Ketua Peronda SRS Taman Utama, En. Zahid b. Abdullah telah dipilih menyertai Kursus Asas Pertolongan Cemas Skuad Uniti Negeri Kedah pada 24 Oktober 2015.
Kursus selama satu hari itu telah diadakan di Dewan Institut Pengurusan Integriti ( INSPIN ) Alor Setar, Kedah.
Skuad Uniti adalah suatu pasukan yang ditubuh untuk menghadapi sesuatu bencana atau malapetaka yang terjadi. Anggotanya dipilih dari kalangan Peronda SRS dari setiap daerah dalam Negeri Kedah. Setiap daerah mengandungi seramai 34 orang anggota.
En. Zahid, berjaket hitam. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.