KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Jumaat, Mei 02, 2014

** LAWATAN INTEGRASI DARI KRT TAMAN DESA, JENDERAM HLIR, SEPANG SELANGOR **

Pada 26 April 2014, sekali lagi KRT Taman Utama menerima kunjungan. Kali ini KRT Taman Desa, Jenderam Hilir, Daerah Sepang, Selangor telah sudi bertandang. Jika sebelum ini KRT yang melawat hanya sekadar singgahan sahaja, namun pihak pelawat telah melakukan lawatan berkonsepkan integrasi sepenuhnya.

Rombongan seramai 37 orang ini telah diketuai oleh Pengerusinya, En. Mohd Yunus b. Marzuki. Ketibaan mereka pada jam 7.30 pagi pada 26.4.2014 telah disambut oleh Pengerusi KRT Taman Utama di perkarangan Stadium Darul Aman. Mereka dibawa bersarapan di Restoran Tat Nasi Ayam, seterusya menuju ke Taman Utama. Di Taman Utama mereka disambut oleh Jawatankuasa KRT Taman Utama di perkarangan Dewan KRT Taman Utama. Disini mereka diberikan kunci 2 buah homestay yang terletak berhampiran dewan dan memasuki homestay tersebut untuk urusan kemasdiri.

Pada pukul 10.00 pagi kesemua pelawat diberikan jamuan ringan, berupa makanan tradisi masyarakat Kedah iaitu Pek Nga dan teh tarik istimewa KRT Taman Utama. Taklimat khas kemudiannya disampaikan sendiri oleh Pengerusi KRT Taman Utama dengan bantuan slide show, taklimat berlangsung selama 1 1/2 jam yang diselangi dengan sessi soaljawab dikalangan pelawat.

Makan tengahari nasi ala kampong disajikan pada jam 12.00 tengahari. Pada jam 5.00 petang acara Sukaneka Perpaduan dijalankan yang melibatkan pihak pelawat dan juga tuan rumah.

Program sambutan diteruskan dengan sessi ceramah kekeluargaan yang disampaikan oleh Ustazah Faridah bt. Haji Ahmad, Pegawai Penyelidik di Pejabat Mufti Negeri Kedah mulai jam 9.30 malam yang berakhir 2 jam kemudian. Penceramah, pelawat dan penduduk yang hadir disajikan dengan mee kuah udang.

Selesai majlis, pelawat kemudiannya bersurai menuju ke homestay masing-masing, namun terdapat beberapa orang pelawat lelaki telah menyertai beberapa orang AJK bermain karom sehingga jam 2.00 pagi.

Keesokan paginya, pelawat dihidangkan dengan nasi lemak ikan bilis, telor dan sotong bersama teh tarik dan kopi O. Turut hadir bersarapan dengan pelawat ialah Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar dan tiga orang Penolong Pegawai Perpaduan, YM Ku Aziz b. Ku Mat Esa, En. Abdul Halim b. Alwi dan Pn. Hafiza bt. Mohamed.

Pelawat kemudiannya berangkat meninggalkan Taman Utama menuju ke beberapa destinasi pelancungan yang diiringi oleh Pengerusi KRT Taman Utama. Antara tempat yang dibawa oleh Pengerusi ialah Pasar Tani Taman Wira Mergong, Muzium Padi, Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir, Menara Telekom dan Pekan Rabu. Rombongan pelawat bertolak pulang ke Selangor pada jam 3.00 petang.

Blogger selaku Pengerusi KRT Taman Utama merakamkan penghargaan terima kasih kepada deligasi KRT Taman Desa, Jenderam Hilir, Sepang kerana sudi hadir dan memilih KRT Taman Utama sebagai destinasi lawatan mereka yang pertama. Mohon ampun maaf sekiranya terdapat cacat cela dan kesilapan sepanjang berada di bumi Kedah. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan panduan. 

Yang baik itu daripada ALLAH, yang buruk adalah daripada kesilapan dan kelalaian kami. 

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu rinduan

Kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
Kalua ada umur yang panjang
Di Sepang kita bertemu lagi.



Ketibaan KRT Taman Desa, Jenderam Hilir di perkarangan dewan Taman Utama.

Dua Pengerusi KRT.

Mengambil jamuan ringan.



Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Utama melayani tetamu menikmati Pek Nga.



Taklimat daripada Pengerusi KRT Taman Utama.

slide show

Jiran Muda membantu Jiran Wanita menyediakan menu tengahari.

Makan tengahari.





Bersedia untuk acara sukaneka perpaduan.





































Setiausaha KRT Taman Utama mempengerusikan majlis ceramah agama.

Wakil JPNIN Negeri turut hadir.



Ustazah Faridah bt. Haji Ahmad sedang menyampaikan ceramah.

Cenderamata dari pelawat









Peronda SRS mengawal majlis.



Menikmati Mee Kuah Udang dan Tapai.

Asyik bermain, tak sedar hari sudah lewat malam.

Sarapan pagi nasi lemak dan kueh lopes.



Menghubungi Pengarah Muzium Padi.









Sempat lagi Puan PPD whassup

Blogger menjadi pemandu pelancung.

Puan Noorassemah dan Pn. Hafiza.

YM Ku Aziz dan Abdul Halim

Taklimat ringkas daripada kakitangan Muzium Padi.

Antara lukisan 3D yang terdapat dalam Muzium Padi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin