KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Khamis, Januari 31, 2013

** SUATU PENGIKTIRAFAN **


Sempena Perhimpunan Perdana Rukun Tetangga 2013 di PICC PutraJaya pada 18 Januari 2013 lalu, YAB Perdana Menteri telah melancarkan buku PANDUAN PENGURUSAN RUKUN TETANGGA yang diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Komuniti, JPNIN PutraJaya.

Apabila menerima buku yang diedarkan kepada para tetamu majlis berkenaan, blogger terkedu apabila menatap beberapa gambar aktiviti yang dijalankan oleh KRT Taman Utama telah dimuatkan dalam buku tersebut. Ini membuktikan KRT Taman Utama telah mendapat pengiktirafan daripada pihak ibupejabat yang memantau dan mengikuti perkembangan KRT Taman Utama. Terima kasih blogger selaku Pengerusi KRT Taman Utama kepada pihak JPNIN yang sudi memuatkan berita dan aktiviti tersebut.

Ini merupakan kali ke dua KRT Taman Utama mendapat pengiktirafan JPNIN PutraJaya, kali pertama ialah apabila persempadanan KRT Taman Utama yang blogger lakarkan sewaktu mengemukakan permohonan penubuhan KRT pada tahun 2004 telah dijadikan sebagai panduan dalam buku PEKELILING PENTADBIRAN RUKUN TETANGGA BIL. 1 - 5/2006.


Cover buku.

Aktiviti Jiran Wanita KRT Taman Utama.
Aktiviti Jiran Wanita KRT Taman Utama.
Aktiviti Kem Solat Tunas Jiran & Jiran Muda KRT Taman Utama.

** PERHIMPUNAN PERDANA RUKUN TETANGGA 2013 **


Pada 18 Januari 2013, blogger telah berkesempatan menghadiri majlis Perhimpunan Perdana Rukun Tetangga 2013 yang diadakan di PICC PutraJaya. Majlis perasmiannya  telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib b. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Blogger bersama 40 orang lagi peserta yang terdiri daripada Pengerusi dan AJK daripada KRT Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena telah bertolak dengan menaiki sebuah bas pada 17 Januari 2013 pada jam 10.00 malam dan tiba keesokan harinya pada jam 5.30 pagi di Masjid Negara. Setelah selesai solat Suboh dan sarapan pagi, kesemua peserta telah dibawa melawat Kompleks Penyiaran Angkasapuri.

Selesai lawatan, kami bertolak ke Selayang untuk jamuan tengahari yang ditaja oleh YB Dato' Chor Chee Heung, Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Alor Setar, dan terus ke PICC PutraJaya untuk menghadiri majlis.

Tahniah diucapkan kepada wakil-wakil KRT daripada Kedah yang berjaya meraih beberapa anugerah yang diberikan sempena majlis tersebut.
1. KRT Taman Mahsuri, Jitra - Naib Johan Pengurusan Rukun Tetangga.
2. SRS KRT Taman Sayang, Changlun - Naib Johan Pengurusan Skim Rondaan Sukarela.
3. KRT Taman Desa Damai, Jitra - Naib Johan Anugerah Inovasi Rukun Tetangga.


Buku cenderamata majlis.

Blogger di set program Apa Kata Wanita

AJK KRT Taman Utama, Pn. Hajah Norrizah bergambar bersama hos sebuah rancangan yang sedang membuat siaran langsung pada pagi tersebut.











Bersama En. Ahmad Shaker, Pengerusi KRT Taman Mahsuri, Jitra.

Khamis, Januari 24, 2013

** SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H **


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah, begitulah tema sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434H. Sekali lagi KRT Taman Utama terlibat dalam meraikan sambutannya apabila menyertai perarakan sambil berselawat anjuran Masjid Seberang Pumpong pada hari Khamis, 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434H.

Taman Utama menghantar 2 buah persatuan menyertai perarakan ini, iaitu Rukun Tetangga Taman Utama dan Pakatan Taman Utama. Seramai hampir 150 orang peserta dari 2 buah persatuan penduduk menyertainya yang merangkumi pelbagai peringkat umur. KRT Taman Utama memperuntukkan RM300.00 untuk majlis ini bagi menyediakan sepanduk dan pembelian hamper cabutan bertuah kepada peserta yang menyertainya.

Majlis bermula pada jam 7.30 pagi apabila semua peserta daripada anak khariah masjid ini yang dianggarkan seramai 500 orang berkumpul dan bersarapan pagi diperkarangan Restoran TAT Nasi Ayam yang ditaja sepenuhnya oleh Tuan Haji Mokhtar, pemilik restoran ini.

Perarakan bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira 45 minit kemudian di Masjid Seberang Pumpong. Kawalan peserta perarakan diawasi sepenuhnya oleh anggota Peronda SRS KRT Taman Utama serta dibantu oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis DiRaja Malaysia. 



Sarapan pagi...







Setiausaha KRT Taman Utama sedang memberi arahan kepada peserta...



PERARAKAN BERMULA PADA JAM 8.30 PAGI....






Pengerusi Jiran Wanita dan Setiausahanya sedang mengawasi peserta Tunas Jiran.




Peserta Jiran Wanita melaram dengan baju baru mereka...

Sepanduk Pakatan Taman Utama.

PESERTA PERARAKAN MELALUI JALAN BESAR

















PESERTA MEMASUKI KAWASAN TAMAN PERUMAHAN....






PESERTA MELALUI JALAN KAMPONG ....





TIBA DI PERKARANGAN MASJID SEBERANG PUMPONG..

Di masjid, semua peserta yang berusia bawah 18 tahun diberikan wang saguhati sebanyak RM5.00 seorang oleh Restoran TAT Nasi Ayam, manakala peserta dewasa akan diberikan kupon untuk cabutan bertuah yang diberikan oleh KRT Taman Utama dan Masjid Seberang Pumpong.

Majlis sambutan diteruskan dengan pertandingan hafalan Al-Quran dikalangan anak-anak muda khariah. Beberapa orang peserta Tunas Jiran dan Jiran Muda KRT Taman Utama yang menyertainya telah berjaya meraih beberapa anugerah.



Bacaan doa selamat setelah sampai ke destinasi.

Berbaris menerima wang saguhati...


Jiran Usia Emas sibuk menyediakan makan tengahari..

SESSI PERTANDINGAN HAFAZAN AL-QURAN DALAM MASJID







Pengerusi KRT Taman Utama bersama anak-anak buah yang memenangi pertandingan.

Blog Widget by LinkWithin