KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Februari 27, 2017

*** TAKLIMAT DAN PERSIAPAN KOSPEN ***

22 Februari 2017

Taklimat dan persiapan untuk program pemeriksaan kesihatan KOSPEN. Turut hadir ialah 2 orang wakil Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar iaitu En. Shahronizam dan En. Asri.





















*** MESYUARAT AJK 2/2017 ***

18 Februari 2017

Mesyuarat kali ke 2 KRT Taman Utama. Agenda ialah persiapan program pemeriksaan kesihatan KOSPEN pada 25.2.2017 dan laporan kewangan bulan Januari 2017.










*** MEMERIKSA PERALATAN KOSPEN ***

17 Februari 2017

Beberapa orang AJK KRT Taman Utama dan Sukarelawan KOSPEN telah menyemak dan menyimpan peralatan pemeriksaan kesihatan yang diberikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar.







*** BACAAN YASIN UMRAH ***


Pada 16 Februari 2017, pihak Environment Idaman telah datang menghantar sangkar 3R yang diletakkan berhampiran dewan KRT Taman Utama.

Pada malamnya pula telah diadakan majlis bacaan Yasin bertujuan untuk keselamatan dan kemudahan salah seorang AJK KRT Taman Utama, En. Mohd Fadzil Ibrahim dan isterinya yang akan menunaikan umrah pada 22.2.2017.















Mohd Fadzil

Tambah kapsyen

Jumaat, Februari 24, 2017

*** SEMINAR REFRESHER KOSPEN ***


Pada 4 FebruarI 2017, 2 orang Jiran Wanita KRT Taman Utama, selaku Sukarelawan KOSPEN telah menghadiri Seminar Refresher KOSPEN Daerah Kota Setar di Auditorium Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Mereka ialah Pn. Rasinah bt. Hassan dan Pn. Joharina bt. Abd Aziz.


Dua Jiran Wanita bersama dua pegawai JPNIN Kota Setar.










Rabu, Februari 22, 2017

*** PENYERAHAN PERALATAN KOSPEN ***


Pada 29 Januari 2017, KRT Taman Utama telah menerima peralatan pemeriksaan kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar. Peralatan telah disampaikan oleh En. Sharolnizam yang turut datang bersama kakitangannya

Sempena majlis penyerahan ini, suatu pemeriksaan kesihatan dikalangan AJK KRT Taman Utama dan ahli keluarga terdekat telah diadakan. Seramai 52 orang telah menjalani pemeriksaan tersebut.

























*** MESYUARAT 1/2017 ***


Pada 26 Januari 2017, KRT Taman Utama telah mengadakan mesyuarat untuk kali pertama bagi tahun 2017.  Agenda adalah menyemak kembali perbelanjaan kewangan bagi tahun 2016. Selain itu turut dibincangkan ialah pemilihan KRT Taman Utama sebagai wakil Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar untuk memantau kesihatan komuniti Taman Utama dibawah rancangan KOSPEN - Komuniti Sehat Perkasa Negara.







Rabu, Februari 01, 2017

*** PAPAN TANDA KOSPEN ***


Mulai Januari 2017, KRT Taman Utama telah dipilih sebagai wakil Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dalam program KOSPEN - Komuniti Sehat Perkasa Negara.

Sebagai langkah awal pihak kontraktor Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar telah datang memasang papantanda KOSPEN pada 22.1.2017.










Blog Widget by LinkWithin