KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Khamis, April 18, 2013

** UNIT RONDA BERMOTOSIKAL PDRM **


Pada 17 April 2013, blogger telah menghadiri majlis perasmian Unit Ronda Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar yang diadakan di Blok B, Taman Wira Mergong yang terletak bersebelahan Taman Utama. Majlis telah disempurnakan oleh Datuk Ahmad b. Ibrahim, Ketua Polis Negeri Kedah pada jam 5.30 petang.

Program ini adalah program susulan Kementerian Dalam Negeri berikutan pelancaran URB yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 15 Disember 2012 lalu di Selangor dan berkaitan dengan fasa ke 2 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu pengurangan kadar jenayah negara.

IPD Kota Setar merupakan daerah ke 3 dalam Kontijen Negeri Kedah yang telah melancarkan program ini yang antara lain tujuannya ialah menjalankan rondaan 24 jam ke kawasan yang berisiko tinggi seperti kawasan perumahan, perindustrian, taman rekreasi, pusat perniagaan dan sekolah.

Seramai 29 orang anggota PDRM terlibat dalam URB ini yang diketuai oleh 2 orang pegawai kanan. URB ini menggunakan motosikal berprestasi tinggi Kawasaki Ninja 250R. Sebanyak 17 buah motosikal disediakan untuk IPD Kota Setar bagi program ini.

 
Blogger bersama Ketua Polis Negeri Kedah, Dato' Ahmad Ibrahim (tengah) dan Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Tuan Adzaman Md. Jan


Sebahagian daripada motosikal URB IPD Kota Setar.



Antara Peronda SRS yang hadir.



Perlepasan URB oleh Ketua Polis Negeri Kedah.



Team sukarelawan daripada CRSM dan KMK.

Motosikal Kawasaki Ninja 250R

Menikmati juadah selepas perasmian.

Selasa, April 09, 2013

** AKTIVITI SKIM RONDAAN SUKARELA **


Antara aktiviti lain KRT Taman Utama ialah aktiviti rondaan malam yang dikenali sebagai Skim Rondaan Sukarela. Sukarelawan yang menyertai rondaan ini dikenali sebagai Peronda SRS.

Bagi SRS Taman Utama seramai 34 orang penduduk telah mendaftarkan diri sebagai Peronda SRS. Kesemua peronda ini telah pun memperolehi Kad Kuasa sebagai seorang peronda dan mereka telah pun dibekalkan pakaian untuk menjalankan rondaan seperti vest, baju dan topi yang diterima daripada JPNIN Negeri Kedah dan dibeli sendiri oleh Jawatankuasa KRT Taman Utama.

Antara peralatan lain yang disediakan untuk aktiviti rondaan ialah set walkie talkie, wisel, cota, lampu picit dan papan sekatan jalanraya. Setiap Peronda SRS ini diberikan pelindungan insuran kemalangan diri yang dikendalikan oleh Syarikat Tafakul Ikhlas.

Bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti, pihak KRT Taman Utama telah mengambil beberapa langkah siap siaga dengan memperhebatkan lagi aktiviti rondaan. Aktiviti rondaan akan dilaksanakan pada setiap malam sebaik sahaja hari penamaan calun diadakan.

Jika selalunya aktiviti rondaan biasa akan bermula dari jam 12.00 malam dan berakhir pada jam 6.00 pagi, sempena PRU 13 ini, rondaan akan bermula dari jam 10.00 malam. Tujuan diadakan rondaan awal ini ialah sebagai salah suatu usaha mencegah jenayah yang mungkin berlaku apabila semua orang sibuk menghadiri kempen atau memasang poster dan bendera parti yang bertanding.

Disamping itu Peronda SRS juga akan memastikan beberapa tempat tertentu seperti Pusat Rukun Tetangga, masjid dan surau tidak dilekatkan poster dan bendera calun parti politik yang bertanding sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri akan menimbulkan konflik dan perselisihan faham dikalangan penduduk.

Bagi menghilangkan rasa mengantuk dan bosan sementara menunggu giliran meronda dikalangan peronda, beberapa set peralatan permainan dalaman disediakan dipusat rondaan seperti karom, dart dan dam aji.


Sebahagian daripada 35 orang Peronda SRS Taman Utama.

Peronda bersantai sebelum melakukan rondaan.

Aktiviti permainan karom sebagai menghilangkan rasa kebosanan.

Sessi percambahan fikiran sambil menikmati makanan yang disediakan.




En. Zainul Sidik Mydin Pitchay jaguh karom yang berasal dari Pulau Pinang.

Ketua Peronda memberikan arahan sebelum aktiviti rondaan dimulakan.

Peronda tekun mendengar arahan dan taklimat terakhir yang diberikan.

En. Shaharudin Saad, Setiausaha SRS Taman Utama melaporkan jumlah kekuatan peronda yang hadir dan bersedia menerima arahan untuk memulakan rondaan daripada Ketua Peronda.



Antara Peronda SRS yang menggunakan motorsikal.

Haaa... awas ! ini bukan Mat Rempit Taman Utama ...

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi KRT Taman Utama bertugas dibilik kawalan sambil melayani peronda bermain karom.

En. Zahid b. Abdullah, Ketua Peronda SRS Taman Utama.

Ahad, April 07, 2013

** PERTARUNGAN BERMULA **





Bahang Pilihan Raya Umum Ke 13 kian membara. Sebaik sahaja YAB Perdana Menteri mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen Malaysia pada 3 April 2013 lalu, pelbagai parti politik yang bakal bertanding telah memulakan gerak kerja masing-masing.

Di Taman Utama, perang bendera parti-parti politik utama telah bermula sebaik sahaja tarikh pembubaran. Perang bendera bermula dari jalan masuk utama hingga ke lorong-lorong dalam kawasan Taman Utama.

Taman Utama terletak dibawah Parlimen Alor Setar yang kini disandang oleh YB Dato' Chor Chee Heung, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, manakala Dewan Undangan Negeri ialah DUN Bakar Bata yang disandang oleh YB Dato' Paduka Haji Ahmad Bashah b. Md. Hanipah. Kedua-duanya adalah dari Barisan Nasional. InsyaAllah gambar-gambar terkini perang bendera dan poster akan dipaparkan apabila kesemua calun yang bakal bertanding diketahui selepas hari penamaan calun nanti.


Jalan masuk utama ke Taman Utama.

Papan tanda KRT Taman Utama turut menjadi sasaran pemasangan bendera parti politik.



Perang bendera gergasi di belakang Taman Utama, berhampiran Masjid Seberang Pumpong.









** KELAS MASAKAN JIRAN WANITA **


Jiran Wanita KRT Taman Utama dibawah pimpinan Ustazah Pn. Rogayah bt. Ramli kian gah mengatur aktiviti mereka. Terkini pada hari Sabtu 6 Mac 2013, Jiran Wanita telah mengadakan kelas masakan mulai jam 2.00 petang di dewan KRT Taman Utama.

Program ini pada asalnya akan diketuai oleh Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar yang akan mengajar cara membuat Kek Karot, namun kerana tarikh yang disusun atur bertembung dengan kursus beliau, maka program beliau akan diadakan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Seramai 25 orang Jiran Wanita telah menghadiri program ini yang dipimpin oleh Setiausahanya Pn. Jamayah bt. Dawi. Beliau yang mesra dengan panggilan Maya memang mahir dalam seni masakan. 

Jika tahun 2012, menu yang dipelajari ialah Kek Lapis Sarawak, menu kali ini ialah Puding Maya. Tidak banyak gambar yang dapat dipaparkan kerana sebaik sahaja blogger tiba di dewan, aktiviti penyediaan bahan menu telah berakhir hanya gambar puding yang telah siap sahaja yang sempat dirakam.

Tahniah kepada semua Jiran Wanita yang terlibat. Program mereka yang terdekat ialah ceramah agama sempena Hari Ibu pada 10 Mei 2013 nanti.


Jeng ! jeng ! puding yang telah siap... hmmm .. yummiii..







Pn. Maya.

Pn. Indun sedang mengagihkan puding yang telah siap.

Pn. Hajah Norrizah, Bendahari Jiran Wanita sedang berbincang bajet ceramah agama pada 10 Mei 2013 nanti.


** PROGRAM ZIARAH PERONDA SRS **


Pada jam 10.00 malam  5 Mac 2013, blogger telah menerima panggilan daripada Tuan Haji Mat Radzuan b. Ibrahim menjemput blogger dan semua Peronda SRS yang bertugas pada malam tersebut untuk ke rumahnya menjamah air Zam Zam dan kurma.

Beliau bersama keluarga telah selamat kembali pada pagi tersebut daripada mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Ini merupakan kali ke 3 beliau bersama keluarga pergi mengerjakan ibadah umrah.



Tuan Haji Mat Radzuan Ibrahim.


Antara Peronda SRS yang pergi menziarahi Tuan Haji Mat Radzuan.


Blogger sedang menjamu selera dengan buah tangan daripada Mekah. Kopiah / ketayap yang dipakai adalah sedekah pemberian daripada Tuan Haji Mat Radzuan.


Para Peronda yang selesai menjalankan rondaan sedang bermain karom sebelum tiba giliran rondaan yang berikutnya.

Selasa, April 02, 2013

** SELAMAT HARI LAHIR **


Pada awal penubuhan KRT Taman Utama di tahun 2004, blogger pernah mengikuti Kursus Pemantapan Rukun Tetangga Zon Utara bertempat di Hotel Cititel, Pulau Pinang. Kursus ini dikhaskan untuk Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari KRT yang baru ditubuhkan dari Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Dalam satu slot kursus tersebut salah seorang penceramah daripada JPNIN PutraJaya telah mengutara idea mengadakan majlis jamuan hari lahir dikalangan Tunas Jiran yang terdapat di sesebuah KRT. Menurut beliau program ini akan merapat dan menjalinkan semangat kejiranan dikalangan penduduk sesebuah komuniti. Program ini dicadangkan kepada KRT yang kekeringan idea atau menghadapi masalah untuk menganjurkan aktiviti kerana kekangan sumber kewangan atau kekangan masa dikalangan AJK.

Pada akhir bulan Mac 2013, salah seorang penduduk telah memohon kebenaran blogger untuk mengadakan majlis hari lahir anaknya di dewan KRT Taman Utama serta mengajak blogger menyertai majlis ini bersama anaknya yang kebetulan selang beberapa hari jaraknya hari lahir anak blogger yang seusia dengan anaknya.

Blogger lantas bersetuju kerana teringatkan cetusan idea yang dilontarkan semasa kursus di Pulau Pinang tersebut. Akhirnya majlis secara kongsi bersama ini dapat diadakan pada 2 April 2013 mulai jam 5.30 petang di dewan KRT. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh En. Mohd Sharipudin, Setiausaha KRT Taman Utama.

Menu utama yang disediakan ialah laksa. Amat mengujakan ialah sokongan yang diberikan oleh Jiran Wanita yang turut membantu pihak yang mengadakan majlis memasak juadah dan ramai dikalangan penduduk yang mengenali Tunas Jiran yang diraikan iaitu Siti Nur Asyiqin bt. Abu Hasan dan Nur Shahidatul Ain bt. Yahya telah memberikan hadiah dan menyumbang menu makanan tambahan seperti kek, kueh, mee, puding, coklat, buah-buahan, kacang dan lain-lain lagi.
 
Kesimpulan yang dapat dinyatakan ialah majlis seumpama ini mampu merapatkan tali silatulrahim sesama jiran tetangga dan keluarga. Blogger dapati ramai jiran tetangga yang datang meraikan majlis ini dan sekali gus memberikan kegembiraan kepada Tunas Jiran yang menyambut hari lahir mereka.


Kek untuk Ain

Kek untuk Asyiqin

Pelbagai menu yang dihidangkan.


Menu utama, laksa.



Acara memotong kek. Siti Nur Asyiqin berbaju merah manakala Nur Shahidatul Ain berbaju puteh. SELAMAT HARI LAHIR KE 6 TAHUN.


Selamat menjamu selera









Blog Widget by LinkWithin