Penghujung tahun 2015, sempena cuti akhir tahun penggal persekolahan, KRT Taman Utama telah mengadakan Hari Keluarga pada 8 - 9 Disember 2015 di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka.
Seramai 75 orang ahli keluarga telah menyertai program ini yang pergi dengan menaiki kenderaan sendiri. KRT Taman Utama telah menyewa 2 buah dome yang mengasingkan peserta lelaki dan perempuan. Program dipenuhi dengan acara bebas dan jamuan barbeque yang dibawa dari Taman Utama.
Setiap peserta dikenakan bayaran RM5.00 sebagai tanda komitmen penyertaan. Pada awalnya program sukaneka akan diadakan namun kerana cuaca hujan serta sebahagian besar peserta tiba pada waktu petang, program ini terpaksa dibatalkan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberikan kerjasama menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada Bank Simpanan Nasional Alor Setar yang turut memberikan sumbangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.