Program anjuran PDRM Negeri Kedah ini telah diadakan di Dewan Hock Teik Soo, Sungai Lalang, Bedong Kedah pada 19 Februari 2013. Program bertemakan United Against Crime ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Abu Seman b. Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri pada jam 4.00 petang.
Pada 7 dan 13 Februari 2013, Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar telah meminta blogger dan Ketua Peronda SRS Taman Utama untuk menghadiri mesyuarat khas program ini bersama Ketua Polis Daerah Kota Setar, Tuan ACP Adzaman b. Md. Jan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar. Dalam mesyuarat tersebut Tuan ACP Adzaman telah meminta pasukan NGO dan sukarelawan yang banyak membantu pihak PDRM dalam Daerah Kota Setar menghadiri perhimpunan 1 Malaysia Aman ini.
Lima (5) buah pertubuhan telah dikenalpasti iaitu Peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS), Crisis Relief Squad Of MCA Alor Setar Division (CRSM), Keselamatan Melayu Kedah (KMK), Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Unit Kawalan Keselamatan (UKK) untuk menghadiri program ini, mesyuarat menetapkan setiap skuad akan menghantar seramai 20 orang anggota.
Seramai 100 orang anggota ini telah bertolak menaiki 2 buah bas yang disediakan oleh PDRM Daerah Kota Setar dan bergerak mulai jam 12.30 tengahari secara konvoi dari perkarangan Masjid Zahir, Alor Setar bersama gerombolan anggota lain yang turut serta dengan menaiki motorsikal dan kereta persendirian.
Sempena program ini, beberapa anugerah penghargaan telah diberikan kepada beberapa pertubuhan dan orang perseorangan yang banyak membantu pihak PDRM bagi menangani jenayah dibawah program NKRA.
|
Team CRSM dan KMK yang menaiki motorsikal mengawal jalanraya sepanjang perjalanan peserta. |
|
Booth pameran JPNIN Negeri Kedah yang diketuai oleh En. Mohd Yusof b. Daud. |
|
Blogger bersama kakitangan JPNIN Negeri Kedah. |
|
Ketibaan Datuk Wira Abu Seman. |
|
En. Mohd Yusof bersama Pengerusi SRS Taman Seri Derga, En. Ahmad Tarmizi. SRS ini sudah 2 tahun memenangi anugerah SRS Cemerlang Daerah Kota Setar |
|
Sessi sidang akhbar |
|
En. Loh Ming Jie, Peronda SRS Bedong yang menerima sijil penghargaan khas bergambar bersama anggota PDRM Daerah Kuala Muda. |
|
Booth pameran PDRM. |
|
Blogger bersama En. Mohd Yusof dan En. Suhaimi. |
|
Salah seorang wakil penduduk menerima peruntukan RM10,000.00 untuk menjalankan rondaan kawalan keselamatan di kawasan perumahan seperti yang dibentangkan dalam bajet 2013 oleh Perdana Menteri. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.