11 April 2017.
Pengerusi KRT Taman Utama merangkap Setiausaha Jawatankuasa Permuafakatan (JPKRT) Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena telah menghadiri perjumpaan dengan Dato' Dr. Leong Yong Kong, EXCO Perpaduan Negeri Kedah di pejabatnya di Wisma Darulaman.
Perjumpaan yang diketuai oleh Pengarah JPNIN Kedah adalah bertujuan membentangkan kertas kerja Karnival Perpaduan pada bulan Ogos 2017 oleh JPKRT Daerah. Turut hadir ialah Pegawai Perpaduan Daerah, Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pengerusi JPKRT Daerah, Dato' Haji Abdul Kadir b. Mohammad, kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah dan 4 orang AJK utama JPKRT Daerah.
Kertas kerja peringkat daerah ini akhirnya dipersetujui untuk dijadikan sebagai peringkat negeri dan akan dikemukakan dalam mesyuarat EXCO Negeri untuk tindakan lanjut.