KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Jun 23, 2014

** PERONDA SRS MEMATAHKAN CUBAAN MENCURI MOTORSIKAL **


Tanggal 19 Jun 2014, sekali lagi pasukan SRS Taman Utama berjaya mematahkan cubaan mencuri motorsikal yng kian berleluasa sekarang. 

(Suka dinyatakan bahawa Taman Utama adalah terletak dalam kawasan PANAS pihak PDRM dalam kes kecurian motorsikal).

Pada jam 6.00 petang tersebut, Pengerusi KRT Taman Utama telah menerima aduan dari En. Abd Halim b. Ahmad, salah seorang Peronda SRS memaklumkan terdapat sebuah motorsikal yang diletakkan berhampiran Taman Utama. Pengerusi kemudiannya pergi ke lokasi berkenaan dan mengarahkan beberapa Peronda SRS membawa motorsikal tersebut ke Pusat Rukun Tetangga kerana mensyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan motorsikal tersebut. 

Pengerusi kemudiannya menghubungi pihak PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mengetahui pemilik kenderaan tersebut. Dimaklumkan bahawa plat kenderaan tersebut adalah palsu. Pengerusi KRT Taman Utama kemudiannya menghubungi Inspektor Shukri, Ketua Unit Rondaan Bermotorsokal IPD Daerah Kota Setar. Beliau kemudiannya mengarahkan anggotanya datang memeriksa motorsikal tersebut. Pihak mereka kemudiannya menjumpai maklumat sebenar motorsikal tersebut yang dimiliki oleh seorang gadis dari Daerah Kuala Nerang. 

Pemilik motorsikal tersebut, Nordiyana bt. Che Aziz kemudiannya berjaya dihubungi. Beliau kemudiannya datang bersama keluarganya dan mengesahkan motorsikal tersebut adalah miliknya. Beliau memaklumkan bahawa motorsikal tersebut telah diletakkan di kawasan tempat kerja beliau iaitu di Pasaraya TESCO, Stargate, Alor Setar. Beliau menjangkakan motorsikal tersebut dicuri pada jam 4.00 petang manakala anggota Peronda SRS Taman Utama menjumpainya kira-kira pada jam 5.30 petang.

Tahniah kepada anggota Peronda SRS KRT Taman Utama atas kepekaan terhadap isu ini. Sekurang-kurangnya kepantasan dan tindakan yang diambil ini telah berjaya mematahkan sebahagian daripada kes cubaan mencuri motorsikal yang kian meruncing di kawasan Bandaraya Alor Setar ketika ini. 

Terima kasih kepada pihak Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan yang memberikan kerjasama sepenuhnya apabila dihubungi. 


Peronda SRS Taman Utama membantu anggota PDRM memeriksa nombor enjin.. plat nombor adalah PLM 3261, sedangkan plat sebenar adalah KDR 1377.


Pengerusi dan Setiausaha KRT Taman Utama bersama anggota URB PDRM.

Nordiyana bersama bapanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin