KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Mei 24, 2016

** BACAAN YASIN NISFU SYAABAN 1437H **


Pada 21 Mei 2016, bersamaan 14 Syaaban 1437H, KRT Taman Utama telah mengadakan majlis bacaan Yasin sempena Nisfu Syaaban di dewan KRT Taman Utama.

Perbelanjaan mengadakan majlis ini adalah hasil sumbangan beberapa orang AJK KRT Taman Utama bagi menyediakan menu nasi kandar. Terdapat juga yang menyumbang air mineral, kueh dan buah-buahan.

Bacaan Yasin dipimpin oleh Setiausaha KRT Taman Utama, En. Ahmad Kamarol Osma b. Othman. Majlis sebelum itu dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah.


AJK membersih persekitaran dewan.

Jiran Wanita menyediakan menu utama.

Ketua Peronda menyumbang air mineral.



Peronda SRS menyediakan tempat bacaan.





Ucapan ringkas Pengerusi KRT.









** MERAIKAN HARI GURU **


Pada 16 Mei 2016, Pengerusi KRT Taman Utama secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Pengerusi Jiran Wanita, Ustazah Rogayah bt. Ramli telah bermuafakat dengan ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke dewan KRT Taman Utama untuk belajar kelas pengajian Al-Quran.

Alhamdulillah, setelah berjaya mengumpul sumbangan kewangan, maka suatu majlis keraian kepada Ustazah Rogayah sempena Hari Guru berjaya diadakan diadakan. Majlis penuhi dengan ucapan ringkas Pengerusi KRT, bacaan doa selamat dan acara memotong kek. Diikuti dengan sumbangan cenderahati dari pelajar kepada Ustazah dan diakhiri dengan jamuan bihun sup.

Terima kasih kepada penderma wang ringgit dan makanan ringan dan ibubapa yang turut menyediakan makanan pada malam tersebut.


Pelajar memberikan cenderahati kepada Ustazah.



Sessi memotong kek.



Isnin, Mei 23, 2016

** ANAK ANGKAT AMANITA PDRM KEDAH **


Tahun 2016, KRT Taman Utama sekali lagi menerima penghormatan apabila Jiran Wanita telah dipilih sebagai Anak Angkat AMANITA Ibu Pejabat Polis Negeri Kedah. AMANITA adalah singkatan Unit Aman Wanita PDRM yang bertujuan untuk perdampingan sosial bersama suri rumahtangga dalam usaha mencegah gejala sosial dan jenayah yang berlaku dalam sesuatu komuniti.

Setelah berbincang dan bermesyuarat beberapa kali bersama Supt Wong Ing Fung, Ketua Turus AMANITA Kedah, maka tarikh 7 Mei 2016 telah ditetapkan sebagai hari pelancaran.

Pelancaran telah disempurnakan oleh Datuk Abd Jalil b. Hassan, Timbalan Ketua Polis Kedah. Pelbagai acara sampingan telah diadakan sempena pelancarannya seperti pertandingan mewarna, pertandingan memasak gado-gado, acara sukaneka, futsal padang dan perlawanan futsal padang antara AMANITA dan Jiran Wanita Taman Utama.



Acara mewarna.

Gimik pelancaran

Pemenang pertandingan mewarna.

Acara sukaneka.



Johan dan naib johan futsal padang.

Datuk Abd Jalil bersama Supt Wong dan Pengerusi Jiran Wanita.

Gotong royong memasak secara bersama antara ke dua pihak.

Keratan akhbar berbahasa Cina.





Team futsal Jiran Wanita.

Team Jiran Muda Wanita.

** MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PENGARAH JPNIN KEDAH **


Pada hari Selasa, 3 Mei 2016, Jawatankuasa Permuafakatan KRT Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra bersama Pengarah JPNIN Kedah yang baru iaitu En. Rohai Zahar b. Nedi. Beliau menggantikan En. Mohd Saidi b. Midin yang bertukar ke JPNIN Pulau Pinang.

Majlis berlangsung di Auditorium Aras 1, Zon A, Wisma Persekutuan Bandar Muadzam Shah mulai jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Majlis dipenuhi dengan ucapan oleh Tuan Haji Abd Kadir b. Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan, diikuti dengan ucapan Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah dan ucapan oleh Tuan Pengarah yang disulami dengan sessi dialog bersama 79 wakil KRT yang hadir yang diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

Diakhir sessi ialah penyampaian sijil pelantikan kepada 25 orang AJK Permuafakatan. Pengerusi KRT Taman Utama adalah Setiausaha Jawatankuasa Permuafakatan.






Pengerusi KRT Taman Utama selaku Setiausaha Permuafakatan Daerah menerima sijil.





Ahad, Mei 22, 2016

** LAWATAN INTEGRASI PESTA KAAMATAN 2016 **


Mulai 29 April hingga 5 Mei 2016, Jiran Muda KRT Taman Utama telah terpilih mewakili KRT Negeri Kedah menyertai Lawatan Integrasi Sempena Pesta Kaamatan di Sabah. 

Adik Mohd Hairi b. Mohd Fadzil terpilih mewakili Jiran Muda Kedah di atas komitmen dan sumbang bakti beliau yang menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan oleh KRT Taman Utama.

Program kali ini adalah ke dua buah Daerah iaitu Beufort dan Tenom. Semoga pengalaman berharga ini menambahkan lagi keazaman beliau menabur bakti pada KRT Taman Utama dan menjadi suatu kenangan yang tidak ternilai sepanjang hayat beliau.
















Bersama keluarga angkat beliau.



Blog Widget by LinkWithin