KRT yang berminat untuk membeli sepanduk ini, sila hubungi blogger di talian 019 442 6884. Ubahsuai nama KRT akan dilakukan. Harga bagi saiz 8 x 3 RM50.00, saiz 10 x 3 RM60.00 dan saiz 10 x 3 RM70.00. Harga tidak termasuk kos penghantaran.

Ahad, Mei 19, 2013

** AKTIVITI TUNAS JIRAN **


Disamping giat mempelbagaikan aktiviti dalam kawasan Taman Utama, KRT Taman Utama turut membawa penduduk Taman Utama menyertai pelbagai aktiviti disekitar Bandaraya Alor Setar.

Bagi golongan Tunas Jiran, iaitu yang berusia bawah 12 tahun, Pengerusi KRT Taman Utama telah membawa seramai 6 orang Tunas Jiran ke Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah bagi menyertai aktiviti Kelab Sinar Pintar Bayan Budiman jabatan tersebut. 

Pelbagai aktiviti diadakan pada setiap hari Sabtu untuk golongan berusia bawah 12 tahun. Antaranya ialah aktiviti senamrobik, persembahan boneka, senam seni, kraf tangan, pertandingan mewarna, permainan sukan dalaman dan sebagainya yang bersesuaian dengan mereka.

Pada 18 Mei 2013, aktiviti kraftangan telah dijalankan oleh kelab tersebut. Pelbagai bentuk kraftangan telah dipelajari oleh peserta yang menyertainya. Pihak Perbadanan perpustakaan Awam Kedah turut menyediakan makan minum kepada peserta yang hadir. Aktiviti yang bermula pada jam 8.30 pagi akan berakhir pada jam 12.00 tengahari. 




Group Tunas Jiran Taman Utama bersepakat memakai tudung berwarna hitam...




Antara hasil kraftangan peserta.
Adih Sarah Sorfina bersama kraftangan yang digubahnya.

Adik Nor Syamisha

Isnin, Mei 13, 2013

** SAMBUTAN HARI IBU **


Selamat Hari Ibu diucapkan kepada golongan ibu diseluruh negara yang diraikan sambutannya pada 12 Mei setiap tahun. Bagi peringkat KRT Taman Utama, sambutan Hari Ibu telah diadakan pada 10 Mei 2013. Pengisian program ialah dengan menganjurkan ceramah agama berkonsepkan keibuan yang telah disampaikan oleh Y. Bhg Ustazah Che Nazrah bt. Yusof, pendakwah bebas yang sering ke udara melalui slot agama di Radio Malaysia Kedah FM. Beliau juga merupakan Pengerusi KRT Seri Bendahara Alor Setar Kedah.

 
Ustazah Che Nazrah sedang menyampaikan ceramah beliau.

Turut hadir bagi meraikan sambutan Hari Ibu ini ialah Puan Suria bt. Baharom, Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Kedah. Memulakan majlis ialah deklamasi sajak berjudul "Oh Ibu" yang disampaikan secara medley oleh 4 orang Jiran Muda perempuan diikuti penyampaian hadiah pertandingan khat anjuran Biro Jiran Wanita. Hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Puan Suria bt. Baharom.


Antara warga Taman Utama yang hadir.



Program sambutan Hari Ibu ini dikendalikan sepenuhnya oleh Biro Jiran Wanita yang diketuai oleh Pn. Ustazah Rogayah bt. Ramli, Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Utama. Salah seorang ibu, Pn. Rosmeza bt. Ishak telah menaja makanan untuk penduduk yang hadir, manakala Pn. Rokiah bt. Ali telah sudi menyuntik dana kewangan sebagai sumbangan saguhati kepada penceramah.

Majlis telah berlangsung di perkarangan dewan KRT Taman Utama yang dihadiri hampir 200 orang. 90 peratus yang hadir ialah kaum ibu. Tamat majlis, hadirin telah disajikan dengan hidangan Mee Rebus Udang dan puding serta beraneka kueh yang dibawa oleh penduduk.

 

Antara kaum bapa yang turut hadir memeriahkan majlis.


Pengerusi KRT Taman Utama mempamerkan dua biji kek sumbangan salah seorang penduduk sempena majlis sambutan hari Ibu.

Pn. Suria bt. Baharom bersama Pengerusi Jiran Wanita Taman Utama

Ketika ibu-ibu mengikuti ceramah, geng Jiran Muda mengambil giliran tugas membasuh pinggan mangkok. Caya lah Hairi dan Shafik !!!!

Tuan Setiausaha KRT Taman Utama bertindak sebagai pengacara majlis.



Pengerusi Jiran Wanita Taman Utama, berdiri ditengah, menyaksikan Pn. Suria dan Ustazah Che Nazrah memotong kek sebaik sahaja tamat  ceramah.

Terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis sambutan Hari Ibu Peringkat KRT Taman Utama ini. Terutama kepada penyumbang makanan, penyumbang dana kepada penceramah, persiapan tempat, penyediaan makanan dan sebagainya. Perpaduan dan semangat kejiranan yang dipamerkan selepas BERPERANG UNTUK PARTI MASING-MASING PADA PRU 13 telah diterjemahkan dengan jayanya apabila masing-masing membuang semangat kepartian demi KRT. Tahniah dan Syabas

 




.

Isnin, Mei 06, 2013

** SALAM TAKZIAH **





Takziah daripada seluruh warga KRT Taman Utama kepada En. Mohd Yusof b. Daud, Pegawai Kanan JPNIN Negeri Kedah yang kematian ibunya yang tercinta pada pagi 6 Mei 2013 ini. Jenazah ibunya akan disemadikan pada waktu petang di Manjoi, Perak.

