KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, September 27, 2015

** QURBAN AIDILADHA 2015 **


Seramai 17 orang AJK dan Peronda SRS KRT Taman Utama telah menyertai gotong royong program Qurban AidilAdha bagi tahun 2015 di Masjid Seberang Pumpong.

Program sembelihan 4 ekor lembu ini dilangsungkan selepas solat sunat AidilAdha pada 24 September 2015. Terima kasih kepada mereka yang terlibat.




















Isnin, September 14, 2015

** SEMINAR KESELAMATAN SRS BERSAMA PDRM 2015 **


Pejabat Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena dengan kerjasama KRT Taman Seri Marina, Kuala Kedah telah berjaya menganjurkan Seminar Keselamatan SRS Bersama PDRM 2015 pada 14 September 2015 di KRT Taman Seri Marina.

Objektif majlis adalah :-

1. Memantapkan ilmu pengetahuan serta peranan anggota Peronda SRS dalam melakukan tugasan rondaan.

2. Meningkatkan kemahiran berfikir secara lebih terbuka dan bertindak secara kreatif dan proaktif untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti.

3. Membentuk sikap dan keperibadian yang tinggi dan positif terhadap anggota peronda SRS.

4. Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan anggota PDRM Daerah Kota Setar dengan anggota peronda peronda SRS Daerah Kota Setar.

Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam disertai oleh Peronda SRS yang terdapat dalam daerah ini. Program dipenuhi dengan taklimat keselamatan dan undang-undang berkaitan SRS yang ada hubung kait dengan PDRM serta sessi soal jawab antara ke dua pihak.

Pihak PDRM Daerah Kota Setar diketuai oleh Ketua Polis Daerah ACP Adzaman Md. Jan serta beberpa orang pegawai kanannya. Turut hadir ialah Pegawai Perpaduan Daerah, Puan Noorassemah bt. Abdullah dan kakitangan beliau.

KRT Taman Utama telah diwakili oleh Pengerusinya dan 3 orang lagi Peronda SRS iaitu En. Zahid Abdullah, En. Abd Halim Ahmad dan En. Mohd Pauzi Yong.


Pengerusi KRT Taman Utama mengisi borang kehadiran.





Tuan ACP Adzaman.



Barisan peronda SRS yang hadir.









Penolong Pegawai Perpaduan menjawab persoalan yang dibangkitkan. 

Mohd Pauzi Yong menerima sijil penyertaan SRS Taman Utama.

Ahad, September 13, 2015

** SEMINAR RUKUN NEGARA 2015 **


Pejabat Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena telah berjaya menganjurkan Seminar Rukun Negara pada 12 September 2015 di Auditorium Rumah Kelahiran Tun Dr.Mahathir, Alor Setar Kedah.

Seramai 100 orang peserta Tunas Jiran yang berusia antara 11 hingga 12 tahun dari seluruh KRT dalam daerah ini telah menghadiri seminar yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Objektif program adalah :-

1. Meningkatkan semangat patriotisme dan memupuk perpaduan pelajar terutama ahli Kelab Rukun Negara di sekolah dan sektretariat Rukun Negara di IPT.

2. Memberi kesedaran kepada ahli Kelab Rukun Negara / sekreteriat Rukun Negara serta melahirkan generasi muda yang bersatu padu dan bersikap terbuka terhadap kepelbagaian cara hidup dan latar belakang masyarakat.

3. Mengeratkan hubungan kaum dan menjalinkan silatulrahim di kalangan pelajar sekolah dan IPT selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara.

4. Meningkatkan pengetahuan, pemahaman penghayatan dan pengalaman pelajar terhadap Prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian.

Setiap KRT dikehendaki menghantar seramai 2 orang peserta. KRT Taman Utama telah menghantar seramai 5 orang peserta iaitu 2 peserta wajib manakala 3 orang lagi adalah menggantikan peserta KRT lain yang gagal hadir pada saat akhir.

Peserta telah diberikan 3 sessi ceramah daripada 3 buah jabatan kerajaan yang berkaitan seminar.

Peserta KRT Taman Utama.





Sessi makan tengahari.











Fasilitator daripada Jabatan Penerangan.



Jumaat, September 11, 2015

** PERLAWANAN KAROM PERSAHABATAN **


Bagi memantap dan berkongsi pengalaman bersama dalam menjalankan aktiviti rondaan, KRT Taman Utama telah menerima tetamu daripada KRT Bukit Lada, Daerah Pokok Sena pada 10 September 2015. Kunjungan seramai 20 orang Peronda SRS KRT Bukit Lada ini diketuai oleh Pengerusinya sendiri iaitu En. Rahim.

Turut hadir ialah En. Abdul Halim Alwi, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar dan En. Azmi Che Daud, Setiausaha KRT Jalan Ambar, Alor Setar. Mereka tiba pada jam 10.00 malam dan disambut oleh barisan AJK dan Peronda SRS Taman Utama. Tetamu yang datang ini telah dihidangkan dengan menu bihun goreng dan teh tarik.

Objektif utama kunjungan adalah untuk merapatkan hubungan dua hala antara KRT, beramah mesra sesama Peronda SRS dan perkongsian pengalaman aktiviti rondaan malam. Bagi mengisi kunjungan ini diadakan juga perlawanan persahabatan karom yang merupakan permainan dalaman yang sering dimainkan oleh Peronda SRS di semua KRT yang menjalankan aktiviti SRS.

Perlawanan yang dijalankan mengikut format 3 perseorangan dan 2 bergu telah dimenangi oleh KRT Taman Utama. Tahniah dan syabas kepada ke dua KRT. Telah menjadi adat permainan ada yang kalah dan ada yang menang, namun apa yang penting adalah impak dari kunjungan ini adalah hubungan erat antara ke dua buah KRT.


Ucapan aluan Pengerusi KRT Taman Utama.

Ucapan Penolong Pegawai Perpaduan.

Ucapan balas Pengerusi KRT Bukit Lada.

Cenderahati untuk KRT Bukit Lada.

Perseorangan pertama.











Selasa, September 08, 2015

** AKTIVITI LUAR **


Pada 5 September 2015, Pengerusi KRT Taman Utama telah membawa seramai 5 orang perempuan dan seorang lelaki dari biro Tunas Jiran ke Perbadanan Perpustakan Awam Kedah (PPAK) untuk menyertai aktiviti kanak-kanak di jabatan tersebut.

Antara aktiviti yang diadakan oleh pihak PPAK (tempat Pengerusi KRT Taman Utama berkerja) pada hari itu ialah senamrobik, mewarna dan kraftangan. Aktiviti bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.















Blog Widget by LinkWithin