KRT Taman Utama berjaya menganjurkan Lawatan Muhibah dan program Pendidikan Biodiversiti dan Agroteknologi ke Negeri Pahang dan Perak pada 12 - 15 Mac 2015. Program selama 3 hari 2 malam ini disertai seramai 80 orang yang terdiri daripada Jawatankuasa dan Peronda SRS KRT Taman Utama. Turut menyertai rombongan 2 buah bas ini ialah YM Ku Aziz b. Ku Mat Esa dan En. Abdul Halim b. Alwi dari Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar dan En. Soberi b. Ahmad dari JPNIN Negeri Kedah.
Objektif perlaksanaan program ini adalah
untuk:
3.1 Mewujudkan dan meningkatkan tahap
kesedaran alam sekitar dan pendidikan hidupan liar di
kalangan warga komuniti terutamanya Jiran Muda & Tunas Jiran Taman Utama.
3.2 Mewujudkan semangat kerjasama antara
komuniti dan agensi kerajaan.
3.3 Memotivasikan kanak-kanak dengan memberi
peluang kepada mereka untuk menyumbang dalam aktiviti-aktiviti alam sekitar.
3.4 Mewujudkan generasi baru yang boleh
bertindak secara bijaksana dan berpengetahuan terhadap isu alam sekitar
terutamanya berkaitan penjagaan dan pendidikan pelindungan hidupan liar.
3.5 Mendedahkan warga KRT Taman Utama kepada
maklumat berkaitan agroteknologi yang sedang giat dijalankan oleh pihak MARDI.
Program ini telah mendapat kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan seperti JPNIN, MARDI, PERHILITAN, FELDA dan beberapa syarikat perkilangan serta tokoh korporat yang turut menyumbang wang ringgit dan produk makanan ringan keluaran kilang. Setiap peserta dikenakan bayaran RM100.00 seorang.
Rombongan telah bertolak dari Taman Utama pada jam 10.00 malam dan tiba ke destinasi pertama iaitu Institut Biodiversiti Lanchang, Pahang pada jam 8.30 pagi. Selepas bersarapan pagi di cafe institut ini para peserta kemudiannya diberikan taklimat berkaitan institut ini.
Peserta kemudiannya dibawa melawat sekitar kawasan institut dan Muzium Perhilitan yang menyimpan pelbagai khazanah Jabatan Perhilitan serta menyaksikan tayangan dokumentari Hutan Simpan Kuala Krau yang begitu menarik sekali.
|
Pengarah Institut Biodiversiti Lanchang. |
|
Sessi taklimat |
|
Dalam Muzium Perhilitan |
|
Kakitangan JPNIN bersama harimau yang telah diawetkan. |
|
Gambar kenangan di hadapan Institut Biodiversiti Lanchang. |
Selesai aturcara di Institusi Biodiversiti, para peserta kemudiannya bertolak ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang terletak di Sungai Gandah. Selesai taklimat oleh kakitangan pusat konservasi, para peserta dibawa pula ke perkampungan Orang Asli suku kaum Temuan yang terletak berhampiran pusat ini.
Peserta telah diberi peluang mengunjungi setiap rumah diperkampungan ini dan menghulurkan sumbangan pakaian dan makanan kepada mereka yang majoriti mata pencarian adalah dengan mencari rotan dan akar kayu herba ubatan.
|
Taklimat dari kakitangan Pusat Konservasi Gajah. |
|
Mengunjungi perkampungan Orang Asli |
|
Taklimat dari kakitangan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. |
|
Pengerusi KRT Taman Utama bersama etnik kaum Temuan. |
|
Sumbangan pakaian. |
|
Perkampongan etnik Temuan. |
|
Sumbangan makanan. |
|
Jiran Muda memberanikan diri menaiki rumah. |
Selesai melawat perkampongan Orang Asli, para peserta dibawa mengikuti aktiviti berkaitan penjagaan gajah oleh kakitangan pusat konservasi. Peserta diberi peluang untuk bergambar dan memberi makan gajah yang terdapat dikawasan tersebut. Selesai aktiviti berkaitan, peserta dijemput menonton tayangan filem aktiviti pemindahan gajah liar diseluruh negara yang dikendalikan oleh kakitangan pusat konservasi ini.
|
Tunas Jiran memberi makan tebu kepada anak gajah. |
Selesai aktiviti di Pusat Konservasi Gajah, peserta bertolak ke Felda Tersang 3, Daerah Raub pada jam 2.30 petang dan tiba pada jam 5.00 petang. Disini peserta telah disambut oleh jawatankuasa KRT Felda Tersang 3 yang diketuai oleh Pengerusinya En. Mohd Yusof b. Zakaria diperkarangan Pos Rondaan SRS mereka.
SRS KRT Felda Tersang 3 ini sering menerima anugerah daripada JPNIN Pahang. Selesai melawat pos rondaan mereka, peserta dibawa terus ke 5 buah homestay yang terdapat di Felda Tersang 3. Pada jam 6.00 petang semua peserta berkumpul semula di dewan Felda untuk jamuan ringan diikuti dengan perlawanan bola tampar persahabatan antara KRT Taman Utama dengan KRT Felda Tersang 3 yang berakhir dengan kemenangan berpihak kepada KRT Taman Utama dalam kategori lelaki dan wanita. Peserta bawah umur 12 tahun pula diadakan pertandingan puzzle yang turut dimenangi oleh KRT Taman Utama.
|
Jawatankuasa KRT Felda Tersang menyambut ketibaan peserta di Pos SRS . |
|
Aksi perlawanan. |
|
Pertandingan susun puzzle |
|
Jiran Wanita KRT Taman Utama. |
|
Pasukan lelaki KRT Taman Utama dan KRT Felda Tersang 3.. |
Pada sessi malamnya diadakan majlis keraian oleh KRT Felda Tersang 3 kepada KRT Taman Utama. Turut hadir ialah Pegawai Perpaduan Daerah Raub, Cik Nor Husna Fizah bt Husin, Sub Inspektor Radzi b. Saad, Ketua Polis Balai Cheroh, Raub dan En. Afif, Pegawai Felda Tersang 3.
Program diisi dengan majlis ucapan ke dua belah pihak, jamuan makan malam, pertukaran cenderamata dan persembahan karaoke. Majlis berakhir pada jam 11.30 malam.
|
Ucapan aluan Pengerusi KRT Felda Tersang 3. |
|
Ucapan Pegawai Perpaduan Daerah Raub |
|
YM Ku Aziz menyampaikan cenderamata. |
|
Sessi memotong kek yang dihiasi dengan bendera Pahang dan Kedah. |
Keesokan paginya, selesai bersarapan yang bermenukan nasi dagang, rombongan kemudiannya meneruskan perjalanan menuju ke MARDI Tanah Rata dan berhenti sebentar menikmati kesegaran teh asli dan melihat pemandangan ladang teh di Bharat Tea.
|
Ucapan perpisahan Pegawai Felda. |
|
Cenderahati kepada Felda.. |
|
Cenderahati kepada KRT. |
|
Peserta bersama pengurusan Felda dan KRT. |
Di MARDI Tanah Rata, peserta disambut oleh kakitangannya dan menjemput peserta mengikuti tayangan filem berkaitan agroteknologi yang mereka jalankan. Peserta kemudian dibawa melihat hasil tanaman mereka dan bersempatan membeli dan menikmati produk tersebut.
|
Memasuki Taman Agroteknologi Mardi. |
Peserta kemudiannya bertolak dari MARDI Tanah Rata menuju ke Cameron Highland dan memasuki aparment yang telah ditempah sebelum bertolak pergi ke pasar malam Brinchang untuk memberi peluang kepada peserta membeli hasil pertanian yang masih segar dan murah untuk dibawa pulang.
Keesokan paginya, barulah peserta bertolak pulang ke Alor Setar. Dalam perjalanan peserta telah berhenti di KIA Farm untuk membeli sebahagian lagi produk pertanian dan singgah di Simpang Pulai Taiping, Perak bagi membuat lawatan balas ke KRT Chandan Desa yang pernah bertandang ke KRT Taman Utama pada tahun 2013.
Menunggu di sini ialah Pengerusi KRT Chandan Desa, En. Zul Ghafar bersama barisan AJKnya yang setia menanti peserta KRT Taman Utama yang agak terlewat sampai kerana kesesakan jalan raya. Di sini peserta dijamu dengan jamuan nasi tomato. Selesai makan dan majlis berbalas ucapan dan pertukaran cenderahati, peserta rombongan bertolak pulang ke Alor Setar dan selamat sampai pada jam 6.00 petang.
|
Bergambar bersama AJK KRT Chandan Desa |
|
Cenderahati dari KRT Chandan Desa |
|
Jamuan tengahari. |
Terima kasih kepada semua peserta dan pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dan misi lawatan ini. Sebarang kesilapan dan tersilap percaturan, mohon maaf juga yang dipohon....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.