KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, November 30, 2013

** MAJLIS ASYURA 1435H **



Saban tahun pada setiap 10 Muharam mengikut kalendar Islam, umat Islam akan berpuasa sunat dan melakukan Asyura iaitu memasak bubur Asyura. 

Peristiwa ini adalah sebagai memperingati peristiwa bahtera Nabi Noh yang terkandas dipuncak Gunung Judi di kawasan Pergunungan Ararat di sempadan Negara Turki dan Iraq sewaktu banjir besar surut pada zaman itu. Kerana ketiadaan makanan, maka Nabi Noh telah memasak pelbagai makanan yang terdapat dalam bahtera dalam suatu bekas masakan. 


Umat Islam terutama di Malaysia aktiviti memasak bubur Asyura sudah menjadi adat dalam masyarakat Melayu khususnya memasak pelbagai jenis makanan dalam suatu bekas yang dinamakan Bubur Asyura. Bubur ini adalah adunan dan ramuan dari pelbagai bahan mentah seperti tepung, kacang, santan, buah, gula, garam dan juga susu.

Bagi KRT Taman Utama program memasak Asyura telah berjaya diadakan pada hari Sabtu,30.11.2013, bersamaan 26 Muharam 1435H. Program tahun ini mendapat kerjasama daripada Pakatan Kebajikan dan Kemasyarakatan Taman Utama serta Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kedah melalui Kumpulan Mawardah, PERWANI Komuniti 1 Malaysia Taman Utama.

Objektif utama program ialah memperingati hari kebesaran dalam Islam, merapatkan silatulrahim penduduk Taman Utama, memupuk semangat perpaduan dan gotong royong penduduk serta menyatukan penduduk dalam suatu majlis.

Penduduk yang hadir disajikan dengan sarapan pulut ikan kering dan makan tengahari nasi menu ala kampong. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama kepada penduduk yang turut mendermakan wang ringgit dan bahan mentah serta melapangkan waktu untuk hadir bagi menjayakan program ini.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.


Jiran Wanita memproses jagung dan bahan mentah pada petang hari Jumaat.

Group ini dengan tugasan memasak jamuan tengahari.

Jiran Muda turut membantu mengacau Asyura.

Mengopek kulit kacang.


Team memasak jamuan tengahari sedang menyiapkan gulai kepala ikan.

Giliran team Jiran Usia Emas menunjukkan skill mengacau Asyura.

Meskipun berstatus doktor pakar, Dr. Ahmad Fauzey berbaju hitam tidak segan silu untuk turut serta mengacau Asyura.

Pengerusi sedang melabelkan nombor rumah untuk agihan Asyura.

Bacaan doa selamat untuk anak Setiausaha yang selamat menjalani pembedahan sebelum sessi makan tengahari.

Jiran Wanita mengambil alih tugas mengacau Asyura ketika kaum lelaki membaca doa selamat.

Menu makan tengahari.







Hai...sempat lagi melayan telefon ketika mengacau Asyura ...

Bendahari KRT Taman Utama membantu mengagihkan Asyura.

Tunas Jiran perempuan turut teruja untuk mengacau Asyura.

Tunas Jiran lelaki tidak mahu mengaku kalah untuk turut membantu...



Hai, mana lagi pasangan Asyura ni....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin