KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, November 02, 2015

** ASYURA PERDANA NEGERI KEDAH *


Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Asyura Perdana pada 29 Oktober 2015 diperkarangan Wisma Darul Aman. Sebanyak 77 buah agensi kerajaan dan swasta telah menyertai majlis ini yang turut mengadakan pertandingan asyura.

JPNIN Negeri Kedah turut menyertai pertandingan asyura tersebut yang dipertanggungjawabkan kepada KRT Taman Utama untuk menyediakan asyura tersebut. Sebanyak dua periuk bersaiz 10 gantang beras telah berjaya dihasilkan yang diisi ke dalam 300 bekas tupperware.

Kakitangan JPNIN peringkat negeri dan daerah telah berganding bahu menyediakan bubur asyura tersebut yang bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Walaupun gagal meraih sebarang hadiah, namun salah satu periuk asyura yang berperisa "green apple" telah mendapat perhatian ramai hingga berpusu-pusu orangramai dan peserta agensi lain datang untuk menikmati dan membawa pulang.

Terima kasih kepada JPNIN yang memberi kepercayaan kepada KRT Taman Utama dan terima kasih kepada semua Jiran Wanita dan AJK serta Peronda SRS Taman Utama yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.















Antara AJK KRT yang kebetulan melalui khemah JPNIN turut membantu.







Penolong Pengarah JPNIN Kedah, En. Shaker memulakan memasak asyura.





Kaum India membantu memasak asyura.

Kaum Cina turut membantu.



Perisa green apple.

Juri kategori persembahan.

Penolong Pegawai Perpaduan sedang ditemuramah oleh urusetia.



Juri sedang menilai asyura KRT Taman Utama.

Asyura untuk dinilai juri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin