KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Jun 03, 2013

** KOTOBIAN TADAU TAGAYO DO KAAMATAN - HARI KE DUA **


27 Mei 2013, Isnin.

Dari Hotel Puteri Park, para peserta bertolak ke KLIA Sepang pada jam 4.30 pagi untuk menaiki penerbangan MAS MH2604 ke Kota Kinabalu yang berlepas pada jam 7.30 pagi. Ke semua peserta dikehendaki memakai baju program yang dibekalkan oleh pihak JPNIN. Penerbangan mengambil masa selama 2 jam 30 minit dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.15 pagi.

 
Di lapangan terbang, kami dimaklumkan bahawa pihak urusetia yang menanti kami di Dewan Tun Fuad Stephen, Penampang masih belum bersedia, sehubungan dengan itu peserta kemudiannya dibawa menaiki 2 buah bas ke Pantai Tanjung Aru untuk berehat dan bersantai buat seketika.

Dari Tanjung Aru peserta kemudiannya dibawa ke Dewan Tun Fuad Stephen, Penampang untuk majlis rasmi sambutan peserta dan penyerahan kepada keluarga angkat yang terdiri daripada kalangan AJK KRT di dua daerah iaitu Penampang dan Putatan.

Majlis penyerahan kepada keluarga angkat telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tuan Nicholas @ William Sampil, Pegawai Daerah Penampang diikuti dengan persembahan tarian kebudayaan dan jamuan makan tengahari kepada hadirin yang hadir.

Peserta dari kalangan beragama Islam telah ditempatkan bersama keluarga beragama Islam di Daerah Putatan manakala yang lainnya ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam di Daerah Penampang. Terdapat keluarga angkat yang menerima antara 2 hingga 5 orang peserta.

 
Bagi blogger, Tuan Haji Ahmat b. Amol, Pengerusi KRT Kg. Sekambu, Petagas, Daerah Putatan telah sudi menerima blogger sebagai anak angkat beliau. Turut menjadi anak angkat beliau ialah penghulu program iaitu Mohd Zamri Yusof dari Terengganu, Haji Mohd Ali b. Ishak, Pahang, Mohd Hairy Mustaffa, Melaka dan Ahmad Fakhruddin Ahmad Sobri juga dari Kedah.

Disebabkan terdapat beberapa keluarga angkat yang tidak hadir, Tuan Haji Ahmat Amol turut mengambil 5 orang lagi anak angkat yang ditempatkan dirumah anak beliau yang terletak bersebelahan rumahnya menjadikan kesemuanya 10 orang peserta yang menjadi anak angkat beliau.

Dari dewan tersebut blogger dan 9 orang lagi dibawa pulang ke rumah Tuan Haji Ahmat Amol di Kg. Sekambu, Petagas dalam Daerah Putatan. Setibanya dirumah, kami diraikan oleh ahli keluarga beliau yang lain dengan hidangan minuman serta kueh tempatan.

Pada sebelah malamnya, selepas menikmati makan malam yang cukup menyelerakan, terutamanya masakan pajeri nenas, kami semua dibawa ke Pasar Filipina yang cukup glamour dan pergi menjamu selera barbeque di Pantai Tanjung Aru sebelum pulang untuk tidur.

Peserta tiba di KLIA.
Jiran Muda membantu pihak urusetia melekatkan tagging MAS pada bagasi peserta.

Peserta tiba di Kota Kinabalu. Agak mendukacitakan kerana tiada kakitangan JPNIN Sabah dan Jawatankuasa KRT Negeri Sabah yang menyambut delegasi peserta daripada Sememnanjung. Jika Program Integrasi Gawai Dayak di Sarawak, hampir 50 orang yang terlibat dengan JPNIN Sarawak menanti kedatangan peserta berserta dengan kain rentang yang mengalu-alukan ketibaan peserta.

Melepaskan lelah di Pantai Tanjung Aru.

Keindahan Pantai Tanjung Aru.
Blogger disambut oleh urusetia di Dewan Tun Fuad Stephen, Penampang.
Selamat datang ke Sabah bah !
Bersama En. Alban Mansali, Pengerusi KRT Kg. Putaton, Penampang, beliau dahulunya pernah menuntut di Kedah dan masih mampu bertutur dalam loghat Kedah.

Urusetia sedang mengagihkan peserta kepada keluarga angkat. Sepatutnya urusan ini sudah dibereskan sebelum kedatangan peserta lagi.
Peserta dihiburkan dengan tarian tradisi pelbagai etnik yang terdapat di Sabah.

Barisan keluarga angkat.
Sessi menerima keluarga angkat.


Semua peserta bergambar bersama Pegawai Daerah Penampang.
Blogger bersama Pegawai Daerah Penampang, En. Nicholas @ William Sampil.
Tiba diperkarangan rumah Tuan Haji Ahmat Amol.

Pasar Filipina.


Menikmati barbeque di Pantai Tanjung Aru.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin