Taman Utama dan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan Sungai dan Jabatan Penjara Alor Setar. Mesyuarat menetapkan program tersebut akan diadakan pada 11 hingga 12 Mei 2012 di Tapak Perkhemahan Kem Kenari di Titi Hayun, Yan, Kedah. Semoga program yang akan mensasarkan kepada golongan Tunas Jiran dan Jiran Muda dalam Taman Utama akan berjaya.



Pengerusi sedang memperkatakan sesuatu kepada kakitangan Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd.






Blog Widget by LinkWithin