Lagi 5 hari kita semua akan ,menyambut hari ibu, beliau kehilangan pula ibunya. Semoga beliau seisi keluarga akan tabah menghadapi dugaan ini.

Marilah kita semua mendoakan agar roh ibunya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. ALFatehah untuk roh ibunya.


Khamis, April 18, 2013

** UNIT RONDA BERMOTOSIKAL PDRM **


Pada 17 April 2013, blogger telah menghadiri majlis perasmian Unit Ronda Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar yang diadakan di Blok B, Taman Wira Mergong yang terletak bersebelahan Taman Utama. Majlis telah disempurnakan oleh Datuk Ahmad b. Ibrahim, Ketua Polis Negeri Kedah pada jam 5.30 petang.

Program ini adalah program susulan Kementerian Dalam Negeri berikutan pelancaran URB yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 15 Disember 2012 lalu di Selangor dan berkaitan dengan fasa ke 2 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu pengurangan kadar jenayah negara.

IPD Kota Setar merupakan daerah ke 3 dalam Kontijen Negeri Kedah yang telah melancarkan program ini yang antara lain tujuannya ialah menjalankan rondaan 24 jam ke kawasan yang berisiko tinggi seperti kawasan perumahan, perindustrian, taman rekreasi, pusat perniagaan dan sekolah.

Seramai 29 orang anggota PDRM terlibat dalam URB ini yang diketuai oleh 2 orang pegawai kanan. URB ini menggunakan motosikal berprestasi tinggi Kawasaki Ninja 250R. Sebanyak 17 buah motosikal disediakan untuk IPD Kota Setar bagi program ini.

 
Blogger bersama Ketua Polis Negeri Kedah, Dato' Ahmad Ibrahim (tengah) dan Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Tuan Adzaman Md. Jan


Sebahagian daripada motosikal URB IPD Kota Setar.



Antara Peronda SRS yang hadir.



Perlepasan URB oleh Ketua Polis Negeri Kedah.



Team sukarelawan daripada CRSM dan KMK.

Motosikal Kawasaki Ninja 250R

Menikmati juadah selepas perasmian.

Selasa, April 09, 2013

** AKTIVITI SKIM RONDAAN SUKARELA **


Antara aktiviti lain KRT Taman Utama ialah aktiviti rondaan malam yang dikenali sebagai Skim Rondaan Sukarela. Sukarelawan yang menyertai rondaan ini dikenali sebagai Peronda SRS.

Bagi SRS Taman Utama seramai 34 orang penduduk telah mendaftarkan diri sebagai Peronda SRS. Kesemua peronda ini telah pun memperolehi Kad Kuasa sebagai seorang peronda dan mereka telah pun dibekalkan pakaian untuk menjalankan rondaan seperti vest, baju dan topi yang diterima daripada JPNIN Negeri Kedah dan dibeli sendiri oleh Jawatankuasa KRT Taman Utama.

Antara peralatan lain yang disediakan untuk aktiviti rondaan ialah set walkie talkie, wisel, cota, lampu picit dan papan sekatan jalanraya. Setiap Peronda SRS ini diberikan pelindungan insuran kemalangan diri yang dikendalikan oleh Syarikat Tafakul Ikhlas.

Bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti, pihak KRT Taman Utama telah mengambil beberapa langkah siap siaga dengan memperhebatkan lagi aktiviti rondaan. Aktiviti rondaan akan dilaksanakan pada setiap malam sebaik sahaja hari penamaan calun diadakan.

Jika selalunya aktiviti rondaan biasa akan bermula dari jam 12.00 malam dan berakhir pada jam 6.00 pagi, sempena PRU 13 ini, rondaan akan bermula dari jam 10.00 malam. Tujuan diadakan rondaan awal ini ialah sebagai salah suatu usaha mencegah jenayah yang mungkin berlaku apabila semua orang sibuk menghadiri kempen atau memasang poster dan bendera parti yang bertanding.

Disamping itu Peronda SRS juga akan memastikan beberapa tempat tertentu seperti Pusat Rukun Tetangga, masjid dan surau tidak dilekatkan poster dan bendera calun parti politik yang bertanding sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri akan menimbulkan konflik dan perselisihan faham dikalangan penduduk.

Bagi menghilangkan rasa mengantuk dan bosan sementara menunggu giliran meronda dikalangan peronda, beberapa set peralatan permainan dalaman disediakan dipusat rondaan seperti karom, dart dan dam aji.


Sebahagian daripada 35 orang Peronda SRS Taman Utama.

Peronda bersantai sebelum melakukan rondaan.

Aktiviti permainan karom sebagai menghilangkan rasa kebosanan.

Sessi percambahan fikiran sambil menikmati makanan yang disediakan.




En. Zainul Sidik Mydin Pitchay jaguh karom yang berasal dari Pulau Pinang.

Ketua Peronda memberikan arahan sebelum aktiviti rondaan dimulakan.

Peronda tekun mendengar arahan dan taklimat terakhir yang diberikan.

En. Shaharudin Saad, Setiausaha SRS Taman Utama melaporkan jumlah kekuatan peronda yang hadir dan bersedia menerima arahan untuk memulakan rondaan daripada Ketua Peronda.



Antara Peronda SRS yang menggunakan motorsikal.

Haaa... awas ! ini bukan Mat Rempit Taman Utama ...

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi KRT Taman Utama bertugas dibilik kawalan sambil melayani peronda bermain karom.

En. Zahid b. Abdullah, Ketua Peronda SRS Taman Utama.

Blog Widget by LinkWithin