KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Januari 05, 2015

** MAULIDUR RASUL 1436H **


Alhamdulillah tirai 2014 telah dilabuhkan, kini pintu 2015 telah disingkap dan terbuka luas. Segala peristiwa suka dan duka tahun 2014 kini tinggal kenangan. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. 

Tahun 2014 adalah tahun kegemilangan KRT Taman Utama yang telah meraih pelbagai anugerah dan penghargaan dari pelbagai pihak. Terima kasih kepada barisan AJK, biro, Peronda SRS dan seluruh warga Taman Utama yang memberikan sokongan dan komitmen yang tidak berbelah bagi segala program yang dijalankan.

Membuka tirai 2015, KRT Taman Utama dengan kerjasama Jawatankuasa Khariah Masjid Seberang Pumpong dan Restoran Tat Nasi Ayam telah mengdakan perarakan berselawat dan ceramah agama pada 3 Januari 2014 bersamaan 12 Rabiul Awal 1436H sempena Maulidur Rasul.

Perarakan bermula pada jam 8.30 pagi di Restoran Tat Nasi Ayam dan berakhir pada jam 9.30 pagi di Masjid Seberang Pumpong setelah memasuki Taman Utama. Sebelum itu semua peserta perarakan yang berjumlah 250 orang telah bersarapan pagi di Restoran Tat Nasi Ayam. Majoriti 90 % peserta adalah warga Taman Utama. Pemilik Restoran Tat Nasi Ayam juga telah bermurah hati memberikan sumbangan RM5.00 kepada semua peserta perarakan selain menaja sarapan pagi.

Perarakan peserta dikawal sepenuhnya oleh Peronda SRS Taman Utama. Di Masjid Seberang Pumpong, peserta kemudiannya mendengar ceramah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Abdul Rahman b. Saad, salah seorang penceramah yang popular di Daerah Kota Setar. Sumbangan untuk penceramah dikeluarkan oleh KRT Taman Utama.



Berkumpul di dewan pada jam 7.30 pagi.





Peronda SRS sedang sarapan pagi.

Taklimat perarakan oleh Bendahari KRT Taman Utama.

Pengerusi Jiran Wanita mengawasi peserta kecil.

Perarakan bermula yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Masjid Seberang Pumpong dan Pengerusi KRT Taman Utama.

Memasuki Taman Utama.















Melalui Jalan Sultanah Sambungan.





Melalui Jalan Gangsa.







Tiba di masjid.

Berselawat di dalam masjid.

Pengerusi KRT bersama Tuan Imam dan penuntut INSANIAH yang berasal dari Nigeria.



Ustaz Abdul Rahman Saad sedang menyampaikan ceramah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin