KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, September 21, 2013

** AKTIVITI SRS & TUNAS JIRAN **


Pada 21 September 2013, hari Sabtu, blogger telah membawa seramai 6 orang Tunas Jiran bagi menyertai aktiviti Kelab Bayan Budiman Sinar Pintar di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Program bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Aktiviti pada hari tersebut ialah senamrobik, mewarna objek dan permainan kotak ajaib.

Selesai program, blogger membawa mereka ke Seberang Perak, yang terletak 1 kilometer dari Perpustakaan. Di sana blogger membawa mereka mengunjungi rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia. 

Berpeluh juga blogger melayani pertanyaan daripada Tunas Jiran ini yang teruja dengan apa yang mereka lihat di dalam rumah ini. Ada yang bertanyakan latar belakang Tun, ada yang bertanyakan nama dan kegunaan peralatan lama yang terdapat dalam rumah seperti mangkok tingkat, tempayan, tepak sirih, dapur kayu dan sebagainya.

Dihadapan rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir, terdapat sebuah dewan dimana berlangsungnya majlis taklimat radio SRS kepada KRT Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena yang mempunyai SRS. Taklimat adalah anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap.

Majlis dirasmikan oleh Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar. Antara pengisian majlis ialah taklimat dan amali penggunaan radio SRS ( walkie talkie ) serta penyerahan peralatan tersebut kepada KRT yang terlibat.

KRT Taman Utama telah menghantar En. Zahid b. Abdullah, En. Mohd Fadzil b. Ibrahim dan En. Abdul Rashid b. Abdul Rahman menghadiri majlis tersebut.

Tunas Jiran sedang menyertai aktiviti mewarna objek.





Dari kiri - En. Zahid, En. Mohd Fadzil dan En. Abdul Rashid sedang tekun mendengar taklimat yang disampaikan.

Antara Peronda SRS yang hadir.



Pn. Janny, kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar menjadi urusetia pendaftaran peserta.

Peserta mengambil makan tengahari, foto diambil dari dalam rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir.

Tunas Jiran bergambar bersama basikal yang pernah digunakan oleh Tun Dr. Mahathir



Monumen rumah kelahiran Mahathir.

Isnin, September 16, 2013

** XPDC JELAJAH BERBASIKAL SOLO JIRAN MUDA **


Pada 14 September 2013, KRT Taman Utama menerima kedatangan adik Mohd Hafidz b. Abd Hamid, Jiran Muda daripada KRT Bandar Sunggala, Negeri Sembilan. Beliau sedang melakukan kayuhan basikal secara solo untuk menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia.

Beliau yang berusia 21 tahun memulakan kayuhan mulai 2 September 2013 dari KRT Bandar Sunggala menuju ke Johor diikuti ke Negeri-negeri Pantai Timur dan tiba di Alor Setar, iaitu ke KRT Taman Utama pada jam 6.20 petang. Ketibaan beliau di KRT Taman Utama telah disambut oleh En. Abd Halim b. Alwi, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar, Pengerusi dan Jawatankuasa KRT Taman Utama. Mengikut perancangan asal, beliau akan bermalam di Pusat Rukun Tetangga KRT Taman Utama bersama Jiran Muda KRT Taman Utama, namun beliau memilih untuk bermalam dirumah saudaranya yang kebetulan tinggal bersebelahan Taman Utama.

Suatu sessi ramah mesra kemudiannya telah diadakan pada malam tersebut. Majlis dimulakan dengan beliau bersama warga Taman Utama menonton perlawanan akhir Pertandingan Pesta Bola Merdeka di antara Harimau Muda Malaysia menentang Myanmar di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Sebaik tamat separuh masa pertama, majlis ramah mesra bersama beliau diadakan dengan mendengar latarbelakang beliau dan pengalamannya sepanjang melakukan kayuhan solo tersebut diikuti dengan sessi soaljawab bersama Jiran Muda dan penduduk Taman Utama. Majlis diteruskan dengan sessi bergambar dan sumbangan cenderahati kepada beliau iaitu baju T yang menjadi baju rasmi Jiran Muda KRT Taman Utama dan akhirnya menikmati makan malam. Selesai majlis beliau terus pergi bermalam dirumah saudaranya.

Pada 15 September 2013, adik Mohd Hafidz sekali lagi datang pada jam 10.30 tengahari untuk makan tengahari bersama kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap dan AJK KRT Taman Utama. Beliau kemudiannya bertolak menuju ke Pulau Pinang setelah majlis pelepasan yang dilakukan oleh Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daewrah Kota Setar / Padang Terap.

Antara perkara menarik yang diperkatakan oleh adik Mohd Hafidz sewaktu sessi ramah mesra ialah pengalaman serta pemandangan yang menarik sewaktu beliau melalui Banjaran Titiwangsa serta insiden dikejar anjing, mengayuh dalam hujan lebat dan pengalaman mengayuh pada waktu malam. Beliau mengayuh dalam kelajuan 20 KM satu jam, tanpa diiringi oleh sesiapa.

Tahniah dan syabas kepada Mohd Hafidz, semoga berjaya mencapai hajat dan semoga selamat sampai dan kembali ke KRT Bandar Sunggala dan kepangkuan keluarga.


Selamat datang ke KRT Taman Utama .......

Bahagian belakang baju yang dipakai oleh Mohd Hafidz sewaktu menjelajah.





En. Abdul Halim b. Alwi, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar bersama Mohd Hafidz.

Tunas Jiran KRT Taman Utama.

Mohd Hafidz bersama Jiran Muda KRT Taman Utama sedang menyaksikan siaran langsung final Pesta Bola Merdeka 2013.

Antara Jiran Muda yang hadir.

Sessi ramah mesra bersama Jiran Muda KRT Taman Utama.



YM Ku Aziz  menyambut ketibaan Mohd Hafidz.

Menikmati nasi ala kampong.



Sumbangan wang tunai kepada Mohd Hafidz daripada JPNIN Kedah.

YM Ku Aziz, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar mencuba menunggang basikal Mohd Hafidz.



Tuan Haji Mat Radzuan, Pengerusi Jiran Usia Emas mengetuai bacaan doa untuk keselamatan perjalanan Mohd Hafidz.

Dari kiri, YM Ku Aziz, Pn. Noorassemah, Pengerusi KRT Taman Utama, Mohd Hafidz, dan Pn. Hafiza.

Jiran Muda perempuan KRT Taman Utama bersama Mohd Hafidz

Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar melakukan pelepasan Mohd Hafidz ke Pulau Pinang.

Isnin, September 02, 2013

** MAJLIS 5 DALAM 1 JPNIN KEDAH **


Pada hari Isnin, 2 September 2013 telah berlangsung majlis Sambutan Minggu Perpaduan, Pelancaran Serentak My - Rukun Negara dan e - Rukun Tetangga, Jamuan Hari Raya Aidil Fitri serta Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 56 anjuran JPNIN Kedah.

Majlis dilangsungkan di Dewan Serbaguna Wisma Pesekutuan, Bandar Muadzam Shah pada jam 11.00 pagi. Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr. Mahathir, Menteri Besar Kedah. Turut hadir ialah Dato' Azman Amin b. Hassan, Ketua Pengarah JPNIN Malaysia dan En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Kedah.

KRT Taman Utama telah diundang untuk menyediakan gerai teh tarik oleh JPNIN Kedah bagi mewakili Pejabat Perpaduan Daerah Langkawi. Turut diadakan ialah anugerah kepada Pejabat Perpaduan Daerah yang berjaya melaksanakan sistem e-RT di KRT daerah masing-masing.


Teh tarik terbaeeek !!!! .. sekali rasa pasti tak lupa,...

Guru Tabika Perpaduan dari seluruh daerah Kedah menghias gerai mengikut daerah masing-masing.

Gerai Daerah Kota Setar.



Daerah Kuala Muda

Timbalan Pengarah JPNIN Kedah, Pn. Suria Baharom diapit oleh kakitangan JPNIN Kedah. Agak-agak posing macam ni boleh masuk akhbar Sinar tak Pak Ya ?

Antara warga RT yang hadir.


Ketibaan YAB Dato' Paduka Mukhriz disambut oleh warga JPNIN Kedah.

Sumbangan kepada Jiran Usia Emas. Dua orang Jiran Usia Emas KRT Taman Utama turut dipilih untuk menerimanya.


Teh tarik KRT Taman Utama menjadi pilihan pelbagai bangsa...



Petugas gerai teh tarik KRT Taman Utama mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama YAB MB Kedah.

Blog Widget by LinkWithin