KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Oktober 31, 2012

** SAMBUTAN QURBAN AIDILADHA 1433H / 2012 **


Salam AidilAdha 1433H.

Alhamdulillah KRT Taman Utama & Pakatan Taman Utama sekali lagi berjaya menganjurkan program Qurban pada tahun ini. Sebanyak 3 ekor lembu telah berjaya diqurbankan oleh beberapa orang penduduk Taman Utama bagi menyahut tuntutan sunat muakad oleh agama Islam pada hari Raya Aidiladha.

Program Qurban tahun ini diketuai oleh En. Mohd Fadzil b. Ibrahim yang mengumpulkan wang dari  peserta  mulai bulan Jun 2012. Pada awalnya sebanyak 5 ekor lembu telah berjaya dikumpul, namun kerana memikirkan akan berlaku lambakan daging dan kekurangan tenaga pekerja, maka 2 ekor daripada lembu tersebut telah dijadikan aqiqah pada bulan Ramadhan lalu.

Sembelihan telah dilakukan pada hari Ahad 28 Oktober 2012. Lembu-lembu qurban ini telah disembelih di Kg. Bukit, Pokok Sena dimana setiap bahagiannya bernilai RM300.00. Selesai disembelih, daging qurban tersebut dibawa pulang dan urusan agihan daging tersebut dilakukan diperkarangan Pusat Rukun Tetangga. Selain diagihkan kepada penduduk, sebahagian daripada daging tersebut turut dimasak untuk hidangan tengahari kepada petugas dan penduduk Taman Utama.

Pada hari raya pertama, blogger bersama beberapa orang AJK yang tidak balik ke kampong telah berkunjung kerumah beberapa orang penduduk sebaik sahaja selesai menunaikan solat sunat Aidiladha.  Bermula dari rumah En. Mohd Fadzil diikuti ke rumah Setiausaha, En. Abdul Rashid Abd Rahman dan berakhir di rumah blogger sebelum masing-masing bertolak balik ke kampong halaman masing-masing.



Tiga orang anggota skuad PKS-RT sedang menjamu selera pada pagi hari raya dirumah Setiausaha, menunya ialah mee kuah.

En. Mohd Fadzil dan beberapa orang AJK sedang menjamu selera di wakaf / gazebo diperkarangan rumah Ketua Peronda SRS Taman Utama pada malam raya ke dua, menu yang disajikan ialah Tom Yam.




Kerja-kerja pengagihan daging qurban.












Blogger dan En. Zainul Sidik Mydin memeriksa timbangan untuk agihan.





He .. he .. he.. mabuk darah ke mabuk daging ni ....


Rendang daging...

Sup gear box?


Peserta qurban sedang mengambil bahagian daging masing-masing.

Pn. Indun dan rendang kicapnya.....


Masa untuk menjamu selera.... memang sedap....memang manis rasanya daging qurban.....memang berbeza dengan daging biasa.... itulah kebesaran Allah swt...



Tunggu masa untuk disuap ke dalam mulut....

Bahagian yang digemari ramai...... betoi-betoi holiaaawwww....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin