KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Jun 29, 2013

** GOTONG ROYONG KENDURI PERKAHWINAN **


29 Jun 2013, salah seorang AJK KRT Taman Utama, En. Abd Halim Ahmad telah mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya.

Jamuan kenduri perkahwinan ini dimasak oleh AJK, Jiran Wanita dan Peronda SRS KRT Taman Utama. Jumlah jemputan yang dijemput adalah seramai 3,000 orang. Daging yang dimasak adalah sepikul untuk kari, sepikul untuk masak kurma dan 200 ekor ayam untuk masak merah.

Jiran Wanita turut menaja rojak buah kepada En. Abd Halim. Kebetulan pada hari tersebut, lebih daripada 20 orang Jiran Wanita tidak dapat membantu majlis perkahwinan ini kerana mereka telah bertolak menuju ke Terengganu dan Kelantan untuk program lawatan mulai 27 Jun 2013. 

Namun Alhamdulillah segala persiapan dan gerak kerja berjalan lancar apatah lagi mendapat bantuan dan sokongan Tunas Jiran dan Jiran Muda yang membantu mengangkat makanan dan membasuh pinggan mangkok.


Gotong royong penyediaan bunga telor.

Jiran Wanita menyediakan kuah untuk masak merah ayam.

Sebahagian Jiran Wanita sedang mengupas bawang dan sebagainya.

Melihat kualiti telor rebus.

Daging masak Kurma



Pengerusi Jiran Wanita memantau penyediaan rojak buah.

Jiran Muda yang menghidang makanan.

Tetamu menjamu selera.

Crew Teh Tarik.

Crew Jiran Muda yang membasuh pinggan.



Crew Tunas Jiran mengelap pinggan.

Berhenti melepas lelah

Bagai pinang dibelah dua ....





Pengantin bersama crew di dapur...


Pengantin bersama Jiran Wanita.


** DENDAM TAK TERBALAS **


Pada 28 Jun 2013, sekali lagi perlawanan persahabatan diantara AJK KRT Taman Utama / Peronda SRS menentang Jiran Muda KRT Taman Utama diadakan di padang bolasepak Taman Utama.

Bahang bola sepak Piala Konfiderasi di Brazil telah membuatkan pihak AJK dan Peronda SRS teruja untuk mencabar Jiran Muda sekali lagi bertarung. Namun barisan "Kuda Tua" KRT Taman Utama gagal lagi untuk menyekat Jiran Muda apabila tewas dengan jaringan 0 - 3, walaupun mereka mengimport 2 orang Jiran Muda yang berusia bawah 25 tahun bagi membantu mereka


















Pengersui menyampaikan hadiah kepada pasukan Tunas Jiran yang mengadakan perlawanan sebelum barisan Kuda Tua Taman Utama turun padang.















** NISFU SYAABAN 1434H **


Sambutan Nisfu Syaaban tahun 1434H begitu meriah diadakan oleh KRT Taman Utama. Jika tahun-tahun yang kebelakangan, KRT Taman Utama hanya menjemput Jawatankuasa Masjid Seberang Pumpong sahaja untuk mengetuai majlis, namun kali ini majlis diketuai oleh Tuan Haji Sarbani b. Saad, Pegawai Agama Jabatan Penjara Alor Setar.

Majlis pada 23 Jun 2013 dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan Yasin, solat Isyak berjemaah dan tazkirah Ramadhan Mubarak. Majlis diadakan di Dewan KRT Taman Utama. Hampir 200 orang penduduk yang terdiri dari pelbagai peringkat umur menghadirinya.

Selesai tazkirah penduduk disajikan dengan Nasi Beriyani Ayam yang mendapat sambutan hangat. Menu ini adalah pertama kali dimasak oleh jawatankuasa KRT Taman Utama.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini terutama kepada yang bertungkus lumus memasak, mengendalikan persiapan tempat dan yang menyumbang tenaga dan wang ringgit majlis ini.


Ucapan aluan Pengerusi KRT Taman Utama.

Antara yang menghadiri majlis.





Tuan Haji Sarbani.



Tuan Haji Sarbani menyampaikan tazkirah Ramadhan Mubarak.

















 
Blog Widget by LinkWithin