KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Oktober 02, 2011

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2011.


Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2011 telah diadakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 24 September 2011, mulai jam 8.30 malam. Buat julung kalinya majlis ini telah diadakan di Pusat Rukun Tetangga. Jika pada jamuan tahun 2010 premis ini sedang dalam peringkat awal pembinaan, kini ianya telah siap sepenuhnya untuk digunakan bagi menjalankan pelbagai aktiviti, tidak lagi hanya berpusatkan di perkarangan rumah blogger sahaja seperti tahun-tahun yang lalu.

Tetamu jemputan yang hadir ialah En. Oii Khir Tong, Setiausaha Politik YB Dato' Wira Chor Chee Heung, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, merangkap Ahli Parlimen Alor Setar dan En. Mohd Yusof b. Daud, Pegawai Perpaduan Kanan JPNIN Negeri Kedah yang mewakili Pengarah JPNIN Negeri Kedah. Turut hadir ialah En. Mohd Shafirul b. Abdul Sattar, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar.

Menu yang disediakan untuk tetamu dan penduduk ialah laksa, lontong, cucur udang, ketupat, tapai, keropok lekor, ais kacang dan beraneka jenis kueh raya. Kesemua menu tersebut merupakan hasil air tangan penduduk Taman Utama sendiri yang bergotong royong menyediakannya mulai dari 23 September 2011 lagi. Terdapat juga dikalangan penduduk yang membawa bersama juadah daripada rumah untuk turut dikongsi bersama,

Dalam ucapannya, En. Oii Khir Tong yang mewakli YB Dato' Wira Chor Chee Heung telah melahirkan rasa kagum terhadap KRT Taman Utama yang berjaya mengadakan majlis yang meriah ini dan lebih kagum lagi apabila dimaklumkan bahawa premis ini telah dibina hasil keringat titik peluh penduduk sendiri yang dilakukan secara bergotong royong tanpa mendapat upah walau sesen pun. Beliau kemudian berjanji akan berusaha agar YB Dato' Wira Chor Chee Heung meluluskan peruntukan untuk membina gelanggang serbaguna bersebelahan premis ini yang boleh digunakan untuk aktiviti sukan badminton, futsal, bola jaring dan sepak takraw oleh penduduk Taman Utama.

Turut diadakan pada malam tersebut ialah cabutan bertuah yang menyediakan 21 jenis barangan keperluan harian. Pada keseluruhannya, jamuan pada tahun ini telah mendapat pertambahan penduduk yang hadir. Ramai muka baru yang sebelum ini jarang menampakkan muka pada sebarang aktiviti yang dianjurkan telah sudi menjengah dan turut berbual mesra dengan barisan AJK KRT Taman Utama dan penduduk yang lain.


Setiausaha sedang mempengerusikan majlis.

Jiran Wanita sedang menggoreng cucur udang.

Kuah lontong.


Jawatankuasa persiapan tempat sedang menghias kanopi.

En. Mohd Yusof b. Daud yang mewakili Tuan Pengarah sedang menyampaikan ucapan.


Antara penduduk yang hadir.


Jiran Muda wanita KRT Taman Utama.

JIran Muda lelaki bertugas menyediakan ais kacang.


En. Oii Khir Tong sedang memberikan ucapan. Dengar cerita beliau bakal menjadi calun dalam PRU ke 13 di DUN Kota Darulaman nanti...

Tetamu jemputan sedang menjamu selera.


Ustaz Sabani b. Saad, pembimbing Kem Solat Jiran Muda lalu turut hadir.





Bawah khemah dah penuh, terpaksalah Jiran Muda menjamu selera di atas set permainan kanak-kanak.

Pengerusi Jiran Wanita, Pn. Rosni bt. Kasim menghulurkan sumbangan duit raya kepada Tunas Jiran dan Jiran Muda. Terima kasih Pn. Rosni, semoga Allah menambahkan lagi rezeki anda....

En. Mohd Shafirul sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

Pengerusi sedang menyampaikan hadiah cabutan bertuah.



Menu yang terhidang.




Ada yang terpaksa berdiri kerana ketiadaan tempat duduk.






Pn. Noorhashimah sedang menyediakan hidangan untuk VIP.

Jurukamera bersantai bersama Setiausaha.










Tunas Jiran dan Jiran Muda berbaris untuk menerima duit raya sumbangan Pn. Rosni daripada Pengerusi.







Dua orang mantan Bendahari KRT Taman Utama, Pn. Hajah Rokiah dan En. Md. Nasser.


Saya bagi pihak seluruh Jawatankuasa KRT Taman Utama merakamkan penghargaan terima kasih kepada tetamu jemputan dan penduduk yang sudi hadir ke majlis ini. Terima kasih kepada semua Peronda SRS dan Jiran Wanita yang bertungkus lumus mengembeling tenaga menyediakan juadah.

Terima kasih juga kepada yang menghulurkan sumbangan wang ringgit dan juadah makanan untuk majlis . Sekiranya terdapat kekurangan dan salah silap sepanjang majlis ini berlangsung, pihak kami menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf. Yang baik itu datangnya daripada Allah, manakala yang buruk itu adalah di atas kesilapan dan kelalaian daripada pihak kami.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin