KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Disember 26, 2012

** PROGRAM BUBUR ASYURA 1434H **


Kem RIMUP 2012 berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan berakhir pada 10 Disember 2012. Belum pun sempat berehat dan menghilangkan rasa penat mengendalikan kem, barisan AJK KRT Taman Utama dan penduduk sekali lagi berkampung di Pusat Rukun Tetangga bagi memasak bubur Asyura yang merupakan acara tahunan.

Program telah dijalankan pada hari Jumaat, 14 Disember 2012. Sebanyak 2 buah periuk besar bersaiz 10 gantang telah berjaya dimasak dan diagihkan kepada penduduk. Program kali ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Pakatan Taman Utama yang menjalankan kutipan sumbangan daripada penduduk bagi memasak bubur Asyura. Program bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan para penduduk yang terlibat bersama menikmati jamuan tengahari yang disediakan.



















Sabtu, Disember 22, 2012

** PERASMIAN PENUTUP KEM RIMUP 2012 **


Majlis perasmian penutupan Kem RIMUP 2012 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Negeri Kedah pada jam 10.00 malam 10 Disember 2012. Turut hadir ialah YM Ku Aziz b. Ku Esa dan En. Abdul Halim b. Alwi daripada Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap.

Sebelum majlis penutupan, para peserta kem dan ibubapa telah diberikan taklimat khas masalah sosial dan jenayah juvana ketika ini oleh Tuan ACP Adzaman b. Mohd Jan, Ketua Polis Daerah Kota Setar. Turut hadir bersama beliau ialah ketua-ketua bahagian yang ada dalam pentadbiran PDRM Daerah Kota Setar.


Pengerusi KRT Taman Utama bersama ACP Adzaman.
Tuan ACP Adzaman sedang menyampaikan taklimat beliau.
Peserta kem RIMUP.
Petugas Jiran Wanita sedang menjamu selera

Dari kiri, YM Ku Aziz, Tuan Pengarah JPNIN Kedah dan Pengerusi KRT Taman Utama.
Peserta dan waris mengaminkan doa dimalam terakhir.
Ucapan Pengerusi KRT Taman Utama.

Terima kasih kepada JPNIN Negeri Kedah yang memberikan bantuan dan dana kewangan bagi menganjurkan kem ini. Terima kasih kepada peserta dan waris yang membenarkan anak-anak menyertai kem ini. Terima kasih tidak terhingga kepada AJK, Peronda SRS dan Jiran Wanita yang bertungkus lumus menjayakan kem terutama kepada urusetia, jawatankuasa makanan dan jawatankuasa keselamatan serta agensi jabatan kerajaan yang sudi hadir untuk mengadakan aktiviti kepada peserta.
 
Antara urusetia dan petugas kem.
Perasmian penutup oleh Pengarah JPNIN Negeri Kedah.
Tahniah kepada KRT Taman Utama kerana berjaya menganjurkan kem bagi peringkat daerah yang pertama kalinya dianjurkan di Kawasan Rukun Tetangga. Bukannya mudah untuk mengendalikan kem yang seumpama ini. Perlu kesabaran, semangat dan suci hati dalam mengelolakan kem dari pelbagai aspek.

KRT Taman Utama adalah penanda aras bagi aktiviti kem seumpama ini untuk jabatan melihat apakah keberkesanan kem ini kepada peserta dari masa ke semasa.
 
Penyerahan sijil penyertaan kepada penghulu kem.







Khamis, Disember 20, 2012

** KEM RIMUP 2012 BOLASEPAK PERSAHABATAN **


Ketika sibuk bertungkus lumus menyediakan makanan untuk peserta Kem RIMUP, Ketua Peronda SRS memaklumkan hasrat beliau kepada blogger untuk mengadakan perlawanan bolasepak antara peserta kem dari kalangan lelaki dan urusetia yang bertugas sepanjang kem bertujuan untuk memantapkan lagi silatulrahim dikalangan peserta dan urusetia,

Blogger selaku pengerusi kem bersetuju dan menetapkan perlawanan tersebut pada hari terakhir kem. Perlawanan tersebut akhirnya berjaya dilangsungkan pada petang Isnin, 10.12.2012 mulai jam 6.00 petang. Perlawanan dijalankan secara 7 pemain sepasukan. Diakhir perlawanan keputusan memihak kepada peserta kem dengan jaringan 3 - 0.

En. Zahid selaku Ketua Pasukan menyatakan kekalahan mereka adalah kekalahan bermaruah dan membuat beberapa kesimpulan atau rumusan kekalahan pasukan urusetia, antaranya -
1. Pihak peserta bermain terlalu laju dan kasar.
2. Keadaan padang yang tidak rata.
3. Kekurangan latihan.
4. Kekurangan stamina.
5. Bola yang terlalu bulat dan kurang angin.
6. Pengadil yang tiada tauliah.
7. Penjaga garisan tidak membawa bendera.
8. Penyokong berat sebelah.
9. Jersi terlalu ketat dan panas.
10. Tiang gol senget.
11. Penyerang pasukan urusetia malu-malu untuk menjaringkan gol. 
  



Skill shaolin soccer
Bergambar sebelum bertempur.
Skill gangnam style




Blog Widget by LinkWithin