KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Januari 26, 2016

** KUNJUNGAN HORMAT **


Pada 26 Januari 2016, beberapa orang AJK daripada Jawatankuasa Permuafakatan KRT Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena telah melakukan kunjungan hormat ke pejabat EXCO Perpaduan Negeri Kedah, YB Dato' Dr. Leong Yong Kong. Turut serta ialah Pegawai Perpaduan Daerah, Pn. Noorassemah bt. Abdullah dan 3 orang kakitangannya.

Jawatankuasa seramai 25 orang ini dilantik dari kalangan 78 orang Pengerusi KRT yang terdapat dalam 3 buah daerah ini. Jawatankuasa utamanya ialah :

1. Pengerusi - Haji Abdul Kadir b. Mohamad (Pengerusi KRT Kg. Berjaya)

2. Timbalan Pengerusi - Haji Shuib @ Ismail b. Md. Isa (Pengerusi KRT Kg. Kebun Pinang) 

3. Setiausaha - En. Yahya b. Abd Raof (Pengerusi KRT Taman Utama)

4. Penolong Setiausaha - Pn. Azlina bt. Abdul Aziz (Pengerusi KRT Taman Seri Kota)

5. Bendahari - En. Mohd Anuar Affindi b. Abd Aziz (Pengerusi KRT Taman Seri Marina)

Objektif utama penubuhan jawatankuasa ini ialah :

a) Memperkasakan KRT yang pasif.
b) Menjadi badan penyelia kepada KRT supaya sentiasa aktif untuk mencapai matlamat penubuhan.
c) Memantau dan memberi dorongan dan nasihat kepada KRT yang kurang aktif.
d) Mengeratkan perpaduan di kalangan KRT.

Kunjungan selama satu jam setengah ini berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni dan saling bertukar pandangan dan melontarkan idea. Secara keseluruhannya ramai AJK hadir yang kagum dengan pandangan dan pendapat yang diberi dan dikupas oleh YB Dato' Dr. Leong Yong Kong yang merentasi pemikiran AJK sendiri.

Turut dibawa bersama dan diserahkan kepada beliau ialah kertaskerja permohonan kewangan untuk menjalankan bengkel pengukuhan KRT peringkat daerah ini. Alhamdulillah, beliau sudi memberikan peruntukkan berjumlah RM3,000.00 bagi melaksanakan bengkel ini.

Terima kasih daun keladi YB Dato' Dr. Leong Yong Kong.


























** KERAIAN PERPISAHAN **


Pada 25 Januari 2016, Jawatankuasa Permuafakatan Pengerusi Rukun Tetangga (JPKRT) Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena dijadualkan berjumpa EXCO Perpaduan Negeri Kedah, Dato' Dr. Leong Yong Kong. Namun kerana YB Dato' ada komitmen di istana, kunjungan tersebut terpaksa di tunda ke 26 Januari 2016.

Bagi mengisi waktu yang terluang, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah, YM Ku Aziz Ku Mat Esa telah menghubungi Tuan Pengarah JPNIN Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin yang bakal bertukar ke Pulau Pinang mulai 29 Januari 2016 untuk sarapan pagi bersama AJK.

Jamuan keraian secara santai diadakan di gerai Awie Pulut yang pernah disiarkan dalam rancangan "Jalan-jalan Cari Makan" oleh TV3. Terima kasih kepada Tuan Pengarah yang sudi hadir dan terima kasih kepada Tuan Haji Kadir b. Mohamad, Pengerusi JPKRT yang sudi menaja makanan pada pagi tersebut.
 
Pengerusi dan Setiausaha Permuafakatan Daerah.









En. Mohd Saidi berkaca mata dan berbaju merah.

Tuan Haji Kadir memberikan ucapan.







Khamis, Januari 21, 2016

** KECERIAAN DEWAN **


Sempena cuti umum Hari Keputeraan Sultan Kedah pada 17 Januari 2016, Jawatankuasa KRT Taman Utama telah mengadakan suatu gotong royong mengecat, mengemas dewan dan mengubah set alat permainan kanak-kanak yang terletak ditepi dewan.

Program mulai 16 hingga 17 Januari itu melibatkan seramai 21 orang AJK, Peronda SRS dan Jiran Wanita KRT Taman Utama. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada Che Daud b. Hashim yang sudi menaja cat dibahagian luar dewan.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakatnya.























































Blog Widget by LinkWithin