Pada 6 - 7 Jun 2014, bersempena Cuti Pertengahan Tahun Penggal Persekolahan 2014, KRT Taman Utama akan mengadakan Hari Keluarga. Jika pada tahun-tahun yang lalu Hari Keluarga ini di adakan di Pusat Rekreasi Titi Hayun, Yan, Chalet Terapung Segantang Garam, Merbok dan Puncak Gunung Jerai, Yan, maka untuk tahun 2014 Jawatankuasa KRT Taman Utama telah memilih Daerah Kulim sebagai lokasi.
Sehubungan dengan itu, Pengerusi bersama Setiausaha, Ketua Peronda dan 2 orang AJK telah pergi melihat lokasi tempat berkenaan pada 19.4.2014 lalu. Segala urusan berkaitan Hari Keluarga ini telah berjaya dibincangkan bersama dengan pemilik Sedim Eco Theme Park & Resort.
Kepada warga KRT Taman Utama yang berhasrat menyertai Hari Keluarga ini, sila hubungi Pengerusi dan Setiausaha. Tempat agak terhad.
|
Pengerusi KRT Taman Utama berposing di pintu masuk. |
|
Tapak untuk didirikan khemah. |
|
Air sungai yang jernih dan tenang mengalir. |
|
Suasana dalam chalet yang berharga RM 140.00. |
|
Chalet berharga RM 140.00. |
|
Chalet berharga RM 150.00. |
|
Suasana chalet berharga RM 150.00. |
|
Pemandangan dari dalam chalet. |
|
Pemandangan chalet yang terdapat dalam kem yang dipenuhi dengan pokok durian, cempedak, dokong, manggis, langsat dan rambutan. |
|
Kedalaman airnya sesuai untuk anak-anak bermandi manda. |
|
Dewan aktiviti. |
|
Tempat makan. |
|
Petugas sedang memberikan taklimat kepada pelajar sekolah yang pergi menyertai aktiviti jungle tracking. |
|
Pelajar dari Pulau Pinang. |
|
Inilah jambatan gantung yang menjadi daya tarikan utama di Sungai Sedim. |
|
Ketua Peronda SRS berhenti melepaskan lelah di atas jambatan gantung. Panjang jambatan ini melebihi 1 kilometer. |
|
Aktiviti flying Fox. |
|
Redup dan sejuk mata memandang. |
|
Menikmati keenakan ikan bawal di Restoran Bawal, di Sungai Petani, dalam perjalanan pulang. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.