KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Julai 13, 2011

BENGKEL E-RT DAN E-ID.

Bengkel e-rt dan e-id untuk semua KRT dalam Daerah Kota Setar / Padang Terap ini telah dianjurkan oleh Pejabat JPNIN Daerah Kota Setar / Padang Terap pada 13 Julai 2011 di Institut Pengurusan Dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN) Alor Setar.

Kursus adalah untuk Pengerusi atau Setiausaha dan Bendahari bagi setiap KRT bertujuan untuk membimbing dan memberi panduan kepada semua AJK KRT memasukkan data dan maklumat berkaitan aktiviti, mesyuarat dan kewangan sesebuah KRT. KRT Taman Utama telah diwakili oleh Pengerusi dan Setiausaha, manakala Bendahari gagal untuk menyertainya kerana terikat dengan komitmen tugas di syarikatnya.

Memang bagus dan mengujakan sekali kursus dan sistem e-rt ini rupanya. Begitu simple dan mudah untuk dikendalikan. Syabas dan tahniah kepada JPNIN Malaysia dan pihak UUM yang membangunkan sistem secara online ini. Semuanya kini hanya dihujung jari sahaja, cuma mau dengan tak mahu sahaja untuk semua KRT mengisi maklumat yang perlu dimasukkan di dalamnya, namun pada pandangan blogger, ianya perlu dibuat penambahbaikan lagi terhadap beberapa perkara seperti memuat turun gambar aktiviti, gambar AJK dan profil KRT - spt facebook- dalam sistem ini dimasa akan datang dan memerlukan sistem keselamatan yang canggih bagi mengelak penggodam yang boleh memusnahkan data yang telah dimasukkan itu.

Difahamkan sistem ini telah beroperasi mulai tahun 2009 lagi, alangkah bagusnya jika mulai tahun tersebut ianya didedahkan kepada semua KRT! dan bagi pandangan blogger juga, pihak JPNIN perlu memantau dari masa ke semasa segala pelaporan yang dibuat oleh semua KRT dalam sistem ini bagi mengelak penipuan seperti memasukkan aktiviti yang tidak dilaksanakan bagi menunjukkan kehebatan dan keaktifan mereka yang sebenarnya tiada. Namun seperti yang dinyatakan oleh penceramah atau pembimbing program ini, semuanya terletak kepada INTEGRITI dan AMANAH.

Pengerusi dan Setiausaha KRT Taman Utama sedang mengikuti taklimat.
En. Abd Halim b. Alwi, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar bertindak selaku pengacara majlis.




En. Mohd Nor b. Daud, Penolong Pegawai Perpaduan Kanan Daerah Kulim / Bandar Baharu sedang memberi taklimat berkaitan sistem kepada peserta.


Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap berucap diakhir bengkel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin