Pada 18 Januari 2013, blogger telah berkesempatan menghadiri majlis Perhimpunan Perdana Rukun Tetangga 2013 yang diadakan di PICC PutraJaya. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib b. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Blogger bersama 40 orang lagi peserta yang terdiri daripada Pengerusi dan AJK daripada KRT Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena telah bertolak dengan menaiki sebuah bas pada 17 Januari 2013 pada jam 10.00 malam dan tiba keesokan harinya pada jam 5.30 pagi di Masjid Negara. Setelah selesai solat Suboh dan sarapan pagi, kesemua peserta telah dibawa melawat Kompleks Penyiaran Angkasapuri.
Selesai lawatan, kami bertolak ke Selayang untuk jamuan tengahari yang ditaja oleh YB Dato' Chor Chee Heung, Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Alor Setar, dan terus ke PICC PutraJaya untuk menghadiri majlis.
Tahniah diucapkan kepada wakil-wakil KRT daripada Kedah yang berjaya meraih beberapa anugerah yang diberikan sempena majlis tersebut.
1. KRT Taman Mahsuri, Jitra - Naib Johan Pengurusan Rukun Tetangga.
2. SRS KRT Taman Sayang, Changlun - Naib Johan Pengurusan Skim Rondaan Sukarela.
3. KRT Taman Desa Damai, Jitra - Naib Johan Anugerah Inovasi Rukun Tetangga.
Buku cenderamata majlis. |
Blogger di set program Apa Kata Wanita |
AJK KRT Taman Utama, Pn. Hajah Norrizah bergambar bersama hos sebuah rancangan yang sedang membuat siaran langsung pada pagi tersebut. |
Bersama En. Ahmad Shaker, Pengerusi KRT Taman Mahsuri, Jitra. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.