KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Jun 11, 2013

** KOTOBIAN TADAU TAGAYO DO KAAMATAN - HARI KE 5 **


30 Mei 2013, Khamis.

Hari ini tiada program bagi peserta pada waktu pagi, hanya aktiviti bersama keluarga angkat sahaja. Kami telah dibawa ke sebuah Pasar Tamu di Daerah Penampang. Pasarnya tidaklah besar seperti Pasar Satok di Sarawak. 

Pelbagai barangan basah dan kering daripada hasil pertanian etnik Sabah dijual di pasar ini. Ramai dikalangan peserta yang membeli ubatan herba produk etnik Sabah yang diamalkan turun temurun.

Selesai membeli belah peserta berangkat pulang untuk makan tengahari bersama keluarga angkat.



Barangan akar kayu dari hutan.
Jeng Jeng ! Tu dia Tongkat Ali dari Sabah.

Amacam bah? ada gaya tak?

Akhbar yang memuatkan berita perayaan Kaamatan.
Peserta Unduk Ngadau yang ditemui di Muzium Sabah turut mendapat liputan luas dalam akhbar.
Kalau di Semenanjung pusat aktiviti Rukun Tetangga dikenali sebagai dewan, pusat Rukun Tetangga, markas, pusat kawalan ataupun pos, tetapi di Sabah ianya dikenali sebagai Sulap.
Mengopek kelapa muda yang dibeli di Pasar Tamu untuk makan tengahari bersama nasi
Besedia untuk makan tengahari bersama keluarga angkat. Pandai Mak Aji masak, kena dengan selera kami......


Selesai makan tengahari, kami bersama keluarga angkat bertolak ke KRT Taman Telok Villa, Daerah Putatan bagi menyertai sukaneka  yang dikhaskan untuk peserta. Lima acara yang disediakan, namun hanya 4 acara sahaja yang sempat dilangsungkan kerana hujan lebat yang turun sebaik sahaja kami sampai ke situ.




Pengerusi KRT Taman Telok Villa. KRT ini terletak ditepi laut.


Selesai acara sukaneka, peserta bertolak pulang untuk mandi dan bertolak semula bersama keluarga angkat ke  Dewan Masyarakat Putatan pada jam 7.00 malam bagi menyertai Majlis Penutupan Dan Penyampaian Sijil Peserta Integrasi Komuniti Sempena Sambutan Pesta Kaamatan Negeri Sabah 2013.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh menteri baru yang menerajui Jabatan Perpaduan iaitu YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ialah YBhg Tuan Ganesan A/L Letchumanan, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPNIN PutraJaya serta YBhg Puan Nurul Akmalina bt. Haji Shamsuddin, Pengarah JPNIN Sabah.

Bersama peserta yang paling cilik, berusia 13 tahun. Rasanya tidak sesuai peserta berumur bawah 18 tahun menyertai program ini.

Peserta Integrasi.
Barisan keluarga angkat.


YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup.
Crew RTM sedang menemuramah peserta.
Pesembahan dikir barat spontan dari peserta.




Hanya kami bertiga yang memakai baju Melayu.
Bersama AJK KRT Kg. Ramayah, Penampang.
Singgah di kedai mamak pekena teh tarik dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga angkat. Paling dihadapan berbaju kuning ialah Saiful, menantu Haji Ahmat Amol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin