Pada akhir bulan Oktober 2012, blogger telah dihubungi oleh pihak Amanah Ikhtiar Malaysia Kedah menyatakan permohonan mereka untuk menggunakan premis Pusat Rukun Tetangga Taman Utama dalam menjalankan aktiviti mereka untuk masyarakat di sekitar Bandaraya Alor Setar.
Setelah berbincang dalam mesyuarat, Jawatankuasa KRT Taman Utama bersetuju dengan hasrat pihak AIM yang akan menggunakan premis tersebut pada setiap hari Selasa dan Rabu mulai jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Mengambil pendekatan 'win win situation', pihak KRT Taman Utama telah menetapkan kadar bayaran yang berpatutan bagi faedah kedua pihak, sekurang-kurangnya kadar bayaran tersebut menjadi dana untuk KRT Taman Utama menjalankan aktiviti.
Pihak AIM mulai menggunakan premis ini pada 7 November 2012.
Pihak AIM mulai menggunakan premis ini pada 7 November 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.