KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Mac 05, 2016

** KEM ANAK SOLEH 2016 *


Pada 26 - 27 Februari 2016, KRT Taman Utama telah menganjurkan Kem Anak Soleh.

Objektif program adalah :

1. Memberi pendedahan sebenar pengertian solat kepada Tunas Jiran dan Jiran Muda.

2. Memantapkan semangat keislaman dan kekeluargaan dikalangan warga Taman Utama.

3. Mendalami ibadah solat dengan lebih efektif.

4. Membentuk Tunas Jiran dan Jiran Muda menjadi anak-anak yang soleh.

5. Memupuk semangat perpaduan di kalangan komuniti Taman Utama.

6. Memupuk semangat gotong royong dan berkerjasama dikalangan ibubapa peserta.

Seramai 92 orang Tunas Jiran dan Jiran Muda berumur 7 hingga 17 tahun telah menyertai kem ini yang dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM10.00. Para peserta dibekalkan buku nota, pen, baju T dan tabung yang disumbangkan oleh Bank Simpanan Nasional Alor Setar.

Makan minum sepanjang kem ini dimasak sendiri oleh Jiran Wanita. Ramai dikalangan AJK KRT Taman Utama yang telah sudi menaja beberapa menu makanan, saguhati penceramah dan kueh mueh untuk kem ini.

Sebanyak 6 slot ceramah dan aktiviti dilangsungkan iaitu sessi pagi, petang dan malam. Pada jangkaan awal pihak Jawatankuasa hanya mensasarkan kepada 50 orang peserta sahaja dan akan diadakan didalam dewan, namun kerana jumlah penyertaan yang luar biasa maka aktiviti kem terpaksa diadakan dibawah 3 buah khemah diperkarangan dewan.

Hari Pertama, Jumaat 26 Februari 2016.

SLOT PERTAMA - Kuliah Solat.
9.00 pagi - 12.00 tengahari.
Penceramah : Tuan Haji Sarbani Saad, Pegawai Agama Jabatan Penjara Alor Setar.


Sessi pendaftaran peserta.



En. Abd Halim yang mengetuai keselamatan dan kawalan kem sedang mencatatkan nama petugas.

Peserta lelaki.



Peserta perempuan.



Dibahagian dapur.....



Pengerusi KRT Taman Utama bertindak sebagai Kem Komandan.

Tuan Haji Sarbani sedang memberikan ceramah berkaitan solat.

Menu makan tengahari, nasi puteh ayam masak merah.







Peronda SRS mengawasi perjalanan kem.

SLOT KE 2 - Treasure Hunt.
3.00 petang - 5.00 petang.
Pengendali : En. Md Nasser Mat Akhir, AJK KRT Taman Utama.

En. Md. Nasser Mat Akhir mengetuai slot treasure hunt.



Pembahagian kumpulan.



Peserta bergerak mencari petunjuk yang diarahkan.

PDRM Daerah Kota Setar turut datang melawat dan memantau kem. Turut hadir En. Abd Halim Alwi, dari Pejabat Perpaduan Daerah.


SLOT KE 3 - Ceramah Motivasi Kekeluargaan.
9.00 malam - 10.30 malam.
Penceramah : Tuan Haji Ismail Mustaffa, Pensyarah UUM.









Tuan Haji Ismail Mustaffa.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin