KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Ogos 27, 2011

< SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1432H >

Salam Aidil Fitri, daripada Pengerusi dan AJK KRT Taman Utama kepada :
Ketua Pengarah JPNIN Malaysia.
Pengarah JPNIN Negeri Kedah.
Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar.
Peronda SRS Taman Utama.
AJK Jiran Wanita KRT Taman Utama.
AJK Jiran Usia Emas KRT Taman Utama.
AJK Jiran Muda / Tunas Jiran KRT Taman Utama.
Seluruh warga Taman Utama.
Semua pengikut blog ini.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.
SALAM KEMERDEKAAN KALI KE 54.

Sabtu, Ogos 20, 2011

IHYA RAMADHAN 1432H - KEMBARA RAMADHAN



TIDAK SEMUA INSAN INGINKAN HIDUP DALAM KEMISKINAN, DAN TIDAK SEMUA INSAN DIBERIKAN KEKAYAAN .......


Ramadhan 1432H telah melakar satu lagi episod baru untuk KRT Taman Utama. Buat julong kalinya KRT Taman Utama menyertai NGO Warga Kilang menjelajah ke kawasan pendalaman Daerah Sik bagi memberi bantuan kemanusiaan kepada golongan yang kurang berkemampuan dalam meniti ranjau hidup seharian. Dalam Islam, percaya kepada qada' dan takdir merupakan salah satu rukunnya yang wajib dipegang. Takdir telah menentukan terdapat segelintir manusia yang hidup dalam kemiskinan kerana musibah yang menimpa.

Pada hari Sabtu, 20 Ogos 2011, KRT Taman Utama telah menyertai NGO Warga Kilang yang dianggotai oleh kakitangan yang berkerja di kilang-kilang yang terdapat di utara tanah air seperti di Kulim, Ipoh, Pulau Pinang dan lain-lain lagi menjelajah ke kawasan Belantik, Gulau, Nami dan Beris bagi menyumbang bahan keperluan harian kepada golongan asnaf yang terdapat di kawasan tersebut.
Sekurang-kurangnya sumbangan ini dapat meringankan beban hidup mereka apatah lagi disaat-saat menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma pada 30 Ogos nanti.

KRT Taman Utama telah menyumbang pakaian yang diberikan oleh penduduk Taman Utama dan kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah serta sumbangan zakat perniagaan, zakat barang emas, zakat fitrah dan fidyah oleh beberapa orang AJK KRT Taman Utama dan kakitangan Perpustakaan Awam Kedah.

KRT Taman Utama telah diketuai oleh blogger dan 7 orang lagi AJK dan Peronda SRS menyertai ekspedesi ini. Kami bertolak pada jam 6.30 pagi dari Pusat Rukun Tetangga dengan menaiki 2 buah kenderaan dan tiba di check point pertama di Plaza Tol Gurun. Daripada sini kami kemudiannya menyertai 55 buah lagi kenderaan daripada Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Kuala Lumpur bergerak ke check point ke dua di IKS Jeniang dan terus ke check point ke tiga di Masjid Lubuk Merbau.

Di Masjid Lubuk Merbau semua peserta berkumpul memunggah bahan sumbangan yang dibawa seperti beras, gula, makanan, kuih dan sebagainya dan diagihkan untuk 41 buah keluarga yang dikategorikan sebagai golongan asnaf. Selepas sessi taklimat dan bacaan doa, kesemua peserta kemudiannya bertolak ke destinasi yang telah dikenalpasti bagi menyampaikan barangan yang terkumpul.

Begitu mengujakan sekali buat pertama kali menyertai aktiviti seperti ini. Rasa letih, penat dan mengantuk yang sering dialami apabila bulan puasa, hilang begitu sahaja. Teruja sekali bila dapat bertemu dan bertukar-tukar fikiran dengan peserta yang menyertai dan terkesima apabila berjumpa golongan asnaf tersebut.


Terima kasih kepada para penyumbang kepada golongan asnaf ini melalui KRT Taman Utama dan terima kasih kepada koordinator daripada Warga Kilang yang sudi menerima kami menyertai aktiviti ini.


InsyaAllah, jika ada kesempatan terluang, pihak KRT Taman Utama akan menyertai lagi aktiviti seumpama ini dimasa akan datang.


"Apabila mati anak Adam itu, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara, iaitu ilmunya yang bermanafaat, sedekah jariah dan doa dari anak yang soleh"



Peserta KRT Taman Utama bergambar bersama co-coordinator Warga Kilang, En. Shukri di check point pertama.
Blogger turut membawa Jalur Gemilang untuk dikibarkan pada kenderaan yang menyertai kembara ini.

