KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Jumaat, Oktober 28, 2011

GOTONG ROYONG MEMBERSIH DEWAN

Pada hari Jumaat, 28 Oktober 2011, mulai jam 9.00 pagi seramai 12 orang penduduk yang terdiri daripada AJK KRT Taman Utama dan Peronda SRS telah mengadakan gotong royong membersih dewan ataupun Pusat Rukun Tetangga. Tujuan adalah untuk kebersihan, keceriaan dan persekitaran yang sihat apatah lagi menjelang program tazkirah Qurban pada 3 November 2011 dan jamuan daging Qurban pada 6 dan 7 November 2011 ini.


Terdapat juga dikalangan yang hadir itu turut membawa juadah untuk dinikmati bersama seperti roti canai, milo panas, keropok dan mee goreng.



Kawasan hadapan dewan.......




En. Fadzil bolot sorang-sorang kawasan dalam dewan...daripada mop hingga buang sawang....



Mak oiii.... beratnya.....



Operasi mencuci 2 buah peti ais untuk menyimpan daging qurban...


Sessi lapik perut .......





Kawasan laluan utama ni kena kasi clear sikit.....



Tu dia !!!.. Din JPJ dan Kamarol Osma sedang mencuci di kawasan setor.....


Jumaat, Oktober 21, 2011

SEMINAR KHAS PEMANTAPAN PROFESIONALISME NILAI-NILAI MURNI DALAM GAGASAN 1 MALAYSIA UNTUK RUKUN TETANGGA NEGERI KEDAH


Seminar selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Institut Kemajuan Desa, Bangi, Selangor. Seminar dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri melalui Kelab Penyokong 1 Malaysia serta mendapat kerjasama daripada Biro Tata Negara Negeri Kedah, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Kedah. Seminar berlangsung mulai 18 Oktober 2011 dan berakhir pada 20 Oktober 2011.


Seramai 202 orang peserta yang terdiri dari kalangan Ahli Jawatankuasa KRT dari seluruh Negeri Kedah telah dipilih menyertai seminar ini yang antara lain objektifnya ialah untuk memberi taklimat atau pendedahan kelangsungan atau survival politik di Malaysia kepada peserta yang menyertainya terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti.


Dari Daerah Kota Setar / Padang Terap, seramai 40 orang peserta telah dipilih, namun pada hari bertolak hanya 38 orang sahaja yang pergi manakala 2 orang lagi difahamkan terpaksa menolak disaat-saat akhir kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan. KRT Taman Utama diperuntukkan 2 orang peserta yang diwakili oleh Pengerusi dan Bendahari.


Rombongan dari Daerah Kota Setar / Padang Terap telah bertolak dari Pekan Rabu pada jam 11.30 malam dan berkumpul dengan rombongan dari daerah-daerah lain di Gunung Semanggol Perak dan tiba di Kuarters Biro Tata Negara KLIA untuk sarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan ke INFRA dan tiba pada jam 10.00 pagi.


Sejurus tiba, semua peserta mendaftarkan diri, diikuti dengan pemeriksaan kesihatan, pembahagian bilik penginapan, makan tengahari dan taklimat program. Seminar bermula pada jam 2.30 petang dan berlarutan hingga ke jam 12.00 malam pada setiap hari.


Antara yang terlibat memberikan taklimat ialah Y. Bhg Dato' Haji Shahlan b. Ismail, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri, YB Tan Sri Abu Zahar b. Dato' Ujang Nika, Yang DiPertua Dewan Negara, Y. Bhg Tan Sri Dato' Seri Prof Dr. Ibrahim b. Abu Shah, Y. Bhg Dato' Salleh b. Mat Rasid, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam PDRM dan Y. Bhg Prof Dato' Dr. Mohd Yusof b. Haji Othman.


Ketibaan delegasi peserta Rukun Tetangga daripada seluruh Negeri Kedah di Institut Kemajuan Desa, Bangi.

Sessi pendaftaran peserta.


Menerima kunci bilik penginapan.


Menerima peralatan yang dibekalkan untuk seminar.


Sessi pemeriksaan kesihatan peserta.




Blogger sedang diwawancara oleh Ketua Jurulatih.



Laungan KRT hebat, kawasan selamat.




Laungan 1 Malaysia.




Sessi senaman pagi.















Penghulu sedang membuat pelaporan kepada penceramah.




Sarapan pagi di Kuarters Biro Tata Negara KLIA.



Kaunter INFRA.


Makan tengahari.


Ketua Jurulatih, En. Zainol Ariffin b. Omar, yang mesra dengan panggilan Pak Jenal sedang menyampaikan taklimat kepada peserta.


Blogger dan Pn. Noorhashimah sewaktu sessi taklimat.


Pn. Noorhashimah bt. Yusof, Bendahari KRT Taman Utama, berbaju puteh, selesa berada dibarisan hadapan sewaktu seminar.


Sessi kuliah Suboh.


Prof Dato' Dr. Mohd Yusof b. Haji Othman sedang menyampaikan kuliah Suboh.


Bersama Prof Dato' Dr. Mohd Yusof b. Haji Othman.


Bersama En. Mohd Nasir b. Ishak, penyelaras seminar.


Hadapan kompleks INFRA. Cantik landskap kawasannya.


Bersama Dato' Salleh b. Mat Rasid.



Bersama Dato' Haji Shahlan dan Penghulu seminar, En.
Saedin b. Chik.


Bersama Dato' Ghazali, Pengarah Kelab Penyokong 1 Malaysia.


Sebahagian peserta dari Daerah Kota Setar / Padang Terap bergambar bersama Dato' Haji Shahlan Ismail.


Sessi pendaftaran peserta.


Sessi taklimat seminar oleh Ketua Jurulatih, En. Zainol Ariffin b. Omar.


Nyanyian lagu Perajurit Tanah Air dan laungan 1 Malaysia.


Sessi bersama Dato' Haji Shahlan b. Ismail, Setiausaha Politik YAB Dato' Seri Najib b. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang mengupas Gagasan 1 Malaysia.


Suasana makan pagi, tengahari, petang dan malam.


Sessi bersama Prof Dato' Dr. Mohd Yusof b. Haji Othman yang membicarakan tajuk, Kerja Sebagai Ibadah.



Sessi senaman pagi.





Sessi bersama Tan Sri Abu Zahar b. Dato' Ujang Nika, Yang DiPertua Dewan Negara yang membicarakan Pilihan Raya Umum Ke 12, Kesan & Akibatnya Serta kedudukan Orang Melayu Masakini.


Sessi bersama Tan Sri Dato' Seri Prof Dr. Ibrahim b. Abu Shah yang membangkitkan isu mengkristiankan Melayu dan gejala murtad.



Sessi bersama Dato' Salleh b. Mat Rasid, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM yang mengupas tajuk Keselamatan Nasional Teras Pembangunan Negara.


Blog Widget by LinkWithin