KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Khamis, Jun 26, 2014

** JAMUAN MERAIKAN RAMADHAN **


Khamis, 26 Jun 2014, KRT Taman Utama telah mengadakan jamuan makan malam bagi meraikan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang pada 29 Jun 2014 nanti.

Menu yang disediakan oleh Jiran Wanita ialah Nasi Minyak berlaukkan daging gulai Mamak dan acar berserta teh tarik.

Jamuan makan diadakan pada jam 9.30 malam, selepas majlis bacaan Yasin di Dewan Taman Utama. Hampir 150 orang penduduk telah hadir.

_ blogger terlupa untuk membawa kamera bagi merakamkan majlis -

Isnin, Jun 23, 2014

** PERONDA SRS MEMATAHKAN CUBAAN MENCURI MOTORSIKAL **


Tanggal 19 Jun 2014, sekali lagi pasukan SRS Taman Utama berjaya mematahkan cubaan mencuri motorsikal yng kian berleluasa sekarang. 

(Suka dinyatakan bahawa Taman Utama adalah terletak dalam kawasan PANAS pihak PDRM dalam kes kecurian motorsikal).

Pada jam 6.00 petang tersebut, Pengerusi KRT Taman Utama telah menerima aduan dari En. Abd Halim b. Ahmad, salah seorang Peronda SRS memaklumkan terdapat sebuah motorsikal yang diletakkan berhampiran Taman Utama. Pengerusi kemudiannya pergi ke lokasi berkenaan dan mengarahkan beberapa Peronda SRS membawa motorsikal tersebut ke Pusat Rukun Tetangga kerana mensyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan motorsikal tersebut. 

Pengerusi kemudiannya menghubungi pihak PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mengetahui pemilik kenderaan tersebut. Dimaklumkan bahawa plat kenderaan tersebut adalah palsu. Pengerusi KRT Taman Utama kemudiannya menghubungi Inspektor Shukri, Ketua Unit Rondaan Bermotorsokal IPD Daerah Kota Setar. Beliau kemudiannya mengarahkan anggotanya datang memeriksa motorsikal tersebut. Pihak mereka kemudiannya menjumpai maklumat sebenar motorsikal tersebut yang dimiliki oleh seorang gadis dari Daerah Kuala Nerang. 

Pemilik motorsikal tersebut, Nordiyana bt. Che Aziz kemudiannya berjaya dihubungi. Beliau kemudiannya datang bersama keluarganya dan mengesahkan motorsikal tersebut adalah miliknya. Beliau memaklumkan bahawa motorsikal tersebut telah diletakkan di kawasan tempat kerja beliau iaitu di Pasaraya TESCO, Stargate, Alor Setar. Beliau menjangkakan motorsikal tersebut dicuri pada jam 4.00 petang manakala anggota Peronda SRS Taman Utama menjumpainya kira-kira pada jam 5.30 petang.

Tahniah kepada anggota Peronda SRS KRT Taman Utama atas kepekaan terhadap isu ini. Sekurang-kurangnya kepantasan dan tindakan yang diambil ini telah berjaya mematahkan sebahagian daripada kes cubaan mencuri motorsikal yang kian meruncing di kawasan Bandaraya Alor Setar ketika ini. 

Terima kasih kepada pihak Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan yang memberikan kerjasama sepenuhnya apabila dihubungi. 


Peronda SRS Taman Utama membantu anggota PDRM memeriksa nombor enjin.. plat nombor adalah PLM 3261, sedangkan plat sebenar adalah KDR 1377.


Pengerusi dan Setiausaha KRT Taman Utama bersama anggota URB PDRM.

Nordiyana bersama bapanya.

Khamis, Jun 19, 2014

** MESYUARAT PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1435H **


Pada 19 Jun 2014, Jawatankuasa KRT Taman Utama dan Jawatankuasa Pakatan Taman Utama telah duduk semeja untuk bermesyuarat bagi membincangkan program dan persiapan menjelang Ramadhan Al-Mubarak 1435H yang bakal menjelang pada 29 Jun 2014 nanti.

Mesyuarat  yang dipengerusikan oleh Pengerusi KRT Taman Utama itu diadakan di Dewan Taman Utama pada jam 9.30 malam.

Antara yang dibincangkan ialah gotong royong membersih masjid pada 21.6.2014, Program majlis berbuka puasa dan jamuan moreh pada 17 dan 24 Julai 2014. Turut dibincangkan ialah program tadarus Al-Quran Jiran Wanita dan Kembara Ramadhan bersama NGO WargaKilang pada 19 Julai 2014 yang akan dilakukan di Daerah Baling dan Sik.  








Sabtu, Jun 14, 2014

** KEJOHANAN BOWLING **


Pada 14 Jun 2014, KRT Taman Utama telah menyertai Kejohanan Bowling Jemputan 2014 anjuran Kelab Alam Sekitar Kedah (KASKED). Kejohanan diadakan di Sejati Superbowl, Sungai Petani. Setiap penyertaan dikenakan bayaran berjumlah RM400.00 untuk satu pasukan yang mengandungi tiga orang pemain.

KRT Taman Utama telah mendapat penajaan daripada Syarikat Eng Hong Guan Sdn Bhd untuk menyertai kejohanan ini. KRT Taman Utama diwakili oleh dua orang AJK iaitu En. Ahmad Kamarol Osma b. Othman dan En. Abdul Rashid b. Abd Rahman dan seorang Peronda SRS iaitu En. Mohd Shaharizal b. Ismail.

Alhamdulillah walaupun hanya sempat berlatih selama 3 kali sahaja, KRT Taman Utama berjaya menduduki tempat ke 13 daripada 65 pasukan dan memperolehi hadiah wang tunai RM60.00 dan hamper. 

Semoga tahun depan ada lagi yang sudi menaja dan kita mulakan latihan lebih awal. 

KRT Taman Utama .. BOLEH !!!


Pengerusi mengiringi peserta ke kejohanan.

Sessi pendaftaran peserta.

Tiga jagoan beraksi dengan baju pemberian pihak penganjur,...



Hmm .... moga strike lagi kali ni ....

Aksi Ahmad Kamarol Osma.


Abd Rashid sedang fokus untuk mendapatkan strike lagi ..

Mohd Sharizal sedang memilih bola...



Antara hadiah yang disediakan.

Ahmad Kamarol sedang fokus untuk membuat lontaran.


Markah yang diperolehi oleh KRT Taman Utama. MS - Mohd Shaharizal, AK - Ahmad Kamarol Osma, AR - Abdul Rashid.

Selasa, Jun 10, 2014

** PROGRAM CUTI SEKOLAH - HARI KELUARGA **


Sempena cuti pertengahan tahun penggal persekolahan 2014, KRT Taman Utama telah mengadakan perkhemahan Hari Keluarga bertempat di Sedim Eco Theme Park & Resort di Sedim, Daerah Kulim, Kedah.

Program yang pada asalnya disasarkan kepada 30 buah keluarga hanya disertai oleh 18 buah keluarga sahaja kerana pertembungan dengan kenduri perkahwinan dan sesetengah keluarga gagal mendapat cuti kerana terpaksa berkerja mengikut shif, terutama yang berkerja di hospital, Jabatan Penjara dan JPJ.

Setiap keluarga dikenakan sedikit bayaran untuk urusan penginapan dan makan. Terima kasih kepada JPNIN Negeri Kedah yang sudi menyuntik sedikit dana kewangan kepada KRT Taman Utama bagi menjayakan program ini.

Selain mengisi masa lapang bersama keluarga, perkhemahan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan kepentingan berkaitan eko sistem dan hidupan akuatik sungai kepada golongan Tunas Jiran dan Jiran Muda KRT Taman Utama. Ini disebabkan keadaan bentuk muka bumi dan sungai dikawasan ini belum tercemar akibat kegiatan yang dilakukan sendiri oleh manusia.


Horey ! kami dah sampai ...

Program selama 2 hari 1 malam ini bermula pada 6 - 7 Jun 2014. Peserta mulai berkumpul pada jam 7.30 pagi di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama bersama keluarga dan kenderaan masing-masing. Di sini, satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Pengerusi dikuti dengan bacaan doa untuk keselamatan perjalanan oleh Setiausaha. Peserta kemudiannya bergerak secara konvoi menuju ke destinasi yang terletak hampir 180 kilometer dari Taman Utama dan tiba disana pada jam 10.30 pagi.

Setiausaha sedang melekat sticker program di kereta peserta.

Pengerusi sedang memberikan taklimat kepada peserta.

Setiausaha memimpin bacaan doa selamat .



Sebahagian daripada Jiran Muda lelaki.
Tunas Jiran keletihan selepas berada 2 jam dalam kereta.

Setibanya di lokasi, peserta berkumpul dalam kafeteria dan mendengar taklimat daripada pengurus resort En. Mohd Syamuddin berkaitan kemudahan, peralatan serta keselamatan kawasan resort diikuti dengan jamuan ringan kepada peserta.

Selesai taklimat, peserta mulai check in ke chalet yang telah ditetapkan diikuti dengan aktiviti mandi sungai. Ramai peserta yang teruja dengan kejernihan dan paras air sungai tersebut yang sesuai untuk aktiviti keluarga.

Selesai mandi, peserta menikmati sajian makan tengahari. Peserta lelaki kemudianya keluar menunaikan solat Jumaat di masjid yang berhampiran resort manakala kaum ibu meneruskan aktiviti mandi bersama anak-anak.

Ucapan aluan pengurus resort. Ada peserta menyatakan mukanya mirip kumpulan lawak Shiro...