Antara bahan sumbangan yang berada dalam kenderaan Pn. Rosni bt. Kasim, Pengerusi Jiran Wanita.
Deretan kenderaan yang menyertai kembara ini.


Tanpa mengira daripada mana, tanpa mengenal antara satu sama lain, kesemua peserta saling membantu memunggah bahan sumbangan di check point ke tiga. APA YANG PENTING? KERJASAMAAA...

Antara barang sumbangan yang dibawa.





Peserta dari Kilang Intel.

Peserta KRT Taman Utama mengisi barang ke dalam kereta untuk 3 buah keluarga.

Blogger bergambar bersama orang kuat Warga Kilang, En. Monier Mat Din.

Yang muda turut membantu dan menyertai XPDC ini.





Sessi taklimat oleh En. Monier.

Bacaan doa..

Konvoi tiba ke destinasi pertama..... Setiap destinasi akan menghimpunkan 8 buah keluarga asnaf.



Suasana di rumah keluarga penerima yang pertama.

Pn. Norrizah sedang menyumbang wang zakat beliau.

Sepi dan pilu seorang warga usia emas yang menerima sumbangan.

Destinasi ke dua.....

Penerima sumbangan sedang memerhati peserta memunggah barang sumbangan untuk mereka...

Kesesakan jalan yang tidak pernah berlaku di kampong ini....

Mata pencarian utama antara salah satu kelurga yang menerima sumbangan ialah menjual bilah buluh ini yang berharga RM3.00 setiap satu berkas. Bilah buluh ini digunakan untuk membuat atap rumah.

Blogger bersama salah satu keluarga yang menerima sumbangan.

Jika tak salah blogger, yang berbaju Melayu yang menyampaikan sumbangan ini ialah Imam sebuah Masjid di Pulau Pinang.

Pn. Rosni menyampaikan sumbangan zakat perniagaan beliau.

Bersama salah seorang penerima sumbangan..

Bersedia untuk ke destinasi ke tiga.....

Wakil daripada sebuah kilang sedang menyampaikan sumbangan.

Rumah seorang ibu tunggal beranak dua yang baru kematian suami pada bulan Julai lalu akibat sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Pendapatan beliau hanyalah RM150.00 sebulan hasil kerja menoreh getah. Bolehkah kita menghadapi cabaran hidup sepertinya?......

Ibu tunggal ini begitu sayu dan terharu dengan kunjungan dan sumbangan yang diterima.



Himpunan barang di destinasi ke empat.

Peserta KRT Taman Utama berehat seketika untuk solat Zohur di Masjid Nami dan berkesempatan bertukar-tukar fikiran dengan peserta lain.

Gendang yang terdapat di Masjid Nami. Gendang yang dikenali sebagai Gendang Raya di kampong kelahiran blogger ini akan di palu apabila masuk waktu solat. Rasanya sudah tidak banyak masjid yang mempunyai gendang ini.

KRT Taman Utama diberi penghormatan untuk menyampaikan sumbangan kepada penerima di Masjid Nami.

Sebahagian daripada asnaf sedang memerhati barangan yang diterima.


Jumaat, Ogos 19, 2011

SEMARAK KEMERDEKAAN 2011


Merdeka Raya !! itulah laungan masyarakat Malaysia ketika ini. Jika beberapa tahun lalu, kita berkongsi pelbagai perayaan seperti Deepa Raya, Kongsi Raya kini Malaysia beraya sakan lagi dengan perkongsian perayaan Hari Raya Aidil Fitri dan sambutan ulang tahun kemerdekaan.


Namun sambutan kemerdekaan tahun ini seakan tenggelam dalam kemeriahan bazar Ramadhan dan nyayian lagu raya yang saban waktu diputarkan ke udara oleh media massa yang ada sekarang. Namun bagi KRT Taman Utama semuanya itu tidak menghalang semangat patriotik yang ada dikalangan AJKnya.


Maka pada pagi Jumaat, 19 Ogos 2011, beberapa orang AJK dan Peronda SRS Taman Utama telah turun padang ke Pusat Rukun Tetangga Taman Utama bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan tahun ini. Blogger telah membeli beberapa bendera, banting-banting, strimer, sepanduk dan turut meminta sumbangan bendera daripada JPNIN Daerah Kota Setar bagi tujuan program ini.


Ini adalah bagi menyahut seruan Pengarah JPNIN Negeri Kedah yang meminta agar semua KRT dalam Negeri Kedah mengibarkan Jalur Gemilang di KRT masing-masing. Selain mengibarkan Jalur Gemilang, KRT Taman Utama turut memasang lampu raya berwarna warni di premis ini.
















Tuan Setiausaha sedang memasang sepanduk Merdeka Raya 2011.








Blog Widget by LinkWithin