29 Jun 2013, salah seorang AJK KRT Taman Utama, En. Abd Halim Ahmad telah mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya.
Jamuan kenduri perkahwinan ini dimasak oleh AJK, Jiran Wanita dan Peronda SRS KRT Taman Utama. Jumlah jemputan yang dijemput adalah seramai 3,000 orang. Daging yang dimasak adalah sepikul untuk kari, sepikul untuk masak kurma dan 200 ekor ayam untuk masak merah.
Jiran Wanita turut menaja rojak buah kepada En. Abd Halim. Kebetulan pada hari tersebut, lebih daripada 20 orang Jiran Wanita tidak dapat membantu majlis perkahwinan ini kerana mereka telah bertolak menuju ke Terengganu dan Kelantan untuk program lawatan mulai 27 Jun 2013.
Namun Alhamdulillah segala persiapan dan gerak kerja berjalan lancar apatah lagi mendapat bantuan dan sokongan Tunas Jiran dan Jiran Muda yang membantu mengangkat makanan dan membasuh pinggan mangkok.

Gotong royong penyediaan bunga telor. |
Jiran Wanita menyediakan kuah untuk masak merah ayam. |
Sebahagian Jiran Wanita sedang mengupas bawang dan sebagainya. |
Melihat kualiti telor rebus. |
Daging masak Kurma |
Pengerusi Jiran Wanita memantau penyediaan rojak buah. |
Jiran Muda yang menghidang makanan. |
Tetamu menjamu selera. |
Crew Teh Tarik. |
Crew Jiran Muda yang membasuh pinggan. |
Crew Tunas Jiran mengelap pinggan. |
Berhenti melepas lelah |
Bagai pinang dibelah dua .... |
Pengantin bersama crew di dapur... |
Pengantin bersama Jiran Wanita. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.