Khamis, 12 Rabiulawal 1437H bersamaan 24 Disember 2015, sekali warga Taman Utama menyertai perarakan selawat sempena Maulidur Rasul. Program adalah kerjasama antara KRT Taman Utama, Pakatan Taman Utama, Masjid Seberang Pumpong dan Restoran Tat Nasi Ayam.
Perarakan bermula dari Restoran Tat Nasi Ayam, melalui Jalan Sultanah Sambungan, memasuki Jalan Gangsa, memasuki Taman Utama dan berakhir di Masjid Seberang Pumpong. Sebelum itu para peserta seramai 250 orang diraikan dengan sarapan pagi oleh pemilik resoran berkenaan. Perarakan dikawal sepenuhnya oleh Peronda SRS Taman Utama.
Perarakan bermula mulai jam 8.45 pagi dan berakhir 45 minit kemudian. Dalam perjalanan, setibanya dalam kawasan Taman Utama kesemua peserta telah diberikan wang poket berjumlah RM10.00 oleh pemilik Tat Nasi Ayam manakala peserta Tunas Jiran dan Jiran Muda dari KRT Taman Utama ditambah dengan RM5.00 hasil sumbangan penduduk.
Di masjid, para peserta kemudiannya diberikan tazkirah ringkas oleh Tuan Imam Masjid Seberang Pumpong. Selesai tazkirah semua peserta pergi menikmati jamuan kenduri perkahwinan anak AJK KRT Taman Utama, En. Zainul Sidik Mydin Pitchay dialamat no. 214, Taman Utama.
|
Peserta menikmati sarapan pagi |
|
Tuan Imam Masjid Seberang Pumpong mengetuai perarakan. |
|
Peronda SRS yang mengawal perarakan. |
|
Peserta mengikuti tazkirah |
|
Pengerusi KRT Taman Utama sedang mengendalikan peserta. |
|
Tunas Jiran dan Jiran Muda keriangan bersama wang saguhati berjumlah RM15.00. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.