KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Julai 28, 2010

SUKANEKA TABIKA PERPADUAN PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR / PADANG TERAP

Program sukaneka anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap telah diadakan pada hari Khamis, 29 Julai 2010 di Padang TNB Jalan Putra, Mergong Alor Setar. Setiausaha KRT Taman Utama yang menerima undangan daripada Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap sempat meluangkan waktu menghadiri perasmian majlis ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Negeri Kedah. Sukaneka ini melibatkan 17 buah kelas TABIKA PERPADUAN yang berada dalam Daerah Kota Setar / Padang Terap. Sebanyak 8 acara telah berjaya dilangsung dalam suasana yang penuh meriah dengan semangat perpaduan yang merangkumi pelbagai kaum dalam Tabika ini bagi menyahut seruan 1 Malaysia.

Pekikan sorakan peserta, penyokong, guru Tabika dan ibubapa yang hadir untuk memberi semangat kepada peserta telah menjadikan program ini penuh dengan hilai ketawa melihat gelagat para peserta ini beraksi.

Upacara perbarisan masuk peserta.

En. Mohd Saidi b. Midin yang diiringi oleh Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap sedang melambai dan memberi tabik hormat sewaktu peserta melintas dihadapan pentas utama.

Setiausaha KRT Taman Utama bergambar kenangan bersama Tuan Pengarah JPNIN Kedah.

Aksi peserta yang sempat dirakam dalam salah satu acara yang dipertandingkan.



Ahad, Julai 25, 2010

JIRAN MUDA KRT TAMAN UTAMA MELAKAR SEJARAH

Pada 25 Julai 2010, Negeri Kedah Darul Aman sekali lagi mencipta sejarah tersendiri dalam arena bolasepak negara apabila 2 buah pasukannya yang beraksi dalam pertandingan akhir Piala Liga Menteri Pelajaran (MELC) berjaya menjuarai 2 kategori yang dipertandingkan, iaitu Bawah 14 Tahun dan Bawah 17 Tahun. Ini bagaikan mengulangi sejarah gemilang pasukan Liga Supernya yang menjuarai Piala Liga, Piala FA dan Piala Malaysia selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2007 dan 2008.

Dalam pertandingan akhir Liga Remaja Bawah 17 tahun yang berlangsung mulai jam 4.00 petang, di Stadium Darul Aman, Pasukan Kedah yang diwakili oleh Sek Men Tunku Anum, Kepala Batas telah dinobatkan sebagai johan apabila menewaskan pasukan Pahang 2 - 1. Manakala pada sebelah malamnya pula dalam pertandingan akhir Liga Bawah 14 Tahun, pasukan Kedah yang juga diwakili oleh Sek Men Tunku Anum sekali lagi dinobatkan sebagai johan apabila menumpaskan pasukan Terengganu 3 - 1.

Apa yang membanggakan ialah terdapat 2 orang Jiran Muda KRT Taman Utama telah mewakili pasukan bawah 14 tahun iaitu Mohd Syazwan b. Abdullah dan Mohd Syazwan b. Abd Rashid. Mohd Syazwan b. Abd Rashid yang bermain diposisi midfield ialah anak kepada salah seorang AJK KRT Taman Utama, malangnya beliau tidak tersenarai dalam senarai 18 pemain pada malam tersebut.

Mohd Syazwan b. Abdullah adalah pemain yang bertindak sebagai penjaga gol yang kemudiannya telah dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik kejohanan. Kedua-dua pemain ini merupakan anak didik kepada Pengerusi Jiran Muda dan Tunas Jiran KRT Taman Utama iaitu En. Abd Ghafur b. Mohd Akib. Beliaulah yang mencungkil bakat mereka diperingkat kanak-kanak dan sering membawa mereka menyertai pelbagai pertandingan bolasepak padang dan futsal yang diadakan disekitar kawasan utara tanah air.

Saya selaku Setiausaha KRT Taman Utama yang sering mengiringi pasukan ini bersama Pengerusi Jiran Muda amat terharu sekali dengan lakaran gemilang yang dicapai oleh Jiran Muda KRT Taman Utama ini. Agak berbaloi juga dengan wang KRT yang digunakan bagi membiayai kos penyertaan mereka dipelbagai pertandingan bolasepak yang diadakan, walaupun seringkalinya kami berdua terpaksa juga mengeluarkan wang dari poket kami sendiri kerana adakalanya terlebih daripada bajet yang dianggarkan. Namun apabila melihat kejayaan yang telah dicapai mereka, terubat juga hati ini dengan keperitan mencari sumber kewangan untuk mereka sewaktu menjalani latihan dan keluar menyertai pertandingan.

Bagi Mohd Syazwan b. Abdullah, ini bukanlah kali pertama kejayaan gemilang ini diperolehi kerana beliau juga pernah dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik Piala Danone Perancis dan yang terkini beliau akan mewakili Pasukan Bawah 15 Tahun Kedah mewakili Malaysia bagi Zon Asia Pasifik ke Pertandingan Akhir Piala Dunia Perdana Manchester United yang bakal diadakan di Manchester pada 3 hingga 7 Ogos 2010.

Pasukan ini dapat melayakkan diri ke Manchester apabila menewaskan pasukan Indonesia, Thailand dan Singapura. Semoga kejayaan bakal menjadi milik Syazwan dan rakan-rakannya dalam pertandingan ini.

Setiausaha KRT Taman Utama turut meraikan kejayaan yang dilakar oleh anak buahnya.

Aksi final Liga Remaja Bawah 17 Tahun.

Keputusan muktamad Liga Remaja Bawah 17 Tahun.

Meraikan jaringan gol penyamaan.

Meraikan jaringan gol yang ke 2.

Skuad Remaja Bawah 17 tahun Kedah meraikan kejayaan.

Aksi Ketua Pasukan Bawah 14 Tahun Kedah, Mohd Ariff Farhan b. Md Isa yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir, Pemain Tengah Terbaik dan Penjaring Terbanyak kejohanan.

Keputusan muktamad Liga Bawah 14 Tahun.

Syazwan bersama trofi sebagai Penjaga Gol Terbaik kejohanan Liga Bawah 14 Tahun Menteri Pelajaran.

Syazwan bersama Piala Liga Bawah 14 Tahun Menteri Pelajaran.

Berita kejayaan skuad Kedah bawah 15 tahun ke Manchester yang disiarkan dalam akhbar The Star keluaran 20.7.2010. Syazwan berdiri tengah (3 dari kanan)

Sabtu, Julai 24, 2010

LATIHAN KAROM

KRT Taman Utama telah menerima jemputan daripada KRT Taman Semarak, Kuala Perlis untuk mengadakan perlawanan sukan persahabatan di KRT mereka. Jemputan ini diterima sebelum Piala Dunia 2010 bermula. Memandangkan ramai penduduk di dua buah KRT ini meminati bolasepak, jadi perlawanan ini telah ditunda sehingga selesai Piala Dunia.

Akhirnya persetujuan telah dicapai antara ke dua pihak bahawa perlawanan ini akan dilangsungkan pada 31 Julai 2010 nanti. Sukan yang akan dipertandingkan nanti ialah acara badminton dan karom.

Ekoran dengan perlawanan ini, ramailah dikalangan AJK dan warga KRT Taman Utama yang menyahut seruan KRT Taman Semarak telah giat menjalani latihan tanpa mengira tempat dan waktu. Ada yang dah pencen bermain pun turut mengasah kembali bakat yang dah berkarat tu. Bagi pemain karom, mereka menjalani latihan tanpa mengira tempat kerana ketiadaan dewan. Kadangkala bermain di tepi rumah, dan adakalanya dibawah pos SRS!

Bagi pemain badminton, mereka sibuk mengatur dan booking gelanggang yang ada disekitar Alor Setar disamping sibuk juga mengumpul pemain! maklumlah dah lama tak bermain! tapi kerana menyahut cabaran, mereka Pulun Sakan!

AWAS KRT TAMAN SEMARAK! KAMI AKAN MENYAPU BERSIH SEMUA PERLAWANAN TERMASUK MAKANAN YANG BAKAL DIHIDANGKAN NANTI !!!!!!!!

Rabu, Julai 21, 2010

KUNJUNGAN AKHBAR SINAR HARIAN DAN PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KEDAH

Pada 21 Julai 2010, KRT Taman Utama telah menerima kunjungan daripada 2 pihak yang sering dinanti oleh Setiausaha KRT Taman Utama.

Pada jam 10.15 pagi hari tersebut, sewaktu Setiausaha sedang menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang Sek Keb Tunku Abdul Halim, beliau telah menerima panggilan daripada Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, iaitu daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) yang memaklumkan ingin melihat tapak dewan orang ramai di Taman Utama. Ini ekoran daripada surat dan kertas kerja permohonan pembinaan dewan yang beliau kemukakan kepada pihak berkenaan pada 23 Jun 2010.

Beliau kemudiannya bergegas pulang sambil menghubungi Pengerusi KRT Taman Utama untuk turut serta mengiringi pihak berkenaan. Seramai 5 orang kakitangan jabatan berkenaan telah datang meninjau tapak dan lokasi dewan seperti yang Setiausaha kemukakan. Semoga hajat KRT Taman Utama untuk mempunyai dewannya yang sendiri dapat direalisasikan selepas ini! Amiiinnnnn.

Pada jam 2.30 petang, Setiausaha telah menerima panggilan daripada Cik Shahni Farhana, wartawan akhbar Sinar Harian yang memaklumkan hajat beliau untuk bertemu Pengerusi dan AJK KRT Taman Utama bertujuan mencari bahan berita berkaitan isu perpaduan UMNO-PAS yang sedang diperkatakan sekarang.

Setiausaha kemudiannya memberi persetujuan untuk mengatur pertemuan tersebut pada jam 6.00 petang di Pos Kawalan SRS. Beberapa orang AJK telah turut serta dalam pertemuan itu untuk berkongsi pandangan.

Setiausaha kemudiannya membawa wartawan berkenaan ke lokasi Jiran Wanita mengadakan kelas agama yang kebetulan jatuh pada hari tersebut. Alhamdulillah, agak langkah kanan juga beliau pada hari itu kerana terdapat beberapa orang Jiran Wanita yang mengadakan jamuan iaitu pulut kuning, bihun goreng dan kuih.

Terima kasih kepada ke dua pihak yang sudi bertandang ke Taman Utama pada hari tersebut.

Pengerusi sedang diwawancara.

Disebabkan ketiadaan Pengerusi Jiran Wanita yang mempunyai urusan di Kuala Lumpur pada hari itu, bekas Pengerusi Jiran Wanita yang kini menyandang jawatan Bendahari sudi untuk ditemuramah oleh Cik Shahni Farhana.

Cik Shahni sedang menjamu selera, yang menurut beliau adalah makanan favourite beliau, pulut kuning !!

Pengerusi sedang memaklumkan lokasi dewan orang ramai kepada pihak Jabatan Pembangunan Negeri kedah.



Selasa, Julai 20, 2010

MESYUARAT KHAS

Pada 15 Julai 2010, bertempat dirumah Setiausaha, telah diadakan suatu mesyuarat khas bagi membincangkan dua agenda penting. Mesyuarat bermula pada jam 9.30 malam dengan dihadiri seramai 16 orang AJK dan 4 orang kakitangan pihak environment IDAMAN. Pihak e IDAMAN telah diketuai oleh Pegawai Perhubungan Korporatnya yang baru iaitu En. Afzainizam b. Ab. Rahim.

AGENDA PERTAMA : Membincangkan pelarasan susulan program Kitar Semula pihak e IDAMAN dan KRT Taman Utama. Pihak e IDAMAN bersetuju supaya bekas atau tong kitar semula perlu di ganti dengan yang baru kerana ketiadaan kunci dan sering dibongkar oleh pihak yang tidak bertanggongjawab yang memungut bahan-bahan didalam bekas tersebut untuk dijual. Terdapat juga penduduk yang kurang peka yang membuang sampah dalam tong tersebut.

Pihak e IDAMAN bersetuju untuk mengadakan Program Sukaneka Kitar Semula pada 31 Julai 2010 di Padang Permainan Taman Utama bertujuan memberikan kefahaman dan pendedahan yang lebih jelas kepada penduduk Taman Utama.

AGENDA KE DUA : Membincangkan persiapan KRT Taman Utama ke KRT Taman Semarak, Kuala Perlis berikutan jemputan pihak KRT tersebut untuk mengadakan perlawanan persahabatan sukan badminton, futsal, karom dan ping pong.

Mesyuarat bersetuju menerima jemputan tersebut yang akan dilangsungkan pada 31 Julai 2010. Pemain dan AJK yang akan pergi akan bertolak pada jam 6.00 petang dari rumah Setiausaha.

Kakitangan environment IDAMAN.

En. Afzainizam b. Ab. Rahim.

Antara AJK yang hadir.

Khamis, Julai 15, 2010

MAJLIS MENANDATANGANI KAD KENAL DIRI PERONDA SRS

Pada 10 Julai 2010 suatu majlis menandatangani Kad Kenal Diri kepada seramai 30 orang sukarelawan SRS telah diadakan diperkarangan rumah no.214, Taman Utama, mulai jam 10.00 malam. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan para peronda SRS KRT Taman Utama kepada penduduk disamping sessi suaikenal para peronda sendiri.

Kehadiran En. Mohd Shafirul b. Abdul Sattar, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar menghadiri majlis ini, telah memberikan ilham kepada Setiausaha KRT Taman Utama untuk mengadakan majlis menandatangani Kad Kenal Diri ini ala upacara mengangkat sumpah di parlimen, dimana apabila beliau yang bertindak selaku juruacara majlis telah memanggil para sukarelawan ke hadapan majlis dan memperkenalkan mereka kepada penduduk diikuti dengan menandatangani Kad Kenal Diri itu dihadapan En. Mohd Shafirul dan disaksikan oleh Pengerusi KRT Taman Utama dan seluruh penduduk Taman Utama yang hadir.

Sebelum upacara tersebut berlangsung, majlis didahulukan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Mahmud, yang menjadi tenaga pengajar kelas fardhu ain Jiran Wanita dan jamuan nasi dan barbeque kepada penduduk yang hadir, diikuti dengan tayangan slaid Skim Rondaan Sukarela yang dipinjam oleh Setiausaha daripada JPNIN Negeri Kedah.

Tamat tayangan salid tersebut, Setiausaha yang baru kembali dari mengikuti Kem SRS Peringkat Negeri Kedah telah memberikan taklimat melalui power point kepada para sukarelawan tersebut, aspek-aspek berkaitan SRS dan apa yang telah beliau pelajari sewaktu berada di kem tersebut.


Sukarelawan dan penduduk sedang menjamu selera.

Antara sukarelawan dan penduduk yang hadir.

En. Mohd. Shafirul sedang menyampaikan ucapan.

Pengerusi Jiran Wanita dan AJK wanita turut hadir.

Sukarelawan dan penduduk sedang mengikuti taklimat yang disampaikan oleh Setiausaha.

Sessi tayangan slaid SRS terbitan JPNIN PutraJaya.

En. Zainul Sidik b. Mydin Pitchay sedang menandatangani Kad Kenal Diri.

En. Azmi b. Harun.

En. Idris b. Haji Hussain.

En. Mahamad Hazir b. Abdullah.

Blog Widget by LinkWithin