Pada 20 Oktober 2014, hari Isnin, seramai 4 orang Ahli Jawatankuasa KRT Taman Kelisa, Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka telah singgah ke KRT Taman Utama. Mereka diketuai oleh Pengerusinya En. Mohd Hafiz b. A. Abdul Mutalif, Timbalan Pengerusi dan 2 orang AJK yang secara kebetulan ada urusan rasmi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Mereka terlebih dahulu telah menghubungi JPNIN Negeri Kedah menyatakan hasrat mereka untuk berkongsi pengalaman dan percambahan fikiran dengan KRT yang berhampiran hospital. Pihak JPNIN Negeri kemudiannya memanjangkan tujuan itu kepada Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar yang kemudiannya memilih KRT Taman Utama untuk menerima kunjungan mereka.
Taklimat pentadbiran KRT Taman Utama telah diberikan oleh Pengerusi KRT Taman Utama, En. Yahya Abd Raof. Taklimat bermula dari jam 12.00 tengahari dan berakhir pada jam 1.30 petang. Beberapa isu dan idea telah berjaya dikongsi bersama antara ke dua pihak.
KRT Taman Kelisa baru mendapat kelulusan penetapan pada bulan Februari 2014, dan didiami oleh ramai anggota pasukan ATM. Semoga perkongsian ini akan menjana aktiviti mereka di sana.
Pengerusi KRT Taman Utama menerima cenderamata dari En. Mohd Hafiz. |
Taklimat diberikan melalui slide show. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.