KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Jumaat, Ogos 31, 2012

** PERARAKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 55 **

Sambutan Hari Kemerdekaan negara kali ke 55 tahun 2012 telah menimbulkan pelbagai gimik dan isu. Ini berikutan tema yang berlainan di antara Kerajaan Persekutuan yang didokongi oleh Barisan Nasional dan Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Bagi Kerajaan Persekutuan, tema adalah Janji Ditepati, manakala Pakatan Rakyat pula memilih Sebangsa, Senegara, Sejiwa. Namun isu ini tidak menghalang kemeriahan  sambutan bagi meraikannya. Segala perancangan dan aturcara sambutan perayaan bagi negeri-negeri dalam Malaysia berjalan lancar dan penuh kemeriahan.

Tahun 2012 pihak JPNIN Negeri Kedah telah membariskan skuad Pasukan Khas Sukarelawan Rukun Tetangga ( PKS-RT) dalam perarakan kemerdekaan yang bermula pada jam 9.00 pagi di Alor Star Walk. Seramai 33 orang anggota PKS-RT dari seluruh Negeri Kedah telah menyertai perbarisan ini. KRT Taman Utama telah diberikan penghormatan apabila 3 orang anggota Peronda SRS yang menganggotai PKS-RT ini dipilih menyertai perarakan perbarisan ini.

Ketiga-tiga Peronda SRS KRT Taman Utama itu ialah En. Zahid b. Abdullah, En. Mohd Fadzil b. Ibrahim dan En. Abdul Rashid b. Abd Rahman. Pengerusi KRT Taman Utama turut menghadiri menyaksikan perbarisan pasukan ini sebagai sokongan moral kepada mereka.


Sepanduk gergasi bertentangan pentas utama majlis.
 
Ketua Peronda SRS KRT Taman Utama, En. Zahid bergambar bersama anggota PKS-RT


Dari kanan, En. Abdul Rashid, En. Zahid dan En. Mohd Fadzil

Pengerusi KRT Taman Utama bergambar kenangan bersama anak buah.
Anggota daripada Daerah Kuala Muda.

Segak bergaya mengatur langkah.
Lagak gaya bagai perwira menuju ke medan peperangan.

 
Tangan diayun, kaki melangkah, penuh disiplin yang mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai.


Sebahagian daripada orang ramai yang menyaksikan perbarisan perarakan kemerdekaan.

Sabtu, Ogos 25, 2012

KIBARKAN JALUR GEMILANG


Pada hari Sabtu, 25 Ogos 2012 bersamaan 7 Syawal 1433H, pada ketika ramai AJK dan penduduk Taman Utama masih berhari raya di kampong halaman masing-masing, blogger telah mengajak beberapa orang AJK yang ada untuk memasang Jalur Gemilang di Pusat Rukun Tetangga bagi meraikan kemerdekaan Malaysia yang ke 55 tahun.

AJK yang hadir ialah En. Khoo Kek Hoo, En. Zainul Sidik Mydin Pitchay, En. Mohd Fadzil Ibrahim dan En. Abdul Rashid Abd Rahman. Kerja-kerja memasang dan menghiasi premis bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir satu setengah jam kemudian.









Isnin, Ogos 13, 2012

** SALAM AIDILFITRI **




Selamat menyambut Hari Raya AidilFitri, maaf zahir dan batin daripada Pengerusi dan AJK KRT Taman Utama kepada -

1. Pengarah JPNIN Negeri Kedah.
2. Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar.
3. Kakitangan JPNIN Negeri & Daerah Kota Setar.
4. Warga Taman Utama.
5. Pengikut blog KRT Taman Utama.

Minal Aidil Wal Faizin
Tangan dihulur maaf dipinta
Ampun maaf zahir batin
Dari KRT Taman Utama.

** PROGRAM PEMANTAPAN & PENGUKUHAN INTEGRITI **

Pada 9 Ogos 2012, telah berlangsung program Pemantapan & Pengukuhan Integriti Peringkat Negeri Kedah untuk Rukun Tetangga. Program telah diadakan di Institut Pengurusan Dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN) Jalan Sultanah Alor Setar.

KRT Taman Utama telah diwakili oleh Pengerusi, En. Yahya b. Abd Raof dan Bendahari, Pn. Noor Hashimah bt. Yusoff. Program telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Sebanyak dua sessi telah dijalankan pada program ini, bagi sessi pertama ianya dikendalikan oleh Tuan Haji Mohamad b. Che Nai, Pengurus Besar INSPIN yang membicarakan aspek-aspek berkaitan integriti, manakala sessi ke dua dikendalikan oleh ASP Surihani bt. Ali, Pemangku Pegawai Turus, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah yang memperkatakan "Hak Mempertahankan Diri".

Secara seluruhannya program ini berjaya menambah input-input terkini kepada peserta yang hadir untuk memantapkan lagi pengurusan sesebuah KRT. Paling mendapat perhatian dan menimbulkan dialog perbahasan ialah sessi bersama pihak PDRM. Tahniah kepada ASP Surihani yang berjaya membuka minda AJK KRT yang mengikuti slot beliau dalam mengurus tadbir KRT terutama yang berkaitan dengan rondaan SRS.


Peserta sedang membuat pendaftaran.
Tuan Haji Mohamad Che Nai.
ASP Surihani Ali.
En. Razif, wakil KRT Mergong Perdana yang baru sebulan mendapat penetapan penubuhan KRT. Tahniah.
Tidak sekadar di dalam dewan, percambahan fikiran dikalangan peserta dan penceramah turut berlarutan hingga ke akhir majlis.

Jumaat, Ogos 10, 2012

** MAJLIS BERBUKA PUASA 1433H **

Majlis ini telah diadakan pada hari Sabtu, 4 Ogos 2012 di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Seramai hampir 100 orang penduduk telah menghadirinya. Majlis diadakan sempena majlis Aqiqah oleh 2 orang AJK KRT Taman Utama iaitu En. Mohd Fadzil b. Ibrahim dan En. Abdul Rashid b. Omar.

Selain majlis berbuka di Pusat Rukun Tetangga, nasi dan daging yang telah dimasak itu telah dihantar ke Masjid Seberang Pumpong untuk majlis berbuka puasa di masjid tersebut.

Jawatankuasa bersama penduduk sedang melapah daging lembu aqiqah.

Jiran Wanita mengupas bawang dll.




Bungkusan nasi yang akan dihantar ke masjid.
En. Jailani memerhatikan En. Mohd Fadzil mengopek kelapa muda untuk juadah berbuka.
Operasi memasak diketuai oleh Pn. Rosmeza bt. Ishak. Rempah ratus yang digunakan dibeli sendiri oleh beliau di Pulau Pinang. Nasi Kandar punya rempah....
Tidak cukup dengan gulai, rendang dan sup, ada juga yang berminat untuk membakar daging.
Waktu berbuka...




Kaum wanita berbuka di dalam dewan, manakala lelaki di luar dewan.



Kerana tidak cukup meja, Jiran Muda terpaksa menggunakan tikar pandan terbang, zam zam alla kazam....









Blog Widget by LinkWithin