KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Jun 18, 2013

** KOTOBIAN TADAU TAGAYO DO KAAMATAN - HARI TERAKHIR **


1 Jun 2013, Sabtu.

Hari ini merupakan hari terakhir peserta Lawatan Integrasi Komuniti Pesta Kaamatan berada di bumi Negeri Bawah Bayu. Selesai sarapan pagi di Hotel The Palace, peserta mulai berkumpul di lobi hotel pada pukul 10.00 pagi dan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Pesawat akan berlepas pada jam 12.45 tengahari.


Sarapan pagi di hotel.



En. Mat Zaki, dari KRT Negeri Selangor, bertugas di Darul Quran, JAKIM, bergambar bersama Pegawai Pengiring JPNIN Sabah, lupa pulak namnya. Amacam Zaki, mujarab ka UBAT yang beli kat Penampang ari tu?

Di airport, telah menunggu keluarga angkat bagi bertemu buat kali terakhir dengan peserta bagi mengucapkan selamat jalan kepada peserta. Hmmm... sekali lagi air mata meleleh dikalangan peserta dan keluarga angkat.

Blogger juga turut teruja dan berlinangan juga airmata apabila bersalam dan berpelukan dengan keluarga angkat. Tangkap leleh juga walaupun dah berumur ini ....
 

Bersama Kaseh, menantu Haji Ahmat yang bertugas di Syarikat Penerbangan MAS. Fu yoo...... meletup beb, bila Kaseh menyanyi lagu Teratai, nyanyian Ramli Sarip pada malam penutup di Dewan Penampang. Bila nak buat album bang ?
Gambar yang membawa seribu makna, dan berjuta kenangan .... panjang umur, insyaAllah kita berjumpa lagi.




Mohd Nasir Udin, berkaca mata, paling menonjol dikalangan peserta, tapi bila diajak menari oleh peserta Unduk Ngadau, senyap sepi hero  ni, he .. he .. Steady Nasir, simpan elok2 gambar yang Pak ya shoot hang dengan peramugari waktu kita mula landing kat Sabah, he.. he..

Suratan atau kebetulan? dalam ramai-ramai peserta, blogger dan 2 orang anak dara ni, kami telah mendapat kerusi dan nombor yang sama apabila bertolak pergi dan bertolak balik dalam pesawat MAS ini. Kami mendapat nombor 29A, 29B dan 29 C iaitu di bahagian belakang sekali.

SELAMAT TIBA DI KLIA PADA JAM 3.15 PETANG .......


Lupa nama dia ni, tapi beliau merupakan salah seorang guru Tabika Perpaduan Terengganu. Ramai yang memuji kecantikan semula jadi beliau. Kalah Rozita Che Wan, sebab tanpa make up pun dah lawa .....

Yang depan sekali ialah peserta dari NGO, merupakan jurugambar bebas, Nadzirah namanya. Hmmm.. bila nak pos gambar kat Pak ya ? Alamat dan no phone Pak Ya dah bagi....


SELAMAT TINGGAL SABAH, SELAMAT TINGGAL KENANGAN,...... TERIMA KASIH JPNIN KEDAH DAN MALAYSIA YANG MEMBERI PELUANG BLOGGER MENIMBA PENGALAMAN DAN MENIKMATI DETIK-DETIK MANIS MENGHAYATI APAKAH ITU PESTA KAAMATAN, DAN MENDALAMI ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT NEGERI DIBAWAH BAYU INI.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin