KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, November 16, 2013

** SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1435H **


1 Muharam 1435H jatuh pada 5.11.2013. Majlis sambutan bagi KRT Taman Utama telah diadakan pada 10 Muharam 1435 bersamaan 14 November 2013.

Sambutan kali ini telah mendapat suntikan dana daripada Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kedah apabila 34 orang Jiran Wanita KRT Taman Utama menubuhkan 2 buah kumpulan untuk menyertai PERWANI 1 Malaysia Komuniti Taman Utama. Dua buah kumpulan tersebut dinamakan sebagai Kumpulan MAWARDAH yang diketuai oleh Pn. Noor Hashimah bt. Yusoff manakala Kumpulan IMTIYAZ diketuai oleh Ustazah Pn. Rogayah bt. Ramli.

Bagi sambutan Maal Hijrah 1435, program dikendalikan oleh Kumpulan MAWARDAH. Namun disebabkan ramai anggota MAWARDAH terbabit dengan suatu majlis perkahwinan salah seorang anak anggotanya, maka Kumpulan IMTIYAZ mengambil alih sepenuhnya pengendalian majlis.

Pengerusi KRT Taman Utama telah mengundang Ustaz Abd Rahman b. Haji Saad, salah seorang penceramah bebas yang kian mendapat perhatian ramai dikalangan masyarakat tempatan untuk menyampaikan ceramah. Namun berlaku pertembungan ceramah apabila Ustaz Kazim Elias turut mengadakan ceramah di Karnival 7 Hari 7 Malam anjuran Muzium Padi Negeri Kedah yang terletak 8 kilometer daripada Taman Utama menyebabkan hanya sekitar 150 orang sahaja yang menghadiri ceramah di Taman Utama.

Majlis bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam. Namun pada waktu Maghrib, ramai dikalangan penduduk turut berbuka puasa sunat 10 Muharam di dewan Taman Utama. Menu yang disediakan untuk penduduk yang hadir pada malam tersebut ialah bihun goreng. teh tarik, air soya, kueh dan buah-buahan. Turut hadir ialah Puan Suria bt. Baharum, Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Kedah.



Ustaz Abd. Rahman sedang menyampaikan ceramah.

Kumpulan IMTIYAZ daripada Jiran Wanita sedang menyediakan bihun goreng.

Turut hadir ialah Jawatankuasa Qaryah Masjid Seberang Pumpong.

Antara hadirin yang hadir.













Tunas Jiran dan Jiran Muda perempuan turut hadir.

Pn. Suria, berbaju hitam.



Jiran Muda lelaki... hai mana lagi geng hang Fahmi?

Team SRS.



Pengerusi KRT Taman Utama bersama penduduk.

Sessi basuh pinggan mangkok...

Sessi tapau makanan yang berbaki . he .. he.. he ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin