KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, November 03, 2013

** FESTIVAL SCIENCE & TOYS II 2013 **


Pusat Sains Negara Wilayah Utara telah mengadakan Festival Science & Toys mulai 2 - 5 November 2013. Pusat Sains ini terletak di kaki Gunung Keriang, bersebelahan Muzium Padi, iaitu hampir 10 kilometer jaraknya daripada Taman Utama.

Pada 2.11.2013, Jawatankuasa KRT Taman Utama telah menganjurkan lawatan ke festival tersebut. Seramai 27 orang penduduk telah menyertai lawatan ini yang terdiri daripada 3 orang Jiran Lelaki, 7 orang Jiran Wanita, 12 orang Tunas Jiran dan 5 orang Jiran Muda. Lawatan diketuai oleh Pengerusinya bersama Setiausaha dan seorang AJK Wanita. Tujuan lawatan ialah untuk  memberi pendedahan kepada golongan sasar iaitu Tunas Jiran dan Jiran Muda situasi perkembangan dunia sains terkini. 

Peserta telah bertolak pergi pada jam 9.00 pagi dan pulang pada jam 1.00 tengahari dengan menaiki 6 buah kenderaan keluarga yang terlibat.

Antara aktiviti yang diadakan di festival ini ialah pameran agensi kerajaan yang bertemakan energy world, muzik kreatif, scientist in the house, pertunjukan robotik dan pelbagai aktiviti lagi. Turut diadakan ialah slot aktiviti pertandingan berkisarkan kepada sains dan kreativiti.

KRT Taman Utama yang pergi secara berkumpulan, memudahkan pesertanya menyertai pelbagai aktiviti pertandingan tersebut yang memerlukan beberapa orang peserta bagi setiap kumpulan. Antara pertandingan yang diadakan ialah membina kereta lumba daripada permainan lego, puzzle, menyusun kiub, congkak dan hula hup. Peserta KRT Taman Utama telah membolot  hampir 90% hadiah yang ditawarkan oleh pihak penganjur.



Warga Taman Utama bergambar di pintu masuk Pusat Sains Negara.

Setiausaha KRT Taman Utama menerangkan sesuatu kepada Tunas Jiran.

Pendaftaran pertandingan.

Adik Nur Syazana teruja dengan pertandingan mencipta kereta lumba daripada permainan lego.

Bagi Tunas Jiran lelaki, memang tiada masalah bagi mencipta kereta daripada lego.....



Adik Aiman tekun menyiapkan keretanya ...

Jiran Wanita menyertai pertandingan congkak.


Ketika Tunas Jiran lelaki hampir siap mereka cipta, Tunas Jiran perempuan masih terkial-kial untuk mencipta ...

Antara kereta lumba yang telah siap direka.


Petugas Pusat Sains mengukur jarak kelajuan ....

Tunas Jiran meluncurkan kereta mereka .

Adik Mohd Syahmi mendapat tempat ke dua .


Peserta Tunas Jiran bergambar bersama kereta rekaan mereka bersama petugas Pusat Sains.

Tunas Jiran memberanikan diri dan memperagakan skil menunggang basikal di udara.



Adik Nur Syazmin, membuktikan kebolehan Tunas Jiran perempuan apabila menewaskan peserta lelaki sekaligus menjuarai pertandingan mereka kereta dan meluncur dengan jarak kelajuan yang jauh.

Isteri Setiausaha KRT Taman Utama menjurai pertandingan congkak.

Aksi pertandingan hula hup terbuka kepada orang ramai yang dimenangi oleh adik Nur Syazana dari KRT Taman Utama.


Adik Nur Syazana menerima hadiah daripada petugas Pusat Sains.

Pasukan Tunas Jiran ini menduduki tempat ke dua pertandingan puzzle dan kiub.

Menerima hadiah tempat ke dua petandingan puzzle dan kiub.

Tunas Jiran bergambar dengan hadiah kemenangan yang dimenangi mereka bersama petugas Pusat Sains.

Jiran Wanita bersama petugas Pusat Sains.

Melawat ruang legar dan pameran berkaitan sains yang disediakan untuk pengunjung.

Antara robotik yang dipamerkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin