KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, November 29, 2009

PROGRAM QURBAN AIDILADHA.

Seramai 5 orang penduduk telah menyertai program ini yang diadakan di Pusat Kesihatan Simpang Kuala pada 28 November 2009, iaitu di hari raya ke 2. Program telah diketuai oleh Ustaz Haji Fadzil b. Hassan, salah seorang pendakwah bebas dan penceramah di Radio Malaysia Kedah FM.

Seorang AJK KRT Taman Utama iaitu Pn. Noorhashimah bt. Yusof juga turut mengadakan ibadah Qurban ini pada hari raya pertama.

Salah seorang penduduk yang menyertai program ini, Pn. Syarifah Nab-iee bt. Syed Abdyllah Idid telah menyumbangkan bahagiannya untuk dibuat jamuan kepada penduduk KRT Taman Utama. Jamuan Bihun Sup dan barbeque telah diadakan diperkarangan rumah Setiausaha KRT taman Utama pada 29 November mulai jam 8.00 malam. Terima kasih kepada Pn. Syarifah dan terima kasih kepada Jiran Wanita yang bertungkus lumus menyediakan jamuan tersebut.
Ustaz Haji Fadzil b. Hasan sedang melakukan sembelihan
Lembu pertama yang disembelih.
Proses agihan sedang dilakukan..
Setiap peserta akan diberikan 4.5 Kilo daging.

Sebahagian daripada penduduk yang menghadiri jamuan bihun sup dan barbeque.

Rabu, November 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA QURBAN.

Selamat Hari Raya Qurban kepada semua umat Islam diseluruh Malaysia daripada JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA TAMAN UTAMA.

Jangan makan daging banyak sangat no..... nanti darah naiiiiiiiikk...

Selasa, November 24, 2009

PROGRAM BELIA BERSAMA PDRM MENCEGAH JENAYAH.

Pada hari Ahad,22 November 2009, seramai 25 orang Jiran Muda KRT Taman Utama telah menyertai seminar tersebut yang diadakan di Bangunan Serbaguna Bandar Muadzam Shah (Anak Bukit).
Program berlangsung mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Sebanyak 4 kertaskerja dan ceramah telah dibentangkan kepada para peserta dimajlis ini iaitu :-
1. Gejala sosial dikalangan remaja masa kini.
2. Dadah dan kesan penyalahgunaan dadah.
3. Rakan Cop.
4. Kesalahan lalulintas dikalangan remaja.
Perasmian penutup telah dilakukan oleh Ketua Polis Kedah, Dato' Syed Ismail b. Dato' Haji Syed Azizan.
Jiran Muda bersama sijil yang diperolehi..
Jiran Muda wanita berposing selepas makan tengahari...
Wakil Jiran Muda KRT Taman Utama menerima sijil penyertaan daripada Ketua Polis Kedah.
Posing maut daripada Ku Nurzakirah.. jangan mareeee...
Lafaz ikrar Rukun Negara.
Reaksi Jiran Muda Lelaki.

Khamis, November 19, 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN.


Selamat menghadapi peperiksaan SPM dan STPM tahun 2009 kepada semua Jiran Muda KRT Taman Utama. Semoga saudara-saudari semua dapat menjawab dengan penuh teliti dan yakin dengan setiap subjek yang diambil. Semoga semuanya akan berjaya dengan keputusan yang CEMERLANG.

Kepada Tunas Jiran yang memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan pada 19.11.2009, TAHNIAH diucapkan. InsyaAllah jika ada peluang dan rezeki akan adalah anugerah yang diperolehi dan diusahakan oleh KRT Taman Utama.

Ahad, November 15, 2009

PROGRAM CUTI SEKOLAH.

Pada Ahad, 15.11.2009, Mesyuarat AJK KRT Taman Utama telah diadakan di rumah En. Khoo Kek Hoo, No.314, Taman Utama.

Mesyuarat adalah bagi membincangkan program yang bakal diadakan pada musim cuti sekolah yang akan bermula pada 20.11.2009 nanti. Sebanyak 7 cadangan telah dikemukakan. Setelah berbincang dengan secara yang mendalam dan mengambil kira faktor kewangan yang agak kritikal, Jawatankuasa telah memutuskan untuk mengadakan HARI KELUARGA KRT TAMAN UTAMA pada 18 Disember 2009 di PANTAI MERDEKA.

Program ini akan dibuka penyertaannya kepada semua penduduk Taman Utama manakala pengisiannya ialah perkelahan bersama keluarga, sukaneka, memancing dan barbeque.

Rabu, November 11, 2009

PANGGILAN HAJI.

InsyaAllah jika tiada aral melintang, bekas Pengerusi KRT Taman Utama yang Pertama, En. Zainol Abidin b. Aminudin akan berangkat menunaikan ibadah Haji pada 16 November 2009 nanti. Seluruh warga KRT Taman Utama mengucapkan selamat pergi dan kembali ke tanahair kepada beliau bersama isterinya Pn. Fatimah Rashida bt. Haji Harun. Semoga mereka suami isteri mendapat haji yang MABRUR!


Sehubungan dengan itu suatu program menziarahi beliau akan diadakan pada 12 November 2009 ini, mulai jam 8.30 malam.




En. Zainol Abidin b. Aminudin

Ahad, November 08, 2009

HARI RAYA KORBAN.

InsyaAllah, pada Jumaat 27.11.2009 nanti umat Islam akan menyambut Hari Raya AidilAdha. Seperti tahun-tahun yang berlalu, KRT Taman Utama turut tidak ketinggalan untuk mengadakan program ibadah korban sempena Hari Raya AidilAdha tahun ini.


KRT Taman Utama dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Negeri Kedah akan mengadakan program korban ini pada hari Ahad, 28.11.2009 bertempat di Pusat kesihatan Simpang Kuala, Alor Setar. Program akan diketuai oleh Y.Bhg Ustaz Haji Fadzil b. Hassan, seorang pendakwah bebas dan penceramah Radio Kedah FM.


Harga bagi setiap bahagian adalah RM320.00. Sehingga kini seramai 5 orang penduduk daripada Taman Utama telah mendaftar untuk menyertai program ini.


Sempena program ini juga, KRT Taman Utama turut mengeluarkan suatu buku panduan berjudul Risalah Korban yang diberikan kepada penduduk yang menyertai program ini pada setiap tahun. Buku ini adalah hasil suntingan Setiausaha KRT Taman Utama dari beberapa buah buku dan majalah yang berkisar pada ibadah ini sebagai panduan untuk menghayatinya secara lebih mendalam lagi. Kepada individu yang berminat untuk memilki buku ini
bolehlah menghubungi beliau ditalian 019-4426884.



Ustaz Haji Fadzil b. Hassan sedang melakukan sembelihan pada tahun 2008.


Buku panduan Risalah Korban.

Isnin, November 02, 2009

MEMORI : KEM RAKAN MUDA / JIRAN MUDA.

Pada tahun 2006, KRT Taman Utama telah dipilih untuk mengadakan Weekend Champ di KRT Taman Utama pada cuti akhir tahun penggal persekolahan. Hasil daripada mini kem ini, En. Ismail b. Haji Zakaria, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar ketika itu telah mengenalpasti kebolehan Setiausaha KRT Taman Utama untuk mengendalikan program bercorak sedemikian.

Lantas mulai tahun 2007 hingga 2008, beliau telah menyenaraikan Setiausaha KRT Taman Utama sebagai Urusetia, Fasilitator, Timbalan Kem Komandan dan Kem Komandan di beberapa siri Kem Rakan Muda Jiran Muda Peringkat Negeri Kedah anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah dan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Kedah.
Kem diadakan dalam dua kem iaitu Kem Tunas Jiran bagi peserta bawah umur 12 tahun dan Kem Rakan Muda bagi bawah umur 17 tahun, dimana seramai 200 orang peserta bagi setiap kem yang diambil daripada beberapa sekolah yang berdekatan dengan Kawasan Rukun Tetangga. Tempoh kem adalah selama 7 hari.

Pelbagai pengalaman dan insiden menarik telah saya perolehi daripada kem-kem yang diadakan sebanyak 3 kali dalam setahun yang diadakan di pelbagai tempat dan daerah di Negeri Kedah seperti di PJ Kemsite, Kuala Nerang, Dusun Minda Resort Kuala Nerang, Bendang Man Resort, Sik, Kem PLKN Pantai Merdeka, Pendang Lake Resort dan Pusat Latihan Naka.

Kesempatan dipilih bertugas dikem ini memberikan peluang kepada saya untuk membawa bersama Jiran Muda dan Tunas Jiran di KRT Taman Utama menyertai kem ini apabila terdapat kekosongan atau apabila terdapat peserta yang menarik diri disaat akhir.

Namun mulai tahun 2009, JPNIN tidak lagi terlibat dalam kem ini, sehubungan dengan itu saya kini tidak lagi tidak terlibat dalam kem-kem ini. Terasa rindu pula bila mengingati kenangan-kenangan lalu.Agak gembira dan teruja juga bila terdapat dikalangan peserta yang datang ke perpustakaan tempat saya bertugas menegur dan masih mengingati saya.. Terima kasih kepada JPNIN, Jabatan Belia & Sukan dan En. Ismail b. Zakaria yang memberikan kesempatan pada saya mencurah bakti kepada bakal pemimpin masa depan kita dalam kem-kem selama 2 tahun yang lalu.....
En. Ismail b. Zakaria drp JPNIN dan Pn. Asiah drp Jabatan Belia yang bertindak sebagai Penyelaras bersama kem RMJM. Mereka dikenali sebagai Abah dan Umi dalam kem RMJM.
3 Orang Jiran Muda KRT Taman Utama yang dibawa ke Kem di Naka.
Sessi muhasabah diri oleh Abang Kamala .... tangkap leleh... habis...
Persembahan kebudayaan oleh peserta di malam terakhir..
Aktiviti riadah waktu petang..
Aktiviti kembara ......
Aktiviti untuk mencungkil bakat dan berdepan dengan orang ramai..
Di tempat makan... ( 7 kali sehari )
Insiden tangkap leleh dimalam terakhir antara fasilitator dan peserta......
Bersama peserta daripada Daerah Yan di Kem Naka...
Bersama barisan fasilitator dan urusetia kem di Pantai Merdeka ...
Tarian Chicken Dance ....
Otai Kem Komandan, Tok Ayah mengetuai tarian Poco-poco...

Peserta daripada Daerah Kuala Muda di Kem Pantai Merdeka...

Blog Widget by LinkWithin