KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Julai 29, 2013

** MAJLIS IFTAR 1434H **


Pada 26 Julai 2013, hari Jumaat, KRT Taman Utama telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Majlis dua dalam satu ini ialah sebahagian daripada program Ihya Ramadhan bagi tahun 1434H. Selain majlis berbuka puasa ialah mengadakan jamuan moreh di Masjid Seberang Pumpong.

KRT Taman Utama telah memperuntukkan RM300.00 bagi Ihya Ramadhan kali ini, manakala penduduk Taman Utama pula telah menyumbang RM1465.00. Mesyuarat Jawatankuasa telah memutuskan untuk mengadakan 2 kali jamuan moreh di Masjid Seberang Pumpong iaitu pada 26 Julai 2013 dan 5 Ogos 2013 daripada jumlah sumbangan yang terkumpul. Baki daripada bajet tersebut akan dibeli buah kurma untuk majlis berbuka puasa pada setiap petang di masjid tersebut

Bagi majlis berbuka puasa pada 26.7.2013, lebih daripada 100 orang penduduk dari pelbagai peringkat umur telah menghadirinya. Menu pada hari tersebut ialah nasi daging berkuahkan dalca dan air asam. Ketua masakan pada hari tersebut ialah Puan Rosmeza bt. Ishak.

Turut disediakan ialah ayam goreng manakala terdapat juga penduduk yang menyumbang kueh lain seperti popia, karipap, buah kurma, buah dokong, tepung bungkus dan beraneka jenis kueh lagi. Minuman pula ialah air orange dan air kelapa muda.

Selesai berbuka puasa hadirin menunai solat maghrib berjemaah di Pusat Rukun Tetangga.



Jiran Wanita bertungkus lumus menyediakan bahan untuk menu yang ditetapkan.


Isteri blogger menggoreng ayam. Memang sukar untuk mengambil foto beliau, terpaksa curi-curi...


Pn. Endun memasak kuah dalca.


Nasi daging yang telah siap packing untuk dihantar ke masjid.


Team ini teruja untuk minum air kelapa muda...


Bersedia mengambil juadah untuk berbuka.





Setiausaha mengagihkan nasi kepada tetamu.
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin