KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Jun 05, 2013

** KOTOBIAN TADAU TAGAYO DO KAAMATAN - HARI KE 3 **


28 Mei 2013, Selasa.

Selesai bersarapan pagi di rumah keluarga angkat, peserta kemudiannya berkumpul di dua buah tempat di Putatan dan Penampang untuk dibawa menaiki bas ke Muzium Negeri Sabah dan tiba disana pada jam 9.30 pagi.

Di Muzium Negeri Sabah, peserta diberikan taklimat khas yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Muzium Negeri Sabah  diikuti dengan sessi soal jawab bersama peserta.

Muzium Negeri Sabah.



Blogger bersama Timbalan Pengarah Muzium Negeri Sabah.

Selesai taklimat, peserta dibawa melawat pameran yang terdapat di dalam muzium sebelum dibawa melawat Muzium Warisan yang berada di bahagian bawah di luar kawasan bangunan muzium. Muzium Warisan merupakan koleksi beberapa rumah contoh etnik yang terdapat di Sabah. Tidak banyak rumah yang dibina disini, tidak seperti di Kg. Budaya di Negeri Sarawak.

Peserta menuruni tangga dari muzium pameran ke Muzium Warisan sambil dipantau oleh Penghulu.

Sebelum sampai ke tapak Muzium Warisan, peserta terpaksa meniti titi gantung yang menghubungkan antara dua buah muzium tersebut.

Antara rumah etnik yang dibina semula.



Ruang dalam salah sebuah rumah etnik.


Selesai melawat Muzium Warisan, peserta kemudiannya dibawa semula ke suatu bilik khas untuk sessi bertemu dengan peserta-peserta pertandingan ratu cantik yang dikenali sebagai "Unduk Ngadau". Terdapat lebih daripada 25 orang peserta menyertai pertandingan ini yang diadakan saban tahun sempena sambutan Pesta Kaamatan. Peserta yang dipilih dari seluruh daerah Sabah akan melalui saringan sebelum hanya 12 orang peserta sahaja yang akan berentap pada peringkat akhir pada 31 Mei 2013 sempena majlis penutupan Pesta Kaamatan.

Peserta Program Integrasi Komuniti kemudiannya berpeluang berinteraksi, bergambar serta makan tengahari bersama peserta-peserta Unduk Ngadau tersebut.


Peserta diberi tunjur ajar beberapa jenis tarian etnik oleh kakitangan muzium.

Makan tengahari di muzium bersama peserta Unduk Ngadau.

Hmmm... yang mana satu idaman kalbu ?

Heh ! Heh ! Heh !... jangan marahh aaaa..

Peserta Integrasi Komuniti bersama peserta Unduk Ngadau.

Terlupa kat orang rumah bila berjumpa mereka ni .....
Bersama Puan Joanna Datuk Kitingan, Pengarah Muzium Negeri Sabah.

Sessi lawatan di Muzium Negeri Sabah berakhir pada jam 4.00 petang. Peserta kemudiannya bertolak balik ke rumah keluarga angkat masing-masing. Selesai mandi dan solat, Haji Mohd Ali b. Ishak daripada Pahang berbual dan menyatakan hasrat kepada Penghulu dan blogger agar dibuat kutipan wang dikalangan peserta bertujuan mengadakan jamuan khas barbeque resipi dari Semenanjung kepada ahli keluarga Tuan Haji Ahmat Amol. Penghulu menyerahkan perkara tersebut kepada blogger dan Haji Mohd Ali untuk merangka menu dan menyediakan bahan, kerana beliau agak sibuk membuat draf teks ucapan untuk majlis Pra Kaamatan pada malam berikutnya.
Urusan pembelian bahan yang dirangka oleh kami berdua kemudiannya diserahkan kepada Tuan Haji Ahmat dan isterinya.

Antara pemandangan di Penampang.

Pada jam 7.00 malam, kesemua peserta bersama keluarga angkat bertolak ke Dewan Kg. Putaton bagi menghadiri Program Pra Kaamatan di KRT Kg. Putaton, Penampang. Program adalah bagi peringkat JPNIN Daerah Penampang dan Putaton yang dirasmikan oleh Y. Bhg Tuan Nicholas @ William Sampil, Pegawai Daerah Penampang yang diwakili oleh Pengerusi JKKK Kg. Putaton.

Turut hadir ialah Pn. Nurul Akmalina bt. Haji Shamsuddin, Pengarah JPNIN Sabah. Antara susun atur program majlis ialah ucapan perasmian, jamuan makan, persembahan kebudayaan dan pertandingan Unduk Ngadau Perpaduan Peringkat KRT Daerah Penampang dan Daerah Putatan.


Paluan muzik tradisional etnik Penampang mengalu-alukan kedatangan peserta.




Etnik Jiran Usia Emas yang berusia 83 tahun.


Paluan gong sebanyak 7 kali sebagai simbolik perasmian oleh Pengerusi JKKK Kg. Putaton.


Masyarakat tempatan Kg. Putaton yang hadir.


Sessi mengisi perut...


Haaa .. betul-betul holiaw... habis licin ..


Bersama Pengarah JPNIN Sabah dan Pengerusi JKKK Kg. Putaton.


Segmen pertandingan Unduk Ngadau Perpaduan Daerah Penampang dan Putatan.












Pengarah JPNIN Sabah menyampaikan hadiah kepada pemenang.




Bersama Pengerusi KRT Kg. Putaton dan Pengerusi JKKK Kg. Putaton.


Peserta bergambar bersama pemenang Unduk Ngadau Perpaduan.


Heh ! Heh ! rasa muda 20 tahun bila diapit oleh Sang Ratu ... . lupa anak isteri kat Kedah ....


Bersama pemenang Unduk Ngadau Perpaduan, tapi cantik lagi Unduk Ngadau blogger yang ada kat rumah ..... he .. he ..

Selesai pertandingan dan sessi karaoke, para peserta bersama keluarga angkat masing-masing bertolak pulang pada jam 12.00 malam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin