Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Utama hanya beroperasi pada malam hujung minggu sahaja iaitu pada malam Jumaat dan malam Sabtu serta malam-malam cuti umum.
Keanggotaan SRS ini kini adalah seramai 24 orang peronda yang dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan malam Jumaat dan kumpulan malam Sabtu. Namun terdapat juga peronda yang meronda pada kedua-dua malam tersebut.
Mulai tahun 2016, pihak PDRM dari IPD Daerah Kota Setar telah memberikan kerjasama kepada SRS Taman Utama apabila mereka membuat lawatan dan rondaan bersama Peronda SRS Taman Utama.
Jika tahun yang kebelakangan SRS Taman Utama mendapat kerjasama dari Unit Rondaan Bermotorsikal (URB), kini pihak Unit MPV turut datang membuat pemantauan.
Jika dahulunya Insp Shukri dari Unit URB, kini ASP Shamzury dari Unit MPV telah sudi datang memantau dan bertanyakan keadaan keselamatan sepanjang SRS Taman Utama menjalankan rondaan.
Terima kasih kepada PDRM dari IPD Daerah Kota Setar, semoga kerjasama ini akan berterusan bagi menepati slogan, Polis dan Masyarakat berpisah tiada.
ASP Shamzury berbual bersama Peronda SRS Taman Utama. |
Unit URB mengiringi MPV. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.