KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Jun 15, 2013

** KOTOBIAN TADAU TAGAYO DO KAAMATAN - HARI KE 6 **


31 Mei, 2013, Jumaat.

Pagi ini adalah hari terakhir peserta bersama keluarga angkat masing-masing. Selesai sarapan pagi, semua peserta dihantar oleh keluarga angkat ke lokasi transit mengikut daerah mereka ditempatkan.

Dilokasi ini berlakulah episod sedih dan pilu apabila tangisan dan airmata mengiringi perpisahan diantara peserta dan keluarga angkat. Setelah 6 hari tinggal bersama, merasai suka duka dan bibit kemesraan yang mulai berputik, akhirnya terpaksa jua berpisah.

Peserta kemudiannya bertolak ke Dewan KDCA Penampang untuk menghadiri majlis rasmi Pesta Kaamatan yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah. 

Pn. Sakinah, Pegawai Pengiring daripada JPNIN Kedah memeluk erat keluarga angkatnya dengan diiringi deraian air mata...

Ini yang blogger tak tahan, sebak dan menitis juga airmata bila melihat dan mendengar raungan sikecil yang terpaksa berpisah dengan peserta.....tangkap leleh beb!!


Tiba di Dewan KDCA pada jam 09.00 pagi, semua peserta dibawa masuk terus lokasi yang telah dikhaskan untuk peserta dalam dewan tersebut. Namun blogger yang berpengalaman mengikuti Lawatan Integrasi Gawai Sarawak pada tahun 2008, tidak masuk ke dalam dewan, sebaliknya pergi merayau dan berlegar disekitar luar dewan bagi melihat pameran dan pelbagai bentuk persembahan hiburan etnik yang dilangsungkan sekitarnya. 








Hmm.... inilah untungnya jika merayau-rayau awal sebelum majlis bermula, sebab mudah bergambar dan mengambil gambar apa saja yang difikirkan menarik dan sesuai, sebab orang ramai masih belum tiba.









Persembahan tarian oleh salah satu etnik.




Kraftangan untuk jualan.

Ketibaan etnik yang berpakaian rasmi kaum mereka.


Barisan jelitawan yang berbaris menunggu kedatangan pembesar negeri.









Antara pembesar negeri yang menunggu ketibaan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah.







Ketibaan Tan Sri Datuk Seri Panglima Datuk Joseph Kurup.

Bersama peserta yang memakai baju rasmi program di dalam dewan.

Buku program majlis rasmi Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang diberikan percuma kepada peserta. Untuk orang ramai, buku ini dijual dengan harga RM10.00.

Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah beramah mesra dengan orang ramai.

Bersama pasangan Mat Salleh yang berpakaian KadazanDusun.

Sepanduk pertandingan Unduk Ngadau yang dilangsungkan dalam Dewan KDCA.

Suasana luar dewan.









Selesai majlis perasmian, acara kemudiannya dipenuhi dengan pesembahan kebudayaan pelbagai etnik dan pertandingan akhir Unduk Ngadau, apabila tamat majlis, peserta kemudiannya bergerak meninggalkan dewan KDCA menuju ke Hotel The Palace. Disini peserta kemudiannya diberi taklimat khas untuk bertolak balik ke Semenanjung pada keesokan harinya, diikuti sessi mengisi borang soal selidik JPNIN selepas program kepada peserta.


Mendengar taklimat.

Bila tamat taklimat, peserta kemudiannya diberi ruang untuk aktiviti bebas. Blogger bersama 10 orang peserta angkat Haji Ahmat Amol, telah bertolak pergi semula ke rumah keluarga angkat untuk mengambil beg dan makan petang bersama buat kali terakhir sebelum sessi bergambar bersama mereka.

Selesai bergambar barulah kami dihantar semula ke Hotel The Palace, namun ianya masih belum berakhir apabila blogger, Penghulu dan Haji Mohd Ali kemudiannya dibawa pula oleh Haji Ahmat Amol untuk makan barbeque di belakang Pasar Filipina pada jam 8.00 malam. Makanan kami bertiga disponsor oleh Penghulu, mak oii.. boleh tahan juga harganya.... 

Selesai makan dan membeli barangan cenderahati yang terakhir di Pasar Filipina, kami pun dihantar kembali ke Hotel The Palace pada jam 12.00 malam.


Budi baik, makan minum dan layanan mesra kalian semua akan dikenang hingga akhir hayat...




Antara ikan bakar yang disediakan....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin