Pada hari Sabtu, 28 Mac 2015, seramai 9 orang siswa Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia telah datang ke KRT Taman Utama bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan siswa. Group dari Bahagian Pengurusan Awam ini diketuai oleh En. Zaharil Effendi b. Zaharudin.
Program bakti siswa mereka adalah memfokuskan kepada aktiviti masakan, gotong royong, ziarah warga emas dan sukan bersama komuniti setempat. Seramai 31 orang Jiran Wanita menyertai program ini yang turut disertai oleh 12 orang kaum lelaki dan 15 orang kanak-kanak.
Majlis bermula dengan perasmian program yang disempurnakan oleh Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena pada jam 9.30 pagi diikuti dengan aktiviti masakan doh pizza yang mendapat perhatian ramai.
Selesai doh pizza, program diteruskan dengan aktiviti gotong royong memasak nasi untuk makan tengahari dan sessi menziarahi warga emas dan diakhiri dengan perlawanan karom persahabatan.
Kesimpulannya program bakti siswa ini berjaya memberi input yang berguna kepada warga Taman Utama terutama ilmu membuat doh pizza yang sebelum ini hanya sekadar membelinya sahaja di premis pizza yang berada berhampiran Taman Utama, kini mereka telah mampu memasak sendiri menu ini.
Terima kasih kepada Pegawai Perpaduan Daerah yang sudi hadir membuat perasmia majlis, terima kasih juga kepada para siswa yang memilih KRT Taman Utama sebagai komuniti pilihan program mereka serta jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir menyertai program dari mula hingga tamat program yang berakhir pada jam 3.00 petang.
|
Pendaftaran peserta, setiap peserta mendapat goodies dari pihak siswa. |
|
Sarapan pagi bersama Pegawai Perpaduan Daerah. |
|
Bacaan doa yang dipimpin oleh Setiausaha KRT Taman Utama. |
|
Ucapan aluan Pengerusi KRT Taman Utama. |
|
Antara peserta yang hadir. |
|
Ucapan perasmian. |
|
Penyampaian cenderamata. |
|
Potrait kenangan. |
|
Resipi doh pizza |
|
Jiran Wanita bersama Chef jemputan. |
|
Bermula gotong royong masakan tengahari. |
|
En. Abd Halim, AJK KRT Taman Utama turut mencuba mengadun doh pizza. |
|
Pengerusi membawa siswa ke rumah warga emas. |
|
Bersama warga emas yang terlantar sakit. |
|
Bersama warga emas OKU. |
|
Pengerusi turut mencuba membuat doh pizza. |
|
Karom persahabatan. |
|
Cenderahati kepada chef. |
|
Ketua penyelaras program siswa. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.