Pada jam 3.00 petang, semua peserta bertolak menuju ke kawasan Tree Top Walk yang terletak kira-kira 2 kilometer dari resort dengan menaiki kenderaan masing-masing. Di sini para peserta diberikan taklimat oleh petugas, mengenai sejarah pembinaan, keluasan, ketinggian dan tujuan pembinaan. 

Jambatan Tree Top Walk ini merupakan antara yang terpanjang di dunia. Panjangnya adalah 1.5 kilometer manakala ketinggiannya adalah 34,450 meter dari aras tanah.

Harga tiket untuk menaiki jambatan ini adalah RM 10.00 tanpa mengira usia, namun peserta KRT Taman Utama diberikan harga istimewa iaitu RM7.00 sahaja. Para peserta mulai menaiki jambatan ini pada jam 4.00 petang. 

Selesai menaikinya, peserta kemudiannya bertolak semula untuk pulang solat Asar di resort dan menyertai acara sukaneka diikuti dengan mandi sungai sekali lagi.

Jiran Muda mendahului peserta lain menuju ke lokasi permulaan Tree Top Walk.

Bergambar dipapan tanda lokasi.

Petugas sedang memberikan taklimat kepada peserta.

Peserta mulai meniti jambatan.

Ada peserta yang tidak mampu melalui jambatan ini kerana faktor gayat kepada ketinggian dan terpaksa berpatah kembali.

Sungai yang berada dibawah jambatan.



Papan kenyataan berkaitan jenis-jenis pokok yang terdapat sepanjang jambatan. Sayang sekali ianya tidak diurus dengan sebaik mungkin kerana begitu daif, kabur dan kotor.



Antara buah kayu yang terdapat sepanjang jambatan.



Berhenti rehat untuk melepaskan penat.





Pokok Kulim, asal nama Daerah Kulim.

Bergambar apabila selesai meniti jambatan.

Jiran Wanita bersantai di anjung chalet. Pada program ini mereka hanya relax sahaja tanpa perlu memasak.

Acara kumpul coklat...

Opocot !!! akhirnya pecah juga belonnya ...

Haaa ... tiup sampai habis tepung tu !!!

Dua beradik ini memang sempoi bila menyertai acara sukaneka.

Setiausaha sedang mengendalikan acara sukaneka.

Pada waktu malam, selesai solat Maghrib dan Isyak, peserta berkumpul di kafeteria untuk makan malam dan jamuan barbeque. Sebelum itu diadakan acara penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukaneka.





Jiran Muda membakar ayam, ikan dan cocktail.

Pn. Rasinah, AJK KRT Taman Utama memulakan acara makan malam .. hee .. hee ..


Sessi penyampaian hadiah acara sukaneka.


Makan malam bermenukan nasi goreng, ayam goreng dan sayur kobis.

Keesokan harinya, pada 7.6.2014, selesai solat suboh dan senaman pagi, para peserta diberikan ruang dan masa yang panjang untuk aktiviti mandi sungai mulai dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.


Peserta mulai check out dari resort pada jam 1.00 tengahari dan bertolak pulang pada jam 2.30 petang. Peserta selamat tiba ke Taman Utama pada jam 4.30 petang. Terima kasih kepada peserta yang menyertai. Tidak ketinggalan terima kasih daun keladi kepada Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah serta pihak pengurusan resort.





Jiran Wanita berbual dan membuat teh tarik sambil mengawasi anak-anak mandi.



Rambutan yang masih berputik di kawasan chalet. Buah-buahan yang terdapat disekitar resort ini dijangka mulai masak pada akhir bulan Ramadhan nanti.

Hati siapa tak terliur dengan buah durian yang bergantungan didahan ini....


Jiran Muda perempuan..

Lagak anak kecil Pengerusi...


Kejernihan airnya yang memukau dan menggoda siapa saja yang melihatnya.

Aksi terjunan Jiran Muda.

Gelagat Jiran Muda lelaki.

Isteri blogger melayani karenah anak.

Jiran Wanita turut teruja untuk mandi apabila melihat kejernihan air sungainya.




Adik Fahmi teruja dengan buah cempedak yang sedang membesar.

Chalet yang ditempah.

Bersedia untuk bertolak balik.

Pada waktu malam, sekembalinya dari Sedim, peserta telah diraikan pula oleh En. Zainul Sidik b. Mydin Pitchay, AJK KRT Taman Utama yang sudi menjamu pulut durian sebagai tanda penghargaan dan ucapan  terima kasih kepada kalangan peserta yang kebanyakanya banyak membantu beliau sewaktu mengadakan kenduri perkahwinan anaknya pada 1.5.2014 lalu.

En. Zainul Sidik, berbaju hijau sedang mengopek durian.


Kanak-kanak dan kaum ibu menikmati durian di bahagian belakang dewan.

Blog Widget by LinkWithin