Tanpa kerjasama dan hubungan baik dengan pelbagai pihak, sesuatu pertubuhan tidak mungkin dapat bergerak dengan lancar dan aktif. Tidak mengira samada pihak-pihak itu berada di dalam ataupun diluar kawasan.
Menyedari hakikat ini, KRT Taman Utama telah mengundang JPNIN Negeri Kedah, Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Unit AMANITA IPD Kota Setar dan beberapa Pengerusi dan AJK KRT yang mempunyai hubungan baik dengan KRT Taman Utama hadir ke jamuan makan tengahari pada 3 September 2015.
Jiran Wanita yang sedang membuat persiapan menu bacaan Yasin pada masa yang sama telah sudi menyediakan menu ala kampong untuk tetamu yang hadir.
Pengarah JPNIN Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin, Pn. Nooarassemah bt. Abdullah, DSP Tuan Shoffee, Insp Puan Bibi Jan dan AJK KRT yang dijemput telah sudi hadir dan beramah mesra diantara mereka.
Terima kasih semua.... semoga kerjasama dan hubungan yang terjalin selama ini akan berkekalan.
AJK KRT yang dijemput. |
Ust Shafie, merangkap Imam Masjid Intan Safinaz selaku Mediator dalam JPNIN Daerah Kota Setar mengetuai bacaan doa selamat. |
Berselera Tuan Pengarah hari itu... